SIAPA ITU AHLI SUFI

14/12/20 06.29 – Arifbillah Ustadz H. Hussein Bin Abdul Latief: Anakku yang disayangi lagi dirindui.

Ingatlah, kalianlah Ahli Sufi. Siapa itu Ahli Sufi, merekalah Pakar atau Spesialis dalam Ilmu Ketuhanan kerana bertahun-tahun mereka hanya mempelajari satu pengajian iaitu  Ilmu Ketuhanan. Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata:

“Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi rahsia-rahsia yang tidak diberi-Nya kepada orang lain. Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 95 (1990).

Kamu boleh mengelar mereka sebagai orang-orang yang memiliki ilmu makrifat.

Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 180 (1990).

Justeru sebagai Pakar dalam Ilmu Ketuhanan maka kalian bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan berkenaan Ketuhanan seperti:

Daripada anak-anak atau cucu kalian:

Kalau Dunia yang besar ini, Langit yang tinggi ini dan Laut yang luas dapat kita melihatnya mengapa pula Allah swt Maha Besar, Maha Tinggi dan Maha Luas kita tidak dapat melihatNya?

Bagaimana Allah swt melihat setiap masa manusia yang berjalan di muka bumi ini, haiwan di dalam hutan belantara, ikan-ikan di dalam laut dan lautan, burung-burung dan unggas berterbangan di udara dan cacing-cacing di dalam perut bumi? MataNya banyakkah?

Bagaimana Allah swt tahu setiap kediaman makhlukNya lalu bisa memberi setiap mereka rezki sehari-hari? Bagaimana Dia tahu cacing dalam perut bumi sedang sakit perut?

Daripada bukan Ahli Sufi:

Apa makna “Dia Yang Zahir” apabila yang zahir yang kelihatan adalah batu, kayu, pokok-pokok, haiwan dan manusia?

Apa makna,”Dia, Maha Halus lagi Meliputi semua”? Kalau Dia Maha Halus serta meliputi justeru kita bisa memijakNya dalam hidup kita keseharian?

Apa maksud, “Dia lebih dekat dari urat nyawa kita”? Dan mana mungkin Dia “dekat” apabila Dia udah berfirman bahawa Dia Meliputi semua?

Apa maksud,” Di mana aku pandang di situ Dia ada?” Bagaimana pula kalau yang kita terpandang itu najis?

Dari Dunia Barat:

Mengapa kami tidak ditanya sama ada kami mahu dilahirkan ataupun tidak? Mengapa kami tidak ditanya sama ada kami mahu menjadi kaum Hawa atau kaum Adam atau Kaum Lut?

Kalau semua udah ditakdirkan dan kita tidak ada pilihan melainkan untuk menurutinya maka kenapa pula kita dimasukkan dalam neraka?

Kenapa Allah swt takdirkan peperangan dunia, bencana alam seperti Tsunami, Gempa Bumi, Bah, Taifun dll, penyakit seperti Korona-virus, H1N1, Kanker, Luekamia dll yang mengorban berbiliun nyawa makhluk-makhlukNya kalau Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang?

Apakah Allah swt suka membunuh dan menyiksa? Adakah Dia, Tuhan yang Sadis (kejam dan mengerikan)?

Mengapa dalam Al Quran itu, kalau ia adalah benar wahyu daripada Allah swt, banyak pencanggahan? Kalau ia adalah  buku yang suci mengapa disuruh pembacanya membunuh?

Anakku yang disayangi, hanya mereka yang pakar dalam Ilmu Ketuhanan bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan di atas ini dengan penuh kepakaran lagi memuaskan. Kerana kalian adalah Pakar dalam Ilmu Ketuhanan maka pertanyaan-pertanyaan semua itu bisa kalian jawab dengan senang lagi memuaskan hati siapa juga yang mendengarnya, Alhamdullilah.

Anakku yang disenangi. Permulaan setiap dakwah samada Allah swt dalam Alam Azali atau 124,000 Nabi-nabi termasuk Rasul-rasul ialah Awaludin Makrifatullah. Kerana itu, Ibnu Abbas ra dan Syeikh Abdul Qadir Al Jilani mentafsirkan Ayat Al Quran, ”Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk menyembahku” sebagai, “Tidak Aku jadikan Jin dan manusia melainkan untuk mengenali (makrifat)Ku”. Rasulullah saw juga menasihati para sahabat apabila mereka berjumpa kaum Yahudi maka pujuklah mereka beriman kepada Allah swt dan sesudah mereka bermakrifat kepada Allah swt  maka beritahu mereka bahawa Shalat 5 waktu wajib. Dengan kewafatan Rasulullah saw maka tiada Nabi yang baru akan dihantar oleh Allah swt kepada umat manusia. Justeru beban dakwah ini turun kepada kalian seperti bagaimana ia turun kepada para sahabat sesudah kewafatan Rasulullah saw. Kerana kalian termasuk dalam golongan “Ulama waristul (penganti) anbiya (Nabi-nabi)” seperti dikatakan oleh Syeikh Abdul Qadir al Jilani:

Orang-orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusiaan dan tidak ada makam (stesen) di atas ini, kecuali kenabian.

Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 95 (1990).

Mereka ibarat timbalan nabi-nabi dan rasul-rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat taufik dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung.

Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 95 (1990).

Anakku yang dirindui, kalianlah Pakar dalam Ilmu Ketuhanan dan ia adalah bidang khusus kepada kalian, justeru dibahu kalianlah terletak dakwah Ilmu Ketuhanan kepada Dunia. Allah swt ada berfirman:

Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan hak dan dengan yang hak itu (pula) mereka menjalankan keadilan.

Al Isra’ (17):85

Mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar.

Al Hasyr(59):8

Maka Allah swt berfirman menyuruh mereka mengaji kepada yang tahu kalau mereka tidak ada pengetahuan tentang seuattu:

Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.

Al Anbiya (21):7

Hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya.

Al Ankabut (29):43

Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui

An Nahl (16):43;  Al Anbiya (21):7

Musa berkata: “Itulah (tempat) yang kita cari”. Lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula.

Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba (Khidir) di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami

Al Kahfi (18):63-65

Anakku, kalian udah sampai kepada kemuncak dan penghujung Ilmu Ketuhanan ini seperti yang dikatakan oleh Imam Ghazali seorang Hujjatul Islam serta ahli Sufi:

Orang yang mengenal dirinya dan mengenal Tuhannya niscaya sudah pasti ia mengenal bahawa ia tiada mempunyai wujud bagi dirinya.

Imam Ghazali, Ihya Ulumiddin Bk. 7, 427 (1981).

Justeru kalian meng-Esakan kewujudan Allah swt di mana juga kalian memandang termasuk diri kalian. Maka kalian udah tidak jahil lagi berkenaan Ilmu Ketuhanan ini.

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri.

Asy Syuura (42):53.

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan?

Adz Dzariyat (51):20.

Kedudukan kalian seperti disimpulkan oleh Imam Ahmad Ri’fai:

Andaikata kamu mengenali Allah Ta’ala dengan sebenar-benar pengenalan, niscaya kamu akan diajarkan-Nya suatu ilmu yang tiada lagi sesudahnya sifat kejahilan. 

Sayid Ahmad Rifai, Benteng Ahli Hakikat, 33 (1994).

Teruskan dakwah kalian kerana seperti disabdakan oleh Rasulullah saw, kalian juga adalah orang-orang yang berilmu yang ditakuti oleh syaitan:

Satu orang faqih (orang yang berilmu) adalah lebih berat bagi syaitan daripada 1000 orang abid (ahli ibadah)

Sunan Ibnu Majah Bk 1,  179 (1992).

Semoga Tazkirah dan pesanan Ayahmu ini menjadi panduan dan pendoman kalian di Hari Muka, aamin Ya Rabbil Alamin.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

3 Responses

  1. Kawulo says:

    Saya setuju dari semua yg tertulis disini tapi Apa sebenarnya makna ahli makrifat karena saya pernah dengar kalo hanya ngerti dan faham saja itu blm dikatakan ahli krn klo hanya sebatas itu yg kami lihat tingkahlakunya msh lucu msh lbh suka pamernya unt tunjukkan dia lebih dr yg laen. Trm ksh

    • YAMAS says:

      bisa disimak pada laman youtube yamas indonesia. Ahli sufi antara lain sudah ma’rifat, sentiasa dzikrullah, dan rajin beribadah sehingga mencapai derajat ihsan. Bisa disimak jelasnya pada syarahan di Youtube

  2. Dody noorahman says:

    Saya sangat senang mengikuti sarahan keruhanian dan pengkajian ustad

Leave a Reply to Dody noorahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *