Q&A: TENTANG RUH DAN PERJALANAN KEHIDUPAN

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku yg dirindui sentiasa. Roh di dalam alam azali, bermaksud Roh yang belum lagi berlakon di persada (pentas), Ilahi. Namun Roh ini udah melalui 2 keadaan, iaitu:

  1. Tanpa berupa manusia (faceless) dalam alam Roh.
  2. Udah berupa manusia tetapi belum berlakon lagi dan berada dalam tulang sulbi kita.  (Semasa kita di dalam rahim ibu kita).

Di peringkat yang ke 2 ini yang Allah swt mengenalkan DiriNya kepada kita dengan firman termasyurNya, “Alastu birrabikum?” (Bukankah Aku Tuhanmu?).

Pada peringkat ini juga, Roh kita udah ada dalam jasad bayi (yang belum dilahirkan lagi) yang mana tergantung di lehernya skrip lakonan kita.

Di sini juga kita lihat Roh dalam jasad bayi (yang belum lahir lagi), udah dewasa, kerana bisa memahami dan menjawab pertanyaan Ilahi dan bisa diambil kesaksian kita oleh Ilahi (yang kita udah mengenaliNya). Mari kita lihat beberapa kejadian yang dapat membuktikan bahawa Roh dalam jasad bayi itu udah dewasa dan bisa berinteraksi:

  1. Nabi Isa as semasa bayi lagi boleh berkata-kata.
  2. Begitu juga bayi yang boleh berkata-kata yang melepaskan Nabi Yusuf as dari tuduhan mahu memperkosakan Zulaika.
  3. Bayi Mashita di mana Mashita teragak-agak melempahnya ke kawah yang mendidik namun bayi itu bersuara mengalakkannya. [menenangkan]

Apabila kita lahir sahaja, maka lakonan kita pun bermula mengikut skrip kita. Kita akan berlakon mengikut skrip kita dengan sepenuhnya tanpa ada apa-apa perubahan atau ubah suai kerana tiada yang Allah swt lupai dalam skrip kita walaupun ianya lebih kecil dari zarrah. Di sini yang Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata bahawa kita tidak ada pilihan melainkan berlakon dengan taat lagi setia adegan-adegan di dalam skrip kita itu sampai ke akhirnya. Permulaan lakonan kita apabila kita  dilahirkan dan akhirnya apabila kita meninggal dunia.

Lantas ada yang berkata kepada Rasullah saw bahawa kalau semua udah dituliskan dan ngak bisa diubah alangkah baik kalau kita berpeluh tubuh dan pasrah? Maka dijawab oleh Rasulullah saw supaya jangan berbuat begitu tetapi hendaklah kita hidup seperti biasa.

Nah, walaupun kalian udah tahu bahawa kita semua dalam tayangan di Bioskop Ilahi namun kalian mesti teruskan berlakon iaitu hidup macam biasa (seperti tak faham) cuma senyum makrifat.

Contoh, kita diberi durian, lho hidup macam biasa, makan jangan tidak makan. Kalau ada yg ngak mahu makan kerana ngak mahu berlakon maka kita makan untuk mereka dan kalau dimarahi mereka kita senyum (makrifat) kerana kita tahu mereka yg ngak mahu makan pun sedang berlakon… Hehehe.

Apabila kita meninggal dunia maka Roh pergi ke Alam Bazakh. Nah, harus diingat dan difahami bahawa semua lakonan tertinggal di dunia kerana skrip kita tertinggal dengan jasad kita tidak ia mengikuti Roh kita ke Alam Bazakh. Natijahnya, tertinggallah:

  1. Semua kepandaian kita seperti menyanyi, menari, membaca al Quran, dalam bidang-bidang tertentu dll.
  2. Semua status (taraf hidup) kita seperti Sultan, Tun, Tan Sri, Datuk & Datin dll.
  3. Semua hubungan seperti suami & isteri, anak-anak, saudara mara dll.
  4. Segala keburukan seperti semua ketagihan kpd dadah, arak, judi, jenayah, maksiat, perangai buruk dll.
  5. Segala cpenyakit seperti kanker (Cancer), luekamia, kusta dll.
  6. Segala keuzuran seperti Haidh, nyanyuk (pikun), dementia, penyakit mental dll.
  7. Segala kecacatan fisikal seperti OKU (Orang kurang upaya), buta, pekak, bisu, sengau dll.
  8. Segala keperluan seperti makan & minum, bernafas, pergi ke tandas dll.
  9. Segala beban Agama kepada kita secara peribadi (personal) seperti shalat, puasa, menunaikan Haji, zakat, fitrah, sedeqah dll.

Maka Roh kita masuk ke Alam Bazakh bebas dari skrip yang tertinggal di dunia. Walaupun kita bebas dari berlakon mengikut skrip namun Roh kita masih berupa (tidak faceless) semasa kita masuk dan berada di Alam Barzakh sesuai dengan firmanNya yang maksudnya bahawa kita akan hidup mengikut kitab (skrip) kita sampai Hari Kebangkitan. Ertinya kita masih bawa muka kita bersama walaupun tidak berlakonlagi. Namun semua dalam lingkaran umur 33 tahun. Semasa berada di Alam Barzakh maka dapatlah kita berjumpa dengan Roh-Roh yang kita udah kenali semasa di Alam Azali dan banyaklah yang masing-masing mahu menceritakan skrip-skrip mereka yang mereka lakonan justeru itu tidak kering gusi (cannot stop laughing). Pada masa itu baru kita sedar bahawa yang masih tertinggal atau masih hidup di dunia masih berlakon. justeru itu,  barulah kita  faham maksud firmanNya bahawa hidup di dunia hanyalah main-mainan dan senda gurauan.

Rio : Ustadz. Berarti Allah berfirman alastu birabbikum itu kepada Ruh di dalam rahim? Dulunya saya mengira Allah berfirman alastu birabbikum itu kepada kumpulan ruh di alam ruh.

Noriah M Ali: Ustaz, I was under the same impression because Allah recorded we answered, “bala syahidna” or “ya, kami bersaksi”! Penggunaan kata nama “kami”. Seumpama dalam satu kumpulan.

Mbak Sri Puji Astuti: Mohon bantuan biar lebih paham. Saat Allah  meminta kesaksian saat ruh  didalam rahim? Kalau ruh bayi yang belum berada dalam rahim (masih dikumpulan ruh di alam ruh) belum diminta kesaksiannya? Ruh di alam ruh apakah hanya ruh saja ataukah bersama dengan minda?  Maaf…saya masih belum paham. Terimakasih  Ustadz 🙏

Ustadz Hussien Abd Latiff: Menjawab soalan Rio, Noriah & Tuti. Kalian lihat ayat berkenaan iaitu Ayat Al Ar’af (7): 172 [Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”…….”] di mana Allah swt keluarkan kita  dari tulang sulbi (masih alam azali iaitu alam roh) lalu mengambil kesaksian kita. Kerana itu kita lihat banyak “meditation” Hindu, Buddhist dan tarikat bermula dari tulang sulbi lalu naik ke atas. Makna roh (jiwa) itu dikeluarkan dari tulang sulbi lalu di bawa naik ke jantung lalu ke minda (Sirr untuk tarikat) justeru fana. Sayugia diingat kalau Roh bisa berbicara maknanya Roh itu menjadi Jiwa.

Rio : 🙏🏼 terimakasih ustadz. Saya baru tahu kalau meditation naik dari tulang sulbi itu ternyata maknanya itu. Ruh dikeluarkan dari tulang sulbi

Ustadz Hussien Abd Latiff: Itu fahaman mereka Rio. Kita tidak pakai itu kerana saya bawa kalian terus ke Minda (sirr). Lebih cepat kerana Roh bertempat dekat dengan ulu hati maka kenapa mesti bawa turun ke tulang sulbi lepas itu naik semula.

Rio: Benar ustadz. Jalan kita selalu langsung ke minda. Masuk bilik khalwat 🙏🏼

Ustadz Hussien Abd Latiff: Hehehe … Terus ROC

Shaiful M: Ustaz, bererti hanya kejadian Roh Nabi Adam dan Nabi Muhammad s.a.w yg berbeza; diciptakan sebelum kejadian jasad di dalam rahim?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar pul. Roh Nabi Muhammad saw udah di letakkan ditempat yang istimewa sebelum baginda dilahirkan. Dan Nabi Adam as Rohnya dimasukkan ke jasadnya (kerana ia tidak dilahirkan) setelah jasadnya terbujur kaku selama 40 tahun di dalam syurga eden.

Noriah M Ali: tak lupa, bonda Hawa jua tidak dilahirkan

Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar, Noriah

Efendy Yasin: Maaf ustadz, saya sedikit bingung … saat diambil persaksian itu, ruh satu persatu kah yang akan di tiupkan ke rahim atau ruh beramai-ramai saat di alam ruh sebelum di tiupkan ke rahim ?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Lihat ayatnya di atas ini untuk penjelasan, iaitu Allah swt keluarkan jiwa anak-adam dari tulang sulbi lalu mengambil kesaksian mereka. Jelas yang ditanya bukan satu tetapi berkumpulan, kerana setiap saat yang akan lahir di seluruh dunia bukan satu tetapi ramai atau berkumpulan. Selagi roh atau jiwa belum dilahirkan mereka dikatakan berada dalam Alam Azali lagi. Di saat ini, Syeikh Abdul Qadir al Jilani berkata bahawa roh (jiwa) ini adalah di dalam penjagaan Allah swt.  Apabila dilahirkan mereka udah berada di alam dunia dan di dalam penjagaan ibu-bapa meteka.

Mbak Sri Puji Astuti: Mohon pencerahan. Dalam sarahan Zikrullah 1 dijelaskan ruh beraksi dijamah azali. Dalam sarahan Dzikrullah 1,  menit pertama, disitu Ustadz menerangkan bahwa roh diambil kesaksiannya dizaman azali, apakah maksudnya di alam ruh ?

Sedangkan, Penjelasan Ustadz yang  barusaja diatas tadi menjelaskan bahwa (Al A’raf : 172) Allah SWT keluarkan jiwa anak Adam dari tulang sulbi lalu mengambil kesaksian mereka. Berarti kesaksian saat di alam rahim?

Maaf…masih bingung.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Alam Azali atau Alam Roh menangkup 2 keadaan iaitu: (1) Semasa Roh-Roh belum berupa (faceless) dan (2) Semasa Roh- Roh Udah berupa tetapi berada dalam rahim ibu kita sebelum dilahirkan. Masa-masa ini dipanggil Alam Azali atau Alam Roh kerana seperti dikatakan oleh Syeikh Abdul Qadir Al Jilani pada masa-masa ini kita masih di bawah jagaan Allah swt sepenuhnya hingga kita dilahirkan. Dalam keadaan (2) Inilah kesaksian diambil dari Roh-Roh kita oleh Allah swt.

Mbak Sri Puji Astuti: Alhamdulillah.  Lega…makasih Ustadz. 🙏

Mohd Zainothman: Janin dalam rahim sudah bernyawa dari mula penciptaan nya, tetapi bilakah pulanya rohnya di tiupkan adakah bersama-sama dengan hati yang tiga serangkai. Mohon.penjelasan ustaz terima kasih.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Kalau kita lihat riwayat  sperma-sperma di youtube, kita dapat lihat sperma-sperma ini dapat bergerak dan apabila mereka bercantum maka terjadilah pertumbuhan janin. Pergerakan sperma ini dan selepas itu janin menunjukkan mereka mempunyai Roh kerana Roh itu tenaga. Apabila janin itu membesar dan dapat memahami maka pada masa ini ia mempunyai hati sesuai dengan firman Allah swt bahawa Dia meniup Roh ciptaanNya dan sesudah itu Dia memberi kita Minda yg 3 serangkai iaitu dangan pendengaran, penglihatan yg dikatakan Hati. Dan sebelum kita dilahirkan, kesaksian kita diambil.

Mohd Zainothman: Terima kasih ustaz atas penjelasan yang ustaz berikan. Tetapi masih ada pertanyaan lagi yang belum ustaz sentuh: di manakah di tempatkan roh-roh yang sudah kematian jasad nya.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Yang kematian jasad, roh mereka berada di alam bazakh. Seperti diterangkan sperma itu bergerak kerana ada roh (kerana roh itu tenaga) maka udah ditiupkan semasa sperma lagi. Kalau ngak ada roh ngak bisa bergerak. Contoh, lihat ekor cicak yg udah terputus. Ia masih boleh bergerak walaupun udah terputus bererti masih ada Roh.

Maka roh membesar dan disaluti oleh jasad. Sayugia dijelaskan bahawa roh pada masa ini di dalam jagaan Allah swt dan ia berupa mengikut tersurat di LM sesudah itu jasad mengikuti rupa ini sebelum kita dilahirkan.

Mohd Zainothman: Terima kasih sekali lagi ustaz.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Justeru itu apabila Roh masuk ke alam bazakh, seperti diterangkan awal ini, bahawa walaupun ia ngak berlakun lagi kerana lakunannya udah tamat tetapi ianya masih lagi berupa.

Maka kita akan dibangkitkan dengan jasad di hari kebangkitan dan jasad  baru kita ini akan mengikut rupa roh kita yg udah tersedia ada.

Maka itek tetap menetaskan anak itek

Kancil melahirkan anak kancil bukan anak gajah kalau tidak marah kancil

Mohd Zainothman: Apakah pelajarannya yang saya boleh ambil di sini ustaz jika di hubungkaitkan dengan perjalanan roh keseluruhan nya ustaz .Terima kasih.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Allah swt berfirman bahawa Dia mengajar manusia ilmu yg tidak diketahui mereka.  Justeru itu Ilmu yg  membawa kita ke tamadun yg tinggi maka Allah swt berfirman bahawa kalau seseorang tidak tahu tanyalah kpd yg tahu. Maka anak-anak ayah ilmu dan fahaman kamu berkenaan Roh sungguh-sungguh mendalam dan insya-Allah ini yg membuat kita lebih taqwa kepada Allah swt sesuai dengan firmanNya yg bermaksud bahawa hanya orang berilmu sungguh-sungguh takut kepasa Allah swt.

Shaiful M: Setuju bab “Face” pada roh tu ustaz. Perubahan dari air mani – segumpal darah – segumpal daging – tulang belulang yg dibungkus daging (mengambil dari Ayat 23:14), mengambil masa yg tertentu, harus ada imprint atau acuan utk sel2 itu menuruti perintah pergerakan …. umpama rekabentuk yg di design dlm software lalu dihantar utk pembikinan di kilang.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Makasih pul, penerangannya lebih menjelaskan

Ayah mahu tanya adakah anakku semua merasa puas dengan sesi soal jawab kita hari ini?

Mbak Sri Puji Astuti: Amin Yaa Robbal Alamin. ..Alhamdulillah makasih Ustadz …InsyaAllah sangat jelas.  🙏

Mansyursyah: Alhamdulillah cukup jelas ustadz , terima kasih ustadz

Mohd Zainothman: Alhamdulillah. Shukur Alhamdulillah dan ribuan terima kasih saya ucapkan kpd udtaz yang saya kasihi dan hormati.

Saya sangat-sangat berasa puas terhadap ustaz tentang setiap soalan yang di panjatkan kpd ustaz, khas nya tentang bab roh dan hubungkaitnya dengan jasad kita.

Terima kasih sekali lagi kpd ustaz yang saya kasihi. Aamien.

Sahry Ramadhan: Terima kasih ustad menyimak perbincangan seru, serius dan penting diingat ttg roh. Agar ditanya lagi jangan jadi katak lumpat.

Syofian Husin: Oh…. Sangat2 puas ustadz…. Ibarat menyelam mutiara, semangkin dalam dan bertambah juga banyak mutiara yg didapat.

S Rohani: Alhamdulillah…terima kasih ustaz dgn tajuk hari ini…jelas dan mmuaskan..🌹

Ibrahim Hashim: Alhamdulillah terima kasih banyak Ustaz yang dikasihi. Sungguh amat bermakna dan tambah jelas pencerahan yang Ustaz sampaikan hari ini. ❤❤❤


RINGKASAN

  1. Selagi Ruh atau Jiwa belum dilahirkan ke alam dunia, maka dikatakan Ruh / Jiwa itu berada di alam AzaliAlam Azali, merangkumi dua keadaan : Alam Ruh, dan alam rahim.
  2. Di alam Ruh. Ruh pada mulanya diciptakan tetapi  belum lagi berupa.
  3. Di alam rahim. Ruh sudah berupa -tetapi belum berlakon-. ini sesuai dengan Al a’raf : 172, dimana Ruh dikeluarkan dari tulang sulbi, lalu ditanyai “alastu birabbikum”. Jadi persaksian manusia menjawab “bala syahidna” itu ada di alam rahim, bukan di alam ruh. “Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)” (QS Al-A’raf : 172)
  4. Bayi lahir ke alam dunia, di alam dunia script lakonan bermula
  5. Manusia meninggal dunia, jiwa manusia menuju barzakh, sedangkan script tertinggal di jasad. Di Barzakh tidak ada lakonan lagi.

Berkait dengan point di atas

A. Ada ruh yang sudah berupa, sebelum kejadian di alam rahim. Seperti Nabi Muhammad SAW, Nabi Adam as. Siti Hawa. Ruh Nabi Muhammad SAW diletakkan di tempat yang istimewa sebelum dilahirkan. Sedangkan Ruh Adam as dimasukkan langsung dalam jasadnya karena tidak dilahirkan.

B. Pahaman sebagian ahli meditasi, mereka “naik” dimulai dari tulang sulbi. karena maksudnya roh (jiwa) itu dikeluarkan dari tulang sulbi lalu di bawa naik ke jantung lalu ke minda (Sirr untuk tarikat) lalu fana. Tetapi tasawuf dzatiyah tidak melewati jalan itu, karena kita dibawa langsung ke Minda (sirr). ini jalan Lebih cepat karena Roh bertempat dekat dengan ulu hati maka tak perlu dibawa turun ke tulang sulbi lalu naik kembali.


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

4 Responses

  1. Abdul Zaky says:

    Salam ustaz, merujuk kepada firman Allah pada ayat Al Israa’ 85, apakah ilmu yang sedikit tentang ruh itu dapat dipelajari setelah melepasi maqam base camp? Terima Kasih.

  2. Abdul Zaky says:

    Salam ustaz, berkenaan dengan kesaksian yang berlaku seperti yg. difirmankan pada ayat Al Ar’af (7): 172. Bagaimanakah cara yang benar untuk memahaminya sedang ekor gajah itu pasti hancur binasa andai saja ia terpandang keseluruhan badannya. Mohon pencerahan bahagian sesi pengenalan, apakah benar jika saya memahami kesaksian tertinggi peringkat itu setakat tahu dan rasa? terima kasih.

  3. Abdul Zaky says:

    Benar bang admin, umpama bulan cahaya purnama yg penuh tetapi Allah lebih besar dari itu. Alhamdulillah, jawapan ust telah berikan pada hujung katanya melalui pautan yg. admin bagi. Terima kasih.

Leave a Reply to Abdul Zaky Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *