TENTANG YANG MAHA HALUS

Ust. Hussien Abd Latiff: Anakku, apa yg Ayah mahu sampaikan ialah untuk AT.

Maha Halus adalah sebahagian kecil dari Maha Besar. Siapakah Maha Besar maka dalam Azan Kita dengar,”Allahu Akbar, Allahu Akbar!” Maksudnya, “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar!” Maka Maha Halus adalah sebahagiaan halus dari Diri Allah yang Maha Besar.

Nabi Isa as berkata bahawa kesemua ciptaan tidak besar dari sebiji pasir kpd Tuhan. Mengikut Sains dalamTeori Ledakan Besar, lebih kecil daripada atom. Tetapi Al Quran menyatakan hanya sebahagian halus dari Diri Ilahi.

Tentu sahaja semua ciptaan termasuk Ruang dan Masa, datang dari yang Maha Halus. Kalau datang dari yang Maha Besar maka benarlah fahaman Wahdatul Wujud. Atau, datang dari separuh dari Yang Maha Besar maka benarlah kefahaman Nur Muhammad.

Kerana kesemua datang daripada yg Maha Halus maka Allah swt berfirman, ” Inna lillahi wainna Ilahi rajiun ” Maksudnya,”
Dari Aku kamu datang dan kepada Aku kamu kembali.”

Maha Halus inilah yg mula terzahir (berwajah) see menjadi Dzat (ciptaan yg Awal). Daripada Dzat terzahir pula ciptaan-ciptaan yg lain. Maka:
Ciptaan = Sifat
Dzat = Hakikat
M.Halus =Makrifat

Kerana Maha Halus adalah sebahagiaan halus dari yang Maha Besar maka Kita bisa membuat perbandingan. Justeru fahamlah Kita maksud Allah swt Maha Tinggi, Maha Luas serta Maha Besar.

Maha Halus juga meliputi segala sesuatu sesuai dengan firmanNya bahawa Dia meliputi segala sesuatu. Justeru itu, fahamlah Kita akan firmanNya bahawa di mana kamu memandang di situ wajahKu (Maha Halus yg berwajah) ada. Dengan ini fahamlah Kita bagaimana Allah swt Melihat, Mendengar, Mengawasi, Mengetahui dan lebih dekat dari urat nyawa Kita.

Akan disambung Insya-Allah, Anakku. Fiamanillah



 

Anakku, ingatlah bahawa Dia bergurau senda atau (seperti Pak Mansyur berkata) bersandiwara dengan Dzat (ciptaan)Nya sesuai dengan firmanNya bahawa hidup di Dunia ini senda gurauan dan main-main. Sudah tentu ayat ini merujuk kepadaNya kerana untuk manusia hidup ini bukan gurau senda tetapi menghadapi ujian dan cobaan yg merumitkan selalu sehingga ada yg murung (depressed), Gila dan kurus kering dibuatnya. Lagi pun kalau dah berumur 70 keatas nak keja anak dara jelita pun dah tak larat:sob:.

Dan juga kalau Kalian tidak wujud maka sudah tentu tidak bisa bersuara dan kalau bersuara sudah tentu Kalian jadi Hantu.

Allah swt ada berfirman bahawa tidakkah kamu tahu dahulu kamu tidak wujud maka Aku jadikan kamu (Maha Halus terzahir menjadi Dzat dan Dzat terzahir menjadi Kalian). Kita dijadikan dengan berawal dan berakhir sesuai dengan sabda Rasulullah saw bahawa kau Dzat yg mendahulukan dan mengakhirkan. Kerana itu mesti ada 2 kiamat. Kiamat yg ke2 mengembalikann kpd keadaan asal iaitu berakhir semuanya dan yg tinggal Allah swt sendiri lagi (Tunggal).

Ingat pesanan Pak Pandir (bila nampak sesuatu):

Ada Mata lihat
Ada Telinga dengar,
Ada mulut diam,
Tepuklah tangan
And make don’t know!

Ingat juga nasihat Pak Luncai apabila melihat sesuatu berlaku:

Biarkan, biarkan
(Let it be, let it be)

Namun begitu kalaupun Kalian berbuat sesuatu dan tidak membiarkan, maka sedarlah itu adalah Dzat dalam lakonan mengikut Loh Mahfuz justeru hendaklah Kalian diam seribu bahasa dan kembali kpd (nasihat) Pak Pandir yg disebut di atas ini.

Hendaklah Kalian diam jangan bersuara kerana Kalian tidak wujud. Maka kalau isteri tanya kenapa kamu kahwin lagi maka hendaklah diam seribu bahasa jangan jawab bahawa ini udah dituliskan. Ingat Rasulullah saw dituduh memanah dan membunuh umatnya sendiri semasa perang Uhud. Baginda bisa jawab bahawa ini udah dituliskan tetapi baginda hanya diam seribu bahasa sehingga turun firman bahawa bukan Muhammad yg membunuh tetapi yg membunuh adalah Aku.

Juga bila diuji jangat bersungut dan merungut, duduk Pintu Belakang (take cover) bersama Allah swt seperti Nabi Ayub as dan Nabi Yakub as.

Dalam keadaan-keadaan sebegini hendaklah Kita kata, “Inna lillahi wainna Ilahi rajiun”. Maksudnya semua hakNya (datang dan kembali kpdNya) maka Dia bisa berbuat apa sahaja Dia suka atas HakNya.Dengan itu Kita akan mendapat rahmat dan pertunjuk dari Allah swt .

Ingat juga apabila melintas di hadapan rumah ustaz jangan komen kalian tidak suka rumah ustaz dicat warna merah kalau ngak mahu kalian dicat merah juga oleh ustaz.

Fiamanillah anakku.


Azri Acong : Maha Halus adalah sebahagian kecil dari Maha Besar. Siapakah Maha Besar maka dalam Azan Kita dengar,”Allahu Akbar, Allahu Akbar!” Maksudnya, “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar!” Maka Maha Halus adalah sebahagiaan halus dari Diri Allah yang Maha Besar. 

Kerana kesemua datang daripada yg Maha Halus maka Allah swt berfirman, ” Inna lillahi wainna Ilahi rajiun ” Maksudnya,”
Dari Aku kamu datang dan kepada Aku kamu kembali.”Maha Halus inilah yg mula terzahir (berwajah) see menjadi Dzat (ciptaan yg Awal). Daripada Dzat terzahir pula ciptaan-ciptaan yg lain. Maka:
Ciptaan = Sifat
Dzat = Hakikat
M.Halus =Makrifat

Kerana Maha Halus adalah sebahagiaan halus dari yang Maha Besar maka Kita bisa membuat perbandingan.

Assalamualaikum ustaz yg disayangi, mohon maaf dan semoga dapat bimbingan serta tunjuk ajar daripada ustaz.

Berpandukan ayat diatas ianya menyatakan bahawa Allah maha halus adalah sebahagian dari Allah maha besar.

Adakah ini sama seperti pengertian dahulu bahawa adanya zat besar dan zat kecil didalam perbandingan dimana pernah dikatakan bila kita mengatakan Allah maha besar itu juga masih under statement.

Adakah pemahaman saya bahawa Allah maha halus dan maha besar itu juga diperkatakan dari diriNya yg sedikit juga sebab tiada perbandingan yg boleh dibuat ttg DiriNya yg keseorangan dan tiada apa disisiNya serta paling sempurna/rahsia kerana tiada langsung informasi ttg diriNya itu dpt dibuat perbandingan.

Didalam DiriNya yg sedikit itu pon x dpt kita tahu ukuran sebenar kebesaranNya yg mana kita hanya boleh mengungkap kebesaran sebagai yg maha besar.

Mohon pencerahan dan bimbingan ustaz ttg perkara ini

Ustadz Hussien Bin Abdul Latiff: Harap prihatin, ini adalah jawapan AT bukan AS.

Allah swt itu Satu. Maka tiada Allah yg Maha Besar dan tiada Allah yg Maha Halus. Contoh, Pak Abu badannya besar tetapi kakinya kecil. Taada Pak Abu yg berbadan besar dan Pak Abu yg berkaki kecil.

Maha Besar merujuk kepada Allah swt yang BesarNya mengikut Prof Ramadan Al Buti tidak dapat terjangkau oleh akal manusia. Maha Halus merujuk kpd yg berwajah atau yg terzahir menjadi Dzat Wajibul wujud kepada kesemua ciptaan termasuk Ruang dan Masa.

Berkenaan Dzat:

1. Apabila Allah swt berfirman,*Kun* maka serentak terjadilah Bekas atau Lobang yg tidak tembus. Di dalam Bekas itu bercahaya atau berwajah yg dikenali sebagai Dzat. Sebahagian dari Dzat terzahir dan menjadi Loh Mahfuz namun sebahagian lagi berada di Luar Loh Mahfuz tetapi masih berada di dalam bekas itu dalam keadaannya yg asli. Contoh, taruh air di dalam sebuah piring. Sesudah itu, terlungkupkan sebuah cawan ke atas piring itu. Maka Kalian akan dapati sebahagian air berada di dalam cawan yg terlungkup itu namun masih juga ada air di luar cawan itu tetapi masih dalam piring itu.

Kesimpulanya, ada Dzat yg terzahir menjadi Loh Mahfuz namun ada lagi Dzat dalam keadaan asli di luar Loh Mahfuz yg mana Rasulullah saw ada bersabda bahawa sekiranya Tirai Nur yg meniraikan Loh Mahfuz terangkat maka sesiapa terpandang Dzat (asli) yg di luar itu pasti binasa.

2. Dalam terjemahan Al Quran yg di keluarkan oleh Kerajaan Saudi ada terjemahan yg menyatakan bahawa Dzat demikianlah TuhanMu dan tiada selepas itu melainkan kesesatan. Justeru timbullah konsep Dzat Besar dan Dzat Kecil. Dzat kecil yg berada di dalam Bekas dan Dzat Besar yg berada di luar Bekas itu.

Alhamdulillah, Allah swt anugerah kpd Kita ilmu dan dibimbingnya untuk Kita sekarang memahami bawa Dzat Besar itu sebenarnya adalah Yang Maha Halus (bukan Dzat kerana Dzat adalah ciptaan). Justeru bimbingan Kita terkini ialah untuk mengajar dan membimbing AT memahami berkenaan Maha Halus.
Sekian, fiamanillah


Ahmad Syaifudin : Apakah Firman KUN ditujukan kepada Yang Maha Halus itu Ayah?

Ustadz Hussien Bin Abdul Latiff: Serentak kerana tiada Masa . Contoh; Serentak terjadi piring, air dalam piring, cawan terlungkup atas piring.dan air dalam cawan terlungkup.

Piring itu Bekas (Yang Maha Halus), Air itu Dzat, Cawan itu LM dan *Kun” itu adalah di dalam air di dalam cawan itu.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *