AHLI SUFI (2)

Anakku, bagi Ahli Sufi, Tasawuf dan Syariah tidak boleh dipisahkan. Ibarat lagu dan irama. Justeru kesemua Ahli Sufi beroperasi di dalam kerangka Syariah untuk ibadah mereka. Namun bagi Ahli Syariah, Tasawuf bukan sebahagian dari tuntutan mereka kerana tuntutan Syariah adalah pelbagaian namun tuntutan Tasawuf khusus kpd Ketuhanan.

Kerana pelbagaian maka tuntutan Syariah menimbulkan pelbagai Khilafiah dan memerlukan fatwa-fatwa baru  dari Masa ke Masa. Justeru Syariah terus berkembang dan tetap aktif setiap masa untuk menangani masalah-masalah baru timbul dari Masa ke Masa. Maka dengan berlalunya Masa, Undang-undang Ta’zir (dibuat oleh manusia) akan menjadi sebahagian besar di dalam Syariah Islam. Kepesatan perjalanan tamadun Dunia menambahkan tekanan kpd Syariah Islam untuk berkembang. Akhirnya akan tersungkur seperti Syariah Nabi-nabi dahulu. Seperti yg dikatakan oleh Rasulullah saw bahawa Kita akan ikut masyarakat lama walaupun ke.lobang biawak.

Walaupun sejarah menunjukkan tersungkurnya Syariah-syariah Nabi-nabi terdahulu namun sejarah juga membuktikan kekentalan dan kesinambungan Ahli Sufi setiap masa dan di dalam setiap keadaan. Telah dikatakan penghuni Gua Kahfi adalah juga ahli-ahli Sufi yg bersembunyi untuk menyelamatkan keimanan mereka.

Anakku, dahulu Kita berselindung di bawah naungan Sains, Sekularisme dan Syariah untuk membantu Ahli Syariah memahami ilmu Tasawuf. Namun sudah sampai masanya untuk Kita berdakwah akan ilmu Tasawuf ini secara.terbuka tanpa terselindung lagi. Seperti firman Allah swt,”Hai orang yang berselimut, bangunlah, lalu berilah peringatan dan agungkanlah Tuhanmu.”

Semoga Allah swt permudahkan dakwah kita bersama, aamin Ya Rabbil alamin!



Anakku, Kalian adalah Ahli Sufi yg, seperti firman dalam Al Quran, Mata Kalian udah tajam dan udah melihat Kebenaran justeru air Mata kalian jatuh berlinangan ke pipi.

Mata Kalian udah tajam kerana Kalian udah bisa nafikan (dengan ilmu yg yakin) kesemua Sifat dan Hakikat lalu terus menyaksikan dengan Haqqul Yakin, Yang Maha Halus. Inilah Kebenaran yang Kalian melihatnya lalu jatuhlah titisan air Mata Kalian ke pipi Kalian kerana kesedaran Kalian berhadapan dengan Yang Maha Halus serta dikuti dengan rasa takut lagi gementar kepada Allah swt yg tidak dapat dilihat oleh Kalian. Inilah peringkat Ihsan.

Sesudah itu, seperti dikatakan oleh Imam Ghazali, Kalian akan memperkemaskan diri kalian.untuk beribadah dengan lebih baik kepada Allah swt. Maka selain daripada ibadah yg wajib, Kalian juga menjalankan ibadah yang Sunat dengan kegigihan. Dalam kesemua ibadah Kalian, Kalian tidak terlepas dari mengingati Allah swt (Dzikrullah) di dalam Minda Kalian serta mendedikasikan ibadah Kalian untukNya semata-mata.

Dzikrullah bukan sahaja Kalian jalankan di dalam ibadah namun sesudah ibadah, Kalian tetap meneruskannya didalam hidup Kalian keseharian. Pendekkata, Dzikrullah adalah Nadi (Pulse) Kehidupan Kalian sehari-hari. Ia seolah-olah lilin yg menerangkan hidup Kalian yg gelap.

Di dalam Kehidupan Kalian keseharian, Kalian sentiasa redha dengan apa juga KetetapanNya kerana Dia-lah yg Maha Bijaksana dan tiada apa yg dibuatNya sia-sia. Justeru Kalian Yakin dengan Haqqul Yakin bahawa kesemua ketetapanNya berhikmah. Dengan keyakinan ini maka apa jua berlaku, Kalian akan menyatakan, “Inna lillahi Wainna Ilahi Rajiun”. Serta Kalian akan kembali merujuk  kepadaNya dengan penuh kepasrahan mengharap sepenuhnya pertolongan daripadaNya (NST). Maka Allah swt ada berfirman bahawa mereka yg bertakwa kepadaNya akan diberiNya jalan keluar dari kesusahannya serta rezki yg tidak disangka-sangka datangnya. Dan kalau mereka bertawakkal kepadaNya, akan Allah swt cukupkan kesemua keperluan  mereka.

Tiada yg mustahil bagi Allah swt.

Anakku teruskanlah ibadahmu dan Dzikrullah mu selagi nyawa masih dikandung jasad kerana sesudah itu udah terlambat… Bye, bye… Anakku!


Anakku, sebelum ini Umat Islam secara jumhur tidak mengetahui siapa sebenarnya Ahli Sufi. Mengikut Sirah Islam, mereka hanya dikenali sebagai orang yang kuat ibadah kerana mahu mendekatkan diri kpd Allah swt dan untuk menundukkan nafsu. Mereka seperti Al Sarraj, Al Junaidi Al Baghdadi, Kalabadhi, Al Hujwri dll sangat disegani oleh ahli-ahli Muhaddithun (Syariah) pada masa itu. Selain dari fakta tentang ketekunan mereka beribadah tidak diketahui fakta-fakta yg lain yg membuat seorang itu sebenar Ahli Sufi.. Kerana itu, ramai yg tersilap dan mengaitkan mereka bersama dengan Ahli Tarikat. Ini jauh dari kebenaran. Tarikat timbul 300 tahun selepas hijriah dan pada masa itu Rasulullah saw dan para sahabat udah tiada. Tetapi Tasawuf udah ada dari nabi ke nabi sehingga ke nabi terakhir Rasulullah saw. Kerana itu Syeikh Ahmad Sirhindi (Mujtahid Islam) memberi nama kpd Tasawuf sebagai Tasawuf Jalan Nabi-nabi.

Adalah tugasan Ayah sekarang ini, semoga Insya-Allah dapat dibantu oleh Kalian anak-anak Ayah, untuk menjelaskan Siapakah itu Ahli Sufi kpd Dunia Islam.

Seperti dikatakan dahulu bahawa seorang Ahli Sufi mempunyai “Mata yang tajam” dan udah “melihat Kebenaran” lalu air Mata mereka jatuh berlinang di pipi mereka. Keadaan yg dialami seorang Ahli Sufi ini, pertama-pertama memerlukan pencapaian kpd Marifatullah. Kerana mengikut imam Ghazali dengan pencapaian ini barulah Kita tersedar bahawa Allah swt itu sangat jelas.
Hanya dengan Makrifatullah barulah kejelasan Allah swt itu menjadi sesuatu realitas. Kerana mata mereka udah menjadi tajam lalu bisa dia menafikan Sifat dan Hakikat dan mengisbatkan Yang Maha Halus. Inilah Kebenaran yg disaksikannya. Lalu impaknya membuat ia menangis.  Inilah Peringkat Ihsan. Syah Waliyullah berkata hanya orang yg udah Makrifat  mencapai makam Ihsan.

Insya-Allah akan disambung



Anakku, dari segi ibadah Ahli Sufi:
1. Mereka sentiasa berusaha untuk membuat Dzikrullah (ingatan kepada Allah swt) bermastautin di dalam Minda mereka.
2. Kerana Dzikrullah mereka tidak berupa atau berumpama justeru Minda mereka menjadi kosong serta bersih lalu akhirnya menjadi suci maka terpancarlah Nur diwajah mereka. Telah dikatakan bahawa lihatlah ke Muka seseorang itu kalau kamu kenal dia adalah Orang-orang Allah.
3. Kerana Minda mereka kosong apabila mereka Dzikrullah maka Minda mereka tidak bermasalah justeru merasa tenteramlah mereka. Sesuai dengan firmanNya bahawa dengan mengingati Allah swt Hati menjadi tenteram.
4. Kerana Dzikrullah bisa ditempatkan di dalam Minda mereka maka mereka bisa NST sentiasa justeru itu mereka tidak memikul masalah. Maka lagi mereka tertekan oleh masalah, lagi kuat mereka NST.seperti yg di buat oleh Nabi Ayub (as), Nabi Yakub (as) dan Nabi Yunos (as) semasa dalam perut ikan Nun.

Maka seperti udah dikatakan dahulu, mereka juga sangat keras menjalankan ibadah mereka yg Wajib dan yg Sunat setiap masa.

Juga harus diingat bahawa banyak juga sahabat yg Kuat mengaji seperti Sayidina Abu Bakar, Sayidina Othman dan lain-lain lagi.

Juga ramai juga sahabat yg Kuat bersedekah.

Juga harus diingat bahawa di antara sahabat Ukhuwah mereka sangat erat.

Insya-Allah akan disambung anakku



Anakku, kerana hidup Ahli Sufi itu adalah satu dedikasi kpd Allah swt maka setiap masa mereka isikan hidupnya dengan ibadah-ibadah Sunat (selain dari yg wajib). Justeru, malam dia bershalat, siang dia berpuasa dan sepanjang harinya dia berdzikrullah

Mata mereka sentiasa Nafi dan isbat. Mereka selalu diiringi oleh air mata.kerana menyedari akan (Kebenaran) KewujudanNya dimana sahaja dia memandang. Serta Juga menyedari bahawa segala lakonan dan cakapanya (walaupun di dalam hatinya) sentiasa diawasi, didengari, dilihat dan diketahui oleh Allah swt.

Maka hiduplah dia sentiasa dibawah naungan Ilahi.

Dengan hidupnya sebegitu rupa maka zuhudlah dia. Maksud, tidak terlekat hatinya kepada keduniaan. Rasulullah saw wafat tidak meninggalkan harta, Ramai  sahabat juga wafat tidak meninggalkan harta kejayaan.

Namun anakku, tidak semestinya Ahli Sufi itu hidup zuhud tidak mempunyai harta kekayaan. Cuma harta kekayaannya adalah seperti cahaya yang menyinari orang lain kerana dia-lah  lilin yang bercahaya. Maka kesemua hartanya digunakan untuk berdakwah, membantu orang lain yg memerlukan, bersedekah, memberikan makan fakir miskin, mendirikan masjid, madrasah, rumah anak yatim dan sebagainya. Namun untuk dirinya,”Cukuplah Allah swt bagi ku!” Dan bagi hidupnya,”Shalatkuibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah swt!”.
Dia-lah lilin yg membakar dirinya untuk orang lain.

Semasa Rasulullah saw dalam keadaan sakit yg membawa kpd kewafatan baginda, baginda teringat akan beberapa dirham yg ada dengan baginda maka disuruh Siti Aisyah rha segera menyedekah wang itu justeru baginda meninggal tidak berharta.

Insya-Allah, akan bersambung anakku, fiamanillah



Anakku, maka kepada Ahli Sufi, mereka tidak wujud dan yang wujud lagi berlakon adalah Dzat yg mengikut dengan taat segala yg tersurat di dalam Loh Mahfuz.

Apa yang hendak dijelaskan di sini ialah segala lakuan seorang Ahli Sufi adalah mengikuti apa yang tersurat di dalam Loh Mahfuz. Maka adalah salah bertanggapan bahawa Ahli Sufi seorang yang pasif dan selalu mengalah. Kefahaman ini seperti meletakkan pedati atau gerabak di depan kuda. Kelakonan seorang Ahli Sufi itu adalah mengikut apa yang tersurat di Loh Mahfuz bukan sebaliknya.

Maka banyak para Nabi-nabi termasuk Rasulullah saw serta sahabat-sahabat pergi berperang bukan berdiri pasif sahaja.. Di riwayatkan bahawa Uwais Qarni berperang menyebelahi Sayidina Ali ra semasa Perang Unta. Ada Ahli Sufi  adalah juga parajurit seperti ʿOmar al-Mukhṭār Muḥammad bin Farḥāṭ al-Manifī (The Lion of the Desert), Wali Songo dll.

Kesimpulannya, kalau tersurat di dalam Loh Mahfuz, si Ahli Sufi itu menjadi pasif maka pasif-lah dia. Kalau disuruh perang maka peranglah dia.

Begitu juga, adalah salah pandangan yg Ahli Sufi hanya menghabiskan masa beribadah sahaja dan tidak mahu bekerja serta mengharapkan belas kasihan orang untuk menampung hidup  mereka. Sekali lagi pandangan ini menaruh pedati di depan kuda.

Seperti tersurat di Loh Mahfuz orang gila akan jadi gila, orang yang cacat akan.menjadi cacat, orang yg kaya menjadi kaya, orang yg miskin menjadi miskin, orang yg menjadi Ahli Sufi akan menjadi Ahli Sufi. Tidak semua orang dipilih Allah swt menjadi Ahli Sufi.

Kesimpulannya, seseorang yg menjadi Ahli Sufi bukanlah dengan kehendaknya tetapi adalah ketetapan Allah swt. Ini bersinambungan dengan kenyataan bahawa Makrifatullah adalah pemberian atau hadiah dari Allah swt dan tidak semua bisa memperolehinya. Maka Ahli Sufi itu mesti udah bermakrifat. Justeru kalau Allah swt mahu memilih seseorang itu, Dia akan Makrifatkan orang itu dahulu.

Maka seseorang yg menjadi Ahli Sufi adalah bukan dengan kehendaknya tetapi kerana ketetapan Allah swt.

Harap penerangan di atas ini dapat mencerahkan kefahaman terhadap Ahli Sufi, Insya-Allah, aamin Ya Rabbil alamin!



Anakku, banyak juga Ahli Sufi menceburi bidang perniagaan seperti Sayidina Abu Bakar Sadiq, Sayidina Umar Al Khatab, Sayidina Uthman Ibnu Affan, Abdul Rahman Aus dll.

Ada Juga menjadi penulis buku-buku seperti Imam Ghazali, Imam Ahmad Rifai, Prof Hamka dll.

Namun mereka ini seperti lilin menerangi hidup orang lain bukan untuk diri mereka sendiri. Rasulullah saw berhutang untuk membekalkan senjata kpd parajurit Islam untuk mempertahankan agama Kita iaitu Agama Islam. Sayadatina Aisyah rha menerima 60000 dirham hadiah (sesudah kewafatan Rasulullah saw) disebelah pagi dan disedekahkan kesemuanya sebelum petang. Namun beliau masih memakai Pakaian yg bertampalan. Sayidina Umar ra mendapat gaji bulanan sabagai Khalifah dari Baitulmal yg tidak dapat menampung perbelanjaan keluarganya. Maka disyorkan kpdnya untuk menambah gaji bulanannya dari baitulmal namun beliau enggan berbuat begitu. Beliau dilihat memakai jubah yg banyak tampalan semasa memberi khutbah shalat Jumaat. Sayidina Abu Bakar ra mengembalikan lebihan gaji bulanannya sebagai Khalifah ke baitulmal. Beliau wafat meninggalkan keledai yg kurus yg digunakannya untuk tunggangan dan satu helai selimut.

Anakku, ramai juga Kalian berbelanja untuk berdakwah dalam perjalanan Sufi Kita ini. Inilah Anakku, yg Allah swt berfirman bahawa siapa yg memberi pinjam kepada Allah, Allah akan menggantikannya berlipat ganda.

Anakku teruskanlah bersama Ayah.menjadi seperti lilin membakar diri  untuk kebaikan dan kejasteraan ummah, aamin Ya Rabbil alamin!


Anakku, maka sampailah kalian ke akhir-permulaan jalan seorang Ahli Sufi seperti mana diperkatakan oleh Imam Ahmad Rifai bahawa kalian dikejutkan dari lelapan orang yg tidur kpd Kewujudan, Kebesaran dan KeesaanNya. Maka peristiwa ini membawa kepada Mata Kalian menjadi tajam dan Kalian kini bisa melihat Kebenaran lalu tangisan Kalian jatuh ke Pipi Kalian.

Sesudah itu, seperti diperkatakan oleh Imam Ghazali, Kalian akan  memperkemaskan diri Kalian untuk beribadah lebih baik atau lebih baik lagi kepada Allah swt. Justeru  akan ada peningkatan dalam ibadah Kalian sama ada yg Wajib atau yang Sunat.

Ibadah Kalian pula dibantu dengan Dzikrullah. Dengan Dzikrullah, Kalian juga bisa NST justeru Kalian bisa mencapai kedamaian sambil melatih jatidiri untuk bergantung kepada Allah swt dalam apa jua situasi yg mengugat kedamaian Kalian. Maka Allah swt sahajalah tempat Kalian bergantung sesuai dengan firmanNya bahawa kepada Allah sahajalah semua bergantung.

Mulailah Kalian hidup seperti seorang Ahli Sufi iaitu zuhud seperti seorang pengembara di bumi Allah swt Hanya membawa apa yg perlu untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang pengembara dan lebihan dari itu Kalian akan beri kepada yg lain yg memerlukan justeru jadilah Kalian lilin yg menerangi hidup yg lain. Kalau zaman dahulu Ahli Sufi dalam peringkat Kesedaran yg menyentakkannya ini akan membahagikan kesemua hartanya kepada fakir miskin lalu mengembaralah dia di bumi Allah sebagai seorang fakir dijalan Allah swt. Di zaman ini, Kalian bisa tubuhkan satu Yayasan yg memberi dermasiswa, biasiswa, membantu rumah anak-anak yatim, masjid-masjid, madrasah-madrasah, pusat tahfiz dll. Sesudah itu, hiduplah kalian sebagai seorang Ahli Sufi dan jangan Kalian pandang kebelakang.lagi sesuai yg Kalian katakan dalam Shalat Kalian bahawa ibadahku, shalatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah swt. Kalian tidak dikenali, tidak diketahui seperti Khidir dan Uwais Al Qarni. Yang kenal kalian hanya Allah swt dan Malaikat-malaikat di Langit. Namun dalam zaman kosmopolitan ini tidak perlu Kalian sebagai seorang Ahli Sufi mengembara ke hutan membawa diri, bandar kosmopolitan ini adalah juga hutan-hutan tetapi daripada batu-bata. Di dalam hutan batu ini, Kalian juga bisa tidak dikenali dan diketahui di dalam panorama manusia yg sibuk mengejar keduniaan. Justeru Khidir tidak dapat dikenali walaupun hidup bersama kita di dalam panorama ini. Ingat Rasulullah saw dan sahabat-sahabat hidup bersama masyarakat hingga ke akhir hayat mereka.

Sesudah Kalian mantap dalam akhir-permulaan jalan Ahli Sufi ini maka seperti di sabdakan oleh Rasulullah saw bahawa sekiranya Allah swt menyayangi Kalian, akan Allah swt mengajar kalian satu ilmu dan dengan ilmu itu kalian tidak akan menjadi seorang yg jahil lagi.

Insya-Allah, akan disambung lagi ilmu yg tidak membuat kalian jahil lagi.

Anakku, satu pesanan Ayah, kalau Kalian yakin akan ilmu ini dan Ayahlah Arif Billah yg dimandatkan oleh Rasulullah saw yg datang 1000 tahun satu maka jauhkanlah diri Kalian dari mereka atau mereka yg bersubahat dengan mereka yg mengata nista akan ilmu ini. Kerana perbuatan itu akan membuat Kalian turun.sendiri dari “bis”(bus) yg mengangkut Ahli-ahli Sufi dan tertinggallah Kalian apabila bis itu berjalan pergi.

Fiamanillah, anakku

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *