AHLI SUFI

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, Ahli Sufi adalah nama yg diberi kpd mereka yg berada dalam bidang Tasawuf. Dahulu mereka sering dilihat memakai baju kulit (binatang) yg dipanggil “Suf” justeru itu mereka dipanggil ahli Sufi
Tasawuf adalah Ilmu Ketuhanan.

Ahli Sufi adalah:

1. Mereka yg udah mencapai Makrifatullah.

2. Pandangan mereka selalu Nafi & Isbat. Iaitu dengan Ilmu yg Yakin mereka Nafikan Sifat (Ciptaan, Mungkinul Wujud) dan Hakikat (Dzat, Wajibul Wujud) lalu mengisbatkan dengan Haqqul Yakin, Yang Maha Halus. Maka tersentaklah mereka kerana mereka sedar bahawa mereka berhadapan dengan Yang Maha Halus lalu (seperti dikatakan oleh Sayidina Ali ra) menanggislah mereka sehingga basahlah janggut serta gamis mereka. Sesuai dengan firman Allah swt bahawa Mata mereka udah tajam dan mereka udah menyaksikan kebenaran lalu jatuhlah air mata ke pipi mereka. Mereka juga udah di peringkat “Ihsan” iaitu mengetahui Allah swt Melihat mereka atau mereka melihatNya.

3. Maka sedarlah mereka bahawa mereka hanyalah penzahiran Dzat dan Dzat adalah penzahiran (wajah) Yg Maha Halus. Sesuai dengan firman Allah swt bahawa bukan kau (Muhammad) yg membunuh mereka kerana yg membunuh adalah Aku. Justeru terimalah mereka akan kekata Imam Ghazali bahawa sekiranya kamu mengenal dirimu dan mengenal Tuhanmu maka kamu tahu bahawa kamu tidak wujud.

4. Maka fahamlah mereka bahawa mereka tidak ada sedikit pun campur tangan dalam semua urusan termasuk urusan diri mereka. Sesuai dengan firmanNya bahawa semua pengurusan dalam “tangan” Allah swt dan kita tiada sedikit pun campur tangan dalam urusan itu. Kerana itu, Allah swt berfirman bahawa segala sesuatu bergantung kepadaNya.

5. Kerana semua pengurusan dibuat oleh Allah swt, Tuhan Yang Satu lagi Maha Bijaksana justeru Yakinlah mereka dengan Haqqul Yakin bahawa semua yg dilakarkan oleh Allah swt untuk mereka adalah yg terbaik serta mempunyai hikmah, Keadilan, faedah, ilmu dan lain-lain lagi kebaikan. Justeru seperti (difirmankan) mereka berkata bahawa tidaklah Allah swt buat semua ini sia-sia.

5. Justeru mereka membuat penyerahan sepenuhnya dengan sukarela atas semua urusan termasuk urusan diri mereka sendiri kepada Allah swt
Sesuai dengan firmanNya bahawa hendaklah kau, Muhammad, pertama-tama menyerah diri. Dan Rasulullah saw bersabda bahawa baginda dan orang-orang yg mengikut baginda juga sama-sama menyerah diri. Inilah Islam iaitu taat dan patuh kepada Kehendak Allah swt (Submission to His Will). Ini juga selari dengan firmanNya,”Inna lillahi Wainna Ilahi Rajiun”.

6. Sesudah itu (seperti diperkatakan oleh Imam Ghazali) mereka akan mempekemaskan diri mereka untuk beribadah dengan lebih baik.
Justeru selain dari ibadah yg wajib, mereka akan menjalankan ibadah Sunat dengan begitu gigih sehingga malam mereka berjaga (untuk beribadah) dan siang berlaparan (puasa). Ini ditambahkan lagi dengan mengaji Al Quran. Sambil itu mereka berpaut kuat kpd Syariah. Syariah Ahli Sunnah Wal Jemaah kerana Rasulullah saw ada bersabda bahawa sekiranya ada pergelisihan di antara Umat baginda maka hendaklah Kita bersama dengan yg ramai kerana Allah swt tidak akan menyesatkan Umat baginda pada yg ramai.

7. Namun hidup mereka sentiasa dalam Dzikrullah. Dzikrullah adalah “nyawa” Ahli Sufi. Maka setiap masa sama ada dalam Shalat atau luar Shalat atau dalam hidup keseharian mereka, minda mereka sentiasa mengingati Allah swt (Dzikrullah). Di samping itu mereka hidup sederhana, menyayangi kesemua ciptaan Ilahi serta sebenar-benar takut kpd Allah swt. Sesuai dengan sabda Rasulullah saw bahawa baginda lebih mengenali Allah swt namun baginda-lah yg lebih takut kepadaNya daripada Kita.

Semoga Anakku mendapat pencerahan.dalam tazkirah ini, aamin Ya Rabbil alamin!




Anakku, jangan samasekali Kalian lupa bahawa Kalian adalah Ahli Sufi maka kuatkanlah ibadah Kalian mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah dan jangan ada Bidaah dalam ibadah kalian. Serta sentiasalah dalam Dzikrullah ibarat itu, nyawa kalian

Dunia Islam sedang menghadapi dugaan yg Kuat dari luar dan dalaman:

1. Islamophobia – hampir kesemua negara bukan Islam takut atau benci akan Agama Islam seperti Eropah, United Kingdom Amerika Syarikat, Australia, Cina dll. Maka terdapat banyak berlaku penyiksaan, penindasan, pembunuhan diskriminasi terhadap Umat Islam di Negara-negara ini.

2. Kuasa Bangsa-bangsa bersatu di atasi oleh Undang-undang Amerika seperti menjadikan Baitul Muqqadis hak mutlak Israel dan baru-baru ini menjadikan penduduk Haram
tanah Palestine menjadi tanah Hak mutlak penduduk-penduduk itu.

3. Sekatan ekonomi oleh Amerika syarikat terhadap Negara-negara Islam yg mereka tidak merestuinya serta mengugut dengan sekatan ekonomi keatas negara-negara Islam yg mahu berdagang dengan mereka.

4. Penerimaan LGBT oleh Dunia terutama Dunia barat.

5. Masalah Transgender (pertukaran jantina) dalam Dunia Sukan.

6. Pembukaan Disko Halal yg terbesar di Jeddah.

Allah swt ada berfirman bahawa kepada setiap ummah Allah udah memberi mereka syariat yg mereka perlu taati. Maka lihatlah apa terjadi kpd syariat-syariat mereka:

1. Agama Nabi Isa as – sekarang secara umum dikenali sebagai Agama Kristian. Agama mereka sekarang bermazhab-mazhan. Syariat mereka hanya dipakai dalam Masa perkahwinan, kematian dan upacara Agama.

2. Agama Nabi Musa as – Agama kaum Yahudi. Agama mereka juga bermazhab-mazhab dan hanya digunakan semasa perkahwinan, kematian dan upacara agama

3. Agama Nabi Ibrahim as – Dikaitkan dengan Agama Hindu. Mereka berkasta dan paling tinggi darjat adalah Brahmin. Syariat mereka tidak dapat dipastikan lagi.

Di sini Rasulullah saw ada bersabda bahawa Kita akan ikut jejak langkah masyarakat lama dan kalau mereka masuk ke Lobang biawak kita juga akan termasuk juga.

Anakku, dalam sejarah, walau pupusnya ahli syariat Agama-agama dahulu, masih ada tercatit kewujudan Ahli-ahli Sufi pada zaman-zaman itu.

Apabila diketahui Rasulullah saw hijriah ke Madinah ramai Ahli Sufi dari lembah dan pergunungan datang ke Madinah dan memeluk Agama Islam ditangan baginda.

Anakku, memantau kepada penjelasan di atas ini apabila syariat terbengkalai (masuk lubang biawak) maka yang masih bertahan ialah Ahli Sufi kerana itu ada Hadith yg menyatakan,” Wahai Anak Muda jagailah Agama (Islam) dan Allah akan menjagai dan menolongmu.

Istiqamah, anakku, istiqamah!




Anakku, walaupun Ahli Sufi dan Ahli Syariah sealiran dari segi ibadat malahan Ahli Sufi lebih keras mendokong ibadat mereka serta menjauhi Bidaah (dalam ibadah) tetapi pandangan Ahli Sufi serta ilmu atau Kefahaman tentang Ketuhanan Ahli Sufi sudah tentu berbeda dengan Ahli Syariah. Walaupun Kita tidak meminta mereka mengikut pandangan dan kefahaman kita namun mereka tetap mahu Kita mengikut pandangan dan kefahaman mereka. Di sinilah perterlingkahan Kita dengan mereka.

Pandangan dan Kefahaman Kita seperti:

1. Semua terjadi daripada Dzat dan Dzat terjadi daripada Yang Maha Halus.
2. Kita tidak wujud.
3. Dia bermain dengan Dzat.
4. Dunia ini adalah senda gurau Ilahi
5. Semua masuk Syurga. (Keputusan Kita ialah jangan buat keputusan Serah dengan Allah swt.)
6. Bila meninggal dunia, memori tertinggal dan tidak dibawa ke Alam Bazakh.
7. Di Alam Bazakh semua Jiwa 33 tahun dan tiada
Agama. Bangsa dll. Bebas dari pengaruh atau ikatan Dunia yg ditinggalkan
8. Semua masuk Syurga (Pendirian Kita ialah jangan bikin keputusan serah kpd Allah swt)
9. Banyak ayat yg dikatakan Mutasyabihat seperti Yang Zahir, Yang Meliputi, Maha Besar dll tetapi Kita takwilkan.
10. Amanat yg diberikan kpd manusia, Kita katakan ialah mengembalikan syaitan-syaitan menyembah Allah swt
11. Dua kiamat
12. Menerima pandangan Sains atau Saintis
13. Semua udah dituliskan (Takdir) walaupun usaha, doa dll. Justeru Takdir tidak bisa diubahm

Di atas inilah pandangan dan kefahaman asas Ahli Sufi yg sukar diterima oleh Ahli Syariah. Justeru itu Kita dikatakan tidak sealiran dengan pandangan dan pendirian mereka. Sayangnya walaupun mereka menerima Kita tidak sealiran dengan mereka namun mereka tidak mengijinkan Kita berpendirian demikian walaupun mereka tahu Kita adalah Ahli Sufi yg berbeda dengan Ahli Syariah.

Satu hari kelak Kita harap dan berdoa Semoga mereka dapat menerima bahawa Kita adalah Ahli Sufi yg tidak sama dengan mereka. Justeru mereka dapat menerima perbedaan Kita dan tidak memaksa kita mengikut pandangan dan pendirian mereka. Dengan ini, tiada lagi akan ada perselisihan di antara Kita. Seperti orang Bugis menerima sahabatnya yg hanya bisa berbahasa Jawa dan tidak memaksanya bertutur bahasa Bugis.

Semoga Anakku mendapat mencerahan dalam tazkirah Ayahmu ini, aamin Ya Rabbil alamin!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *