AHLI SUFI (3)

Anakku, Allah swt tidak boleh ditanya tetapi Kita akan ditanya. Justeru jelas, bidang Kuasa Allah swt adalah garisan merah atau tidak dibenarkan masuk (No Entry). Justeru jangan mempersoalkan kesemua perbuatan (Af’al) Allah swt kerana Dia adalah Maha Bijaksana maka sudah tentu kesemua yg ditetapkanNya adalah terbaik dan berhikmah. Pegang fakta ini anakku dengan Haqqul Yakin supaya Kalian tidak melintas garisan merah.  Sesudah itu cari hikmah atau kebaikan disebalik perkara yang berlaku, Insya-Allah, akan Kalian ketemu seperti Saintis-saintis dari negara barat yg dapat banyak menimba ilmu-ilmu dari Bencana Alam yg berlaku di bumi ini. Justeru mereka bisa menundukkan Lautan, Udara, Gunung, haiwan dll. serta menikmati kebaikan daripada semua ini. Pada masa sekarang mereka sedar mempelajari bagaimana mahu menundukkan Tsunami, Gempa Bumi dan Taifun yg mengandungi tenaga besar yg dapat menghuraikan masalah tenaga Bumi Kita ini.

Mereka juga sedang mempelajari bagaimana mahu menundukkan Angkasa Lepas yg penuh dengan kekayaan. Kerana itu, roket demi roket termasuk sebuah teropong yg besar (Hubble) dihantar ke Angkasa Lepas untuk tujuan mengkaji dan akhirnya menaluki Angkasa Lepas.

Harus diingat bahawa Kita adalah Khalifah yg dilantik oleh Allah swt dan ciptaan yg lain diperintahkan untuk sujud (patuh) kpd Kita. Sinambungan dengan ini, Allah swt berfirman bahawa Dia akan menundukkan segala yg di bumi, di langit dan di antaranya kepada Kita. Kerana itu ayat yg pertama turun pada Al Quran ialah, “Iqra” iaitu bacalah maksudnya belajarlah kerana baca sahaja tanpa mempelajari apa yg dibaca tidak ada gunanya melainkan Kita baca (Al Quran) untuk pahalanya.

Nabi Nuh as menyoal Allah swt kenapa Dia lemaskan anaknya. Rasulullah saw Juga bertanya kenapa ramai lagi Umat baginda masih belum beriman. Maka mereka udah melintasi garisan merah lalu Allah swt berfirman kpd mereka, “Jangan kamu jadi orang yang jahil!” Namun kerana para Nabi itu maksom maka mereka diampuni akan segala dosa mereka. Tidaklah seperti Iblis yang bertanya adakah benar Allah swt mahu melantik manusia yg akan melimpahkan darah sesama sendiri dan kebanyakan tidak akan bersyukur sebagai Khalifah. Maka Allah swt berfirman bahawa Dia tahu apa yg Iblis (dan kuncu-kuncu) tidak tahu. Kesalahan Iblis itu tidak diampunkan oleh Allah swt dan mereka dihalau turun dari Syurga.
Begitu juga Nabi Adam as dan Siti Hawa kerana melanggar perintah Allah swt khusus kpd mereka supaya tidak memakan buah khuldi itu maka Allah swt mengampunkan dosa mereka tetapi diturunkan mereka dari Syurga ke Bumi Kita ini.

Anakku, sentiasa waspada supaya tidak melintasi garisan merah itu kerana perbuatan itu, seperti Firman Allah swt, mereka tidak menghormati Allah swt seperti sepatutnya mereka menghormatiNya. Dan ingat Kita tidak maksom. Nabi Isa as berkata bahawa perkataan “Kenapa” (kepada Allah swt) itu adalah Pintu Neraka.

Berwaspada anakku, Insya-Allah, akan disambung, fiamanillah.



Anakku, seorang Ahli Sufi mesti waspada akan Garisan Merah Ilahi supaya tidak melanggarnya dan dengan itu tidak menghormatiNya.

Kenapa Kita kena peka akan Garisan Merah ini kerana Kita udah mengetahui sama ada disedari ataupun tidak, akan rahasiaNya.

Apakah rahasiaNya:

1. Pada permulaan dan pada setiap masa Dia sahaja yang ada atau yg wujud. Justeru Dia-lah yg Zahir dan yg Batin.

2. Dia bersenda gurauan dan main-main dengan DiriNya yg Halus (Maha Halus)

3. Mengikut Skrip yg udah dilakarNya di Loh Mahfuz.

4. Akhirnya, semua kembali kepadaNya.

5. Jangan memikir atau memutuskan.

6. KeredhaanNya.

1. Tentunya dalam kewujudan kesemua ciptaan termasuk Ruang dan Masa yang sebenar-benarnya wujud hanya satu sahaja iaitu Kewujudan Yang Maha Halus. Kewujudan yang lain (Sifat dan Hakikat) adalah penzahiran daripada yg Maha Halus. Justeru, yang Maha Halus-lah yg Zahir dan Batin.
Tidak bisa yg Zahir dan Batin itu adalah Yang Maha Besar kerana ini membenarkan fahaman Wahdatul Wujud yg ditolak oleh Sayidina Ali ra. Tidak bisa juga yang Zahir dan Batin sebahagian daripada yg Maha Besar kerana ini membenarkan fahaman Nur Muhammad.
Dengan kefahaman bahawa semua ini adalah daripada yg Maha Halus (seperti sehelai rambut di kepala) maka Allah swt mengajar Kita (ilmu) bagaimana Besar, Luas serta TinggiNya Dia.

Dengan kefahaman bahawa yg Maha Halus juga Maha Meliputi kesemua kewujudan maka Allah swt mengajar Kita (ilmu) bagaimana Dia dapat Melihat, Mendengar, Mengawasi dan Mengetahui segala-gala yang berlaku pada kesemua ciptaanNya. Sehingga Dia berfirman bahawa tidak jatuh sehelai daun dalam kegelapan tanpa pengetahuanNya.
Sehingga apa jua dalam hati Kita Dia mengetahuinya.

Dengan kefahaman kewujudan yg lain (Sifat dan Hakikat) adalah penzahiran yg Maha Halus maka Kalian udah menafikan kewujudan yang lain (Sifat dan Hakikat) dan dengan tidak secara langsung mengisbatkan  Kewujudan yg Maha Halus. Lalu jatuhlah air mata Kalian ke pipi melihat Kebenaran ini. Semenjak itu, di mana juga Kalian memandang Kalian sedar bahawa Kalian sedang menghadap yg Maha Halus.  (Inilah peringkat Ihsan).
Maka fahamlah Kalian bahawa Yang Maha Halus ini lebih dekat dari urat nyawa Kalian.

Dengan ini, fahamlah Kalian bagaimana Dia memasukkan Malam dalam siang dan siang dalam Malam. Dia-lah yg meninggikan Langit ini tanpa bertiang. Dia juga yg menurunkan hujan dan mengeluarkan matahari. Pendekkata, segala pengurusan kesemua kewujudan ini, Dia yg menguruskannya.

Kerana itu Kita yg udah melihat Kebenaran berkata,”Ya Allah, masukkan kami dalam golongan mereka yang menyaksikan Kebenaran ini!”

Begitulah anakku Allah mengajar Kita ilmu yg tidak diketahui oleh Kita. Kerana itu Allah swt berfirman, tanyalah kepada yang tahu sekiranya tidak tahu. Juga Allah swt ada berfirman bahawa hanya orang yg berilmu yg benar-benar takut kpd Allah swt. Kerana mereka udah menyaksikan Kebenaran ini dan udah jatuh air mata mereka ke pipi mereka kerana ini.

Insya-Allah akan disambung, fiamanillah anakku.


Anakku, maka ayat yg pertama turun ialah, “Iqra” iaitu baca (dan belajarlah) kerana Allah swt mahu mengajar Kita ilmu yg tidak diketahui oleh Kita.

Untuk membina jatidiri Kita ini supaya bisa menerima serta mengamalkan ilmu yg diturunkan maka Allah swt menguji dan terus menguji sehingga kita bisa memikul beban yg turun bersama dengan ilmu itu. Sesudah terbina jatidiri Kita hasil dari mengharungi pelbagai ujian maka Alhamdulillah, pada masa kini. Kita dapat memerintah Lautan, Daratan dan Udara. Kini Allah swt menguji Kita untuk membina jatidiri Kita untuk memerintah pelbagai Bencana Alam seperti Tsunami, Gempabumi, Taifun dll. Ingatlah Anakku, Kita ini Khalifah Allah swt dan ciptaan yg lain udah diperintah untuk sujud menghormati Kita.

Maka anakku, fahamkanlah bahawa Bencana Alam dan ujian-ujian yg udah ditakdirkan ke atas Kita semuanya mempunyai hikmah iaitu Allah swt mahu membina jatidiri Kita supaya Kita bisa di Hari Muka mentakbirkan Langit, Bumi dan di antaranya. Contoh, seorang Ayah membina jatidiri anak sulongnya dan apabila dia udah puas hati dengan jatidiri anak sulongnya barulah dia membenarkan anaknya itu mengambil alih pentadbiran syarikatnya.

Kerana itu Allah swt berfirman bahawa adakah Kita ingat semua yg ditakdirkanNya tidak mempunyai hikmah? Sebenarnya Takdir mempunyai bermacam hikmah, ilmu, pendidikan, kebaikan, Keadilan dll yg menguntungkan Kita. Seperti kekata Melayu, “Bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian.”

Maka sesiapa yg tidak mempercayai bahawa adanya banyak memfaat di setiap yg ditakdirkan dan berpendapat dia bisa mengubahsuai Takdir untuk menjadi lebih dari apa yg udah ditetapkan oleh Allah swt maka mereka inilah yg merugi kerana mereka tidak akan dapat kebaikan yg banyak disebalik Takdir yg udah ditetapkan. Rasulullah saw bersabda bahawa kalian belum lagi beriman selagi kalian ngak mahu menerima Takdir. Kerana itu. Allah swt berfirman bahawa jangan kamu kata kamu udah beriman sebelum Aku menguji kamu. Rasulullah saw juga ada bersabda bahawa bagi mereka yg menyatakan mereka bisa merubah Takdir (mengelak sesuatu yg ditetapkan dan mengenakan sesuatu yg tidak ditetapkan) dan mati dalam iktikad ini maka pasti mereka akan masuk Neraka.

Insya-Allah akan disambung (sekarang Ayah mahu buka puasa), fiamanillah anakku semua dan Salam rindu dari Ayahmu.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *