SEGALA MILIKNYA

SEGALA MILIKNYA

Anakku, sebagai seorang Ahli Sufi, Kalian faham seperti yg dikatakan oleh Imam Ghazali, seorang Hujjatul Islam, bahawa Kalian tidak wujud.

Juga Kalian faham bahawa kesemua yg ada ini termasuk diri Kalian adalah hak mutlak Allah swt dan Dia tidak berkongsi milik dengan sesiapa pun. Maka semua yg ada pada Kalian seperti kepandaian, ketangkasan, suara, kekuatan pendengaran, penglihatan, rasa, kepintaran dan sebagainya, adalah kepunyaan Allah swt yg diberikan kepada kalian supaya dapat membantu Kalian dalam kehidupan Kalian keseharian.

Namun ramai tidak menyedarinya. Justeru itu, ramai yg berkelakuan seperti Karun yg dibenamkan oleh Allah swt bersama kesemua hartanya ke perut bumi ini kerana menyatakan bahawa kesemua kekayaan yg dicapainya adalah kerana kepandaiannya.

Begitu juga sekumpulan petani apabila melihat tanaman-tanaman mereka udah siap untuk dipetik berkata esok mereka akan memetik tanaman-tanaman mereka yg dihasilkan dari titik peluh mereka semua. Maka Allah swt kirim Belalang lalu hancur leburlah tanaman mereka.

Saksikan anakku, perkara-perkara ini banyak berlaku di zaman Kita ini:

1. Musabaqah Al Quran. Maka Kita puji bacaan peserta yg berjaya dan perserta yg berjaya juga merasa amat bahagia dengan kekajaannya mengalahkan peserta-peserta yg lain yg sama bagus bacaan mereka dengannya.

2. Kita memuji suara merdu seorang penyanyi dan penyanyi itu juga merasa gembira mempunyai suara yg diminati ramai.

3. Ramai kita memuji serta menyanjung tinggi kebijaksanaan Einstein sehingga ke Hari ini.

4.Ramai memuji sedapnya makanan masakan Tukang Masak yg terkenal di seluruh Dunia dan dia juga merasa amat bahagia atas kemahirannya itu.

5. Ramai juga memuji kepantasan dan ketangkasan Ahli-ahli Sukan dan Ahli-ahli Sukan ini juga merasa bahagia dengan kejayaan-kejayaan mereka kerana kepantasan dan ketangkasan mereka.

6. Ramai juga memuji serta menyanjung ketua-ketua Negara kerana bijak mentadbirkan negara dan ketua-ketua ini semasa rapat umum Pemilihan Umum (Pilihan Raya) mengingatkan Pemilu (Pengundi) akan segala macam pencapaian mereka yg buat negara mereka berjaya.

Lihatlah anakku dalam contoh di atas ini, Karun di Masa kemodenan ini.

Di mana Allah swt dan bagaimana pula dengan firmanNya bahawa bukan kamu yg melempar dan membunuh tetapi yg melempar dan membunuh adalah Aku.

Semoga berjumpa lagi, Insya-Allah, fiamanillah anakku!!

 

 

SEGALA MILIKNYA (2)

Anakku, tiada suatu pun milik Kita. Semua adalah kepunyaan Allah swt dipinjamkan kepada Kita untuk membantu perjalanan hidup Kita.

Maka kalau Allah swt mengambil kembali hakNya daripada Kita:

1. Nyawa – Kita mati
2. Suara – Kita bisu
3. Penglihatan – Kita buta
4. Ilmu – Kita jadi bodoh
5. Kejelitaan – Kita jadi bodoh
6. Rasa – Kita tidak bisa rasa
7. Tenaga – Kita jadi lemah
8. Kedengaran – Kita jadi pekak.
9. Kesihatan – Kita sentiasa sakit.
10. Kekayaan – Kita jadi miskin papa.
11. Kebahgiaan – Kita jadi murung
12. Kasih sayang – Kita jadi bengis
13. Kelembutan – Kita jadi kasar.
14. Kerendahan diri – Kita jadi sombong.

(Dan lain-lain lagi sifat-sifat yg membantu Kita dalam hidup Kita.)

Sayugia diingatkan sifat-sifat ini adalah ciptaan-ciptaan Allah swt yang bebas daripada Kita dan yg sentiasa bertasbih kepada Allah swt.

Apa yg Ayah hendak sampaikan anakku ialah sifat-sifat ini Allah swt kirimkan dari sisiNya kepada Kita untuk membantu kehidupan.kita justeru ia akan kembali semula ke sisiNya apabila Kita meninggal Dunia. Kerana itu apabila Kalian lihat kepada mayat yg terbujur Kaku, sifat-sifat ini udah tiada kerana udah meninggalkan Jasad Kita itu.

Maka anakku fahamkanlah kamu tidak bisa membunuh sifat-sifat ini kerana:

1. Sifat ini bebas daripada Kita.
2. Dipinjamkan untuk membàntu Kita hidup keseharian.
3. Ciptaan tersendiri bertasbih sentiasa kepada Allah swt
4. Bisa diambil daripada Kita bila-bila masa.
5. Tidak mati tetapi kembali semula ke sisiNya.

Kesimpulan:

1. Kamu tidak bisa bunuh suara merdu Penyanyi itu tetapi Penyanyinya.
2. Kamu tidak bisa bunuh keilmuan Ulama itu tetapi ulamanya.
3. Kamu tidak bisa membutakan, memekakkan atau membisukan penglihatan, pendengaran atau suara. Yang kamu bisa pekakkan, bisukan atau butakan adalah orangnya.

Maka apabila seseorang itu rasa dengki, kianat ataupun cemburu kerana rakannya itu pintar, jelita, bersuara merdu, berilmu, tangkas dan mempunyai lain-lain lagi Sifat yg teristimewa, dia ngak bisa membunuh sifat-sifat ini yg ada pada rakannya itu. Yang dia bisa bunuh ialah rakannya itu.

Maka walaupun :

1. Rasulullah saw wafat namun As Sunnah (keilmuan) baginda masih hidup.
2. Walaupun Einstein udah mati namun ilmunya masih hidup
3. Walaupun Broery Marantika dan P Ramlee udah meninggal dunia namun suara merdu mereka masih hidup.

Maka sia-sia sahaja seseorang itu cuba membunuh sifat-sifat ini kerana merasa cemburu, dengki atau kianat atasnya. Sedarkanlah fakta ini kerana yg bisa dia bunuh ialah orangnya.

Maka buat apa mahu cemburu atau dengki atau kianat ke atas sesuatu yang tidak bisa terjejas dengan perbuatan Kita. Kalau bisa, nah hilangkan ilmu Einstein atau suara merdu Broery atau P Ramlee yang masih ada sesudah orang-orangnya udah ngak ada.

Semoga anakku mendapat kememfaatan dalam tazkirah Ayahmu ini, aamin Ya Rabbil alamin!!!

 

SEGALA MILIKNYA (3)

Anakku, Kalian udah memahami bahawa nyawa, roh, minda, pendengaran, penglihatan, suara, ilmu,
kepintaran, kejelitaan, rasa, kuasa, kesihatan dan lain lain termasuk memori adalah ciptaan-ciptaan di sisi Allah swt yg dikirimkan kepada Kita untuk membantu Kita menjayakan Kehidupan Kita mengikut apa yang udah termaktub di Loh Mahfuz.

Untuk menjayakan apa jua yg udah tertera di Loh Mahfuz maka setiap sifat-sifat ini udah disempurnakan akan tugas masing-masing sebelum dihantar kepada Kita. Sesuai dengan firmanNya bahawa tidak satu apapun dialpakanNya.

Maka anakku fahamkan bahawa apa yg kamu alami dari masa ke masa dari kesemua sifat-sifat ini udah tertulis di LM apabila Allah swt berfirman, “Kun!”

Contoh, pada hari sabtu yg baru lepas, sahabat- sahabat Ayah menikmati “Fish Head Curry” ala Singapore dan kesemua berkata,”Finger licking good” (sedap menjilat jari) senikata pinjam dari KFC. Renungkan adakah Rasa itu dirasa pada masa itu atau ini udah ketentuan semasa Allah swt berfirman,”Kun!”Maka Rasa menjalankan tugas merasakan kesedapan masakan Fish Head Curry di hari sabtu yg baru lepas ini.

Maka anakku, kesemua sifat-sifat itu (tidak pengecualian) termasuk memori menjalankan tugas mereka masing-masing yg udah ditetapkan semasa Allah berfirman,”Kun!”

Mereka mendekati Kita semasa Kita lahir dan meninggalkan Kita semasa kematian Kita. Tugas mereka masing-masing ialah untuk membantu kita menjayakan apa udah termaktub dalam LM iaitu perjalanan hidup Kita dari awal ke akhir. Maka dari sisi Allah swt mereka datang dan kepadaNya-lah mereka kembali. Maka apabila Kita sebut setelah mendengar seseorang itu meninggal dunia,”Inna lillahi Wainna Ilahi Rajiun” adalah juga untuk kesemua sifat-sifat ini bukan sahaja untuk si mati.

Anakku seperkara lagi yg Ayahmu mahu sampaikan ialah:

1. Lihat kepada bayi yg baru lahir alangkah tenteram keadaan mereka. Ini adalah kerana Jiwa yg masuk ke Jasad mereka adalah Jiwa yg tenteram yg belum disaluti oleh sifat-sifat yg dikirimkan kpd Jasad bayi itu.
2. Begitu juga anakku, KESEMUA Jiwa yg kembali ke Alam Bazakh juga adalah Jiwa yg tenteram kerana ia meninggalkan sifat-sifat ini termasuk memori pada Jasad itu. Dan sesudah nyawa diambil maka Kembalilah sifat-sifat ini di sisi Allah swt.

Justeru tamatlah satu sandiwara Ilahi tidak ada tambahan lagi.

Semoga Anakku mendapat pencerahan dari Tazkirah Ayahmu ini, Insya-Allah, aamin Ya Rabbil alamin.

SEGALA MILIKNYA (4)

Anakku, ingatlah pesan Ayahmu ini:

1. Semua yg di Langit dan di Bimi serta di antaranya adalah Hak Mutlak Allah swt. Ingatlah Dia tidak berkongsi milik dengan sesiapa pun.

2. Kerana semua adalah Hak MutlakNya maka Allah swt berfirman bahawa kesemua pengurusan keatas ciptaanNya adalah di tanganNya. Kerana itu Dia berfirman bahawa segala-gala bergantung kepadaNya. Kerana itu Dia juga ada berfirman bahawa bagaimana kamu memikirkan dan.menetapkan ( keatas Hak MutlakKu) maka celakalah kamu.

3. Justeru segala yg ditetapkan ke atas segala Hak MutlakNya tidak akan berubah. Kerana itu juga Dia menekankan bahawa rencana atau sunnahtullahNya ke atas Hak MutlakNya adalah tetap. Tetap apabila sahaja Dia berfirman,”Kun!”

Anakku, apa yang Ayah mahu sampaikan ialah janganlah Kalian terbawa-bawa dengan emosi atau masuk campur tangan walaupun sedikit, dalam urusanNya atas Hak MutlakNya. Hendaklah Kalian sedar akan Kebenaran ini dan berkelakuan “professional” atau berasingan (detached).

Apa juga berlaku keatas HakNya (termasuk ke atas dirimu atau mereka yg terdekat denganmu atau hartamu) sama ada kematian, kecelakaan, kedukaan, penderitaan, kemiskinan, kebahagian, kekayaan dan lain-lain lagi. Ini semua adalah KehendakNya. Kerana itu Kita berkata”Inna lillahi Wainna Ilahi Rajiun”. Kerana itu juga Dia berfirman kepada Rasulullah saw bahawa kalau Dia mahu Dia bisa buat semua Umat manusia di dunia beriman.

Anakku, Ayah berdoa Semoga Kalian bisa memahami akan tazkirah Ayahmu ini dan bisa berkelakuan “professional” atau “detached” (berasingan) apabila berhadapan dengan sesuatu situasi atau keadaan dalam hidup Kalian dan janganlah beremosi kerana Allah swt ada berfirman bahawa janganlah kamu kata kamu udah beriman sebelum Aku menguji kamu.

Fiamanillah, anakku!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *