Q&A: TIADA PENGERTIAN
Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku yg dirindui. Bulan puasa ini mempunyai kaedah yg berlainan kepada orang awam dan yg udah bermakrifat.
Bagi orang awam, bulan Ramadan adalah bulan yg mulia dan diharuskan dipenuhi dengan ibadah sedaya bisa serta menjaga tingkah laku, lidah, pandangan, pendengaran dan Minda.
Bagi orang yg Makrifat, di buat semua ibadah yg diharuskan dan lebih (serta berdzikrullah sentiasa) namun dibenak Mindanya dia tahu yg melakukan kesemua ini adalah Dzat mengikut skrip dalam Loh Mahfuz kerana dia tidak wujud. Lalu dia tidak akan samasekali mengaku bahawa dia udah beribadah dengan banyaknya dalam bulan Ramadan lebih daripada orang awam. Dia akan hanya berdiam diri. Seperti Rasulullah saw, baginda tidak akan mengaku baginda dapat membunuh banyak kaum Quresh kerana baginda tahu yg membunuh adalah Allah swt menerusi Dzat.
Maka awaslah anakku, jangan mendabik Dada (megah) mengatakan Kalian udah beribadah dengan banyak sekali dalam bulan yg mulia ini kerana Kalian udah tahu. Seperti firman Allah swt yg bermaksud bahawa tidak sama yg mengetahui dan yg tidak mengetahui.
Ini juga seperti sabda Rasulullah saw bahawa hendaklah Kita hidup macam biasa. Maka hendaklah kita seperti biasa
dalam bulan puasa yg mulia ini beribadahlah dengan banyak sekali namun membisu seribu bahasa (makna “Diam” Sepenuhnya) dan jangan mendabik Dada.
Sentiasalah anakku “Nafi & Isbat” supaya kalian sentiasa sedar yg Kalian tidak wujud dan yg berlakon adalah Dzat justeru itu, Kalian tidak akan terjatuh dalam perangkap ujian Ilahi.
Apabila Kalian sentiasa “Nafi & Isbat” lalu sedar akan Kebenaran bahawa kesemua ini adalah lakonan Dzat mengikut Loh Mahfuz maka akhirnya akan datang kepada kalian satu hamparan iaitu Tiada Pengertian. Maka benarlah perjalanan Kalian itu kerana perjalanan Kalian akhirnya akan sampai kpd tidak ada Pengertian kerana Dia-lah yg bermain dan senda gurauan dengan Dzat (ciptaan)Nya maka Pengertian dalam perkara ini hanya Dia sahaja yg tahu. Kalau Kalian berkata Kalian mengerti maka sekali lagi Kalian udah buta lagi.
Waspadalah anakku yg dikasihi supaya tidak terjatuh dalam perangkap ujian Ilahi dalam bulan Ramadan yg mulia ini.
Anakku yg dirindui. Akhir perjalanan. Kalian akan sampai kpd Hamparan ‘Tiada Pengertian’. Udah tentu kerana Kita tidak wujud dan hanya Dia bermain dengan Dzat (ciptaan)Nya maka Pengertian atas permainan itu hanya berada denganNya sahaja.
Justeru itu, Nabi Musa as ngak bisa mengerti akan kelakonan Khidir as terutama dalam memecahkan perayu orang serta membunuh seorang anak kecil. Inilah yg dikatakan kpd Musa as apabila dia berkata mahu berlajar ilmu yg ada pada Khidir as. Khidir as berkata kepadanya bahawa kamu tidak akan dapat bersabar bersebab ilmu yg kamu tidak akan dapat memahaminya.
Kerana itu juga Allah swt memerintah Kita supaya jangan memikir dan menetapkan kerana Pengertian atas sesuatu bukan dengan Kita.
Maka jangan berfikir kenapa si Luncai terjun dengan labu-labunya. Serta jangan menetapkan bahawa Si Labu itu gila kerana Kita tidak mempunyai Pengertian atas perbuatannya itu.
Maka ikut nasihat Pak Pandir iaitu lihat, dengar tetapi diam lalu tepuk tangan buat tidak tahu. Maka apabila lihat atau dengar Labu terjun dengan labu-labunya diam sahaja namun tepuklah tangan mengikut orang ramai serta buatlah tidak tahu iaitu hidup macam biasa.
Maka beribadahlah dengan sebaiknya dalam bulan Ramadan yg mulia ini namun janganlah berfikir kenapa aku beribadah dengan sesungguhnya namun rakan itu tidak berbuat begitu. Dan jangan menetapkan bahawa rugilah dia kerana ini adalah bulan yg mulia lagi di penuhi barakah. Ingatlah yg berlakon adalah Dzat dan Pengertian akan lakonan itu hanya ada dengan Allah swt sahaja.
Semoga anakku yg dikasihi mendapat memfaat atas tazkirah Ayahmu ini.
Catatan:
Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR