DAKWAH MAKRIFATULLAH (2)

Ustadz Hussein Abdul Latiff:

Anakku yg disayangi. Apabila Kalian berdakwah mempemerosikan Allah swt hendaklah Kalian sampaikan dengan Hikmah kebijaksanaan serta berbahaslah dengan mereka (yang bukan Islam) dengan baik kerana topik atau perkara ini tidak asing bagi mereka malahan beratus-ratus buku udah mereka tuliskan berkenaan Tuhan.
Hendaknya, janganlah dakwah Kalian sentuh berkenaan Islam kerana ini adalah perkara baru bagi mereka serta sekiranya Islam yg dipemerosikan itu bersandar kepada Wahabi atau Salafi yg menjadi tungakkan ISIS maka sudah tentu mereka tidak akan menerimanya. Begitu juga kalau dakwah Islam itu bersandarkan kepada mazhab-mazhab maka mereka juga tidak akan menerimanya kerana umat Islam yg berada di negara-negara mereka tidak dapat berintegerasi dengan masyarakat mereka justeru bersikap eklusif (terkhas). Dengan ini, mereka ditolak atau diabaikan lalu membuahkan kepada timbulnya jenayah-jenayah (yang makin bertambah) di kalangan Umat Islam di sana.

Anakku yg disayangi lagi dirindui, ingatlah bagaimana Rasulullah saw berdakwah kepada kaum baginda yg tidak beriman lagi jahil namun baginda berjaya mengenal Allah swt kepada mereka. Kejayaan ini menjadi asas kepada lebih ramai beriman kpd Allah swt di Hari Muka di seluruh dunia. Memandangkan kejayaan dakwah Rasulullah saw ke atas orang-orang yg tidak beriman maka tidaklah mustahil untuk Kalian berdakwah kepada mereka yg pegangan atau kefahaman mereka dalam Syariah adalah sangat lemah atau kosong. Kefahaman bahawa seseorang perlu kepada seorang Mursyid untuk mencapai pengenalan kpd Allah swt (Makrifatullah) atau mestilah Syariah, Tarikat, Hakikat dan makrifat adalah satu bidaah yg menyesatkan dan udah menyesatkan ramai Umat Islam Hari ini. Harap difahamkan bahawa fahaman-fahaman ini timbul 300 tahun selepas Hijriyah.

Anakku yg diingati, setiap Nabi-nabi serta Rasul-rasul sebelum Rasulullah saw udah berdakwah mengenalkan Umat mereka kpd Allah swt. Maka jangan kefahaman-kefahaman yg disebutkan tadi menipu serta mengelirukan Kalian.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *