Q&A: TANGGA-TANGGA ILMU DALAM TASAWUF JALAN NABI-NABI

Zue : As Salam Ustaz. Mohon pencerahan, di manakah perbezaan di antara Penyerahan dan Keredhaan?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Menyerah = Kembalikan hak (milik) kpd yg mempunyai hak (milik).
Redha = Menerima apa jua Pemilik buat kpd milikNya.

Zue: Terima kasih ustaz

Yusdeka Putra: Ustadz. Mohon disambung pencerahannya tentang Kebijaksanaan-Nya dalam Loh Mahfuz, Pengetahuannya dalam Ujian, dan kedudukan kita dalam Maqam.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Kebijaksanaan = Apabila Dia firman “Kun” pelan [rencana] selama 12 biliun tahun udah sedia.
Dia berfirman lagi bahawa semua udah ada dalam pelan sebelum diciptakan.

Pengetahuan = Disebalik Ujian (Takdir) ada ilmu, hikmah, pelajaran, keadilan, kebaikan dll.
Kalau kita tidak melihat apa yg terkandung disebalik Ujian, Allah swt tidak akan datang menolong.

Penyerahan = Tidak satu pun Dia lupakan walau lebih kecil dari atom. Justeru [karena itu] hendaklah kita kembalikan milik kepada pemilikNya.

Keredhaan = Semua bergantung kepada Allah yang Satu lagi Maha Agung. Menerima Dia bisa buat apa jua kpd milikNya.

Maqam = Sesudah kita faham dengan baik semua yg diperkatakan maka tidak akan ada masalah lagi kita dengan Allah swt. Maka duduklah kita di Pintu Belakang (Base-Camp) dan sokong keredhaan kita yg jitu ini dengan Dzikrullah dibantu dengan ibadah-ibadah sunat selain dari ibadah-ibadah fardhu. Sembil menunggu jemputan ilahi membawa kita ke kefanaan lalu ke alam sakinah sebelum dijemput masuk. Duduklah kita di dalamnya sampai diberi tugasan. Justeru itu, turunlah kita dari alam sakinah untuk menjalankan tugas.

Apabila kita dijemput masuk ke alam sakinah, kita udah mendapat maqam kita. Seperti kita dilantik Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (PM). Maka masuklah kita dalam Jabatan PM serta berada dalam naungannya. Sesuai dengan firmanNya menjemput jiwa-jiwa yg tenteram kembali kpdNya dan masuklah dalam jemaahNya dengan rasa puas lagi diredhai.

Maka duduklah kita di situ bersama-sama menteri-menteri yg lain tetapi tidak ada portfolio dan di dalam naungan Perdana Menteri (PM).

Maka apabila kita diberi portfolio (tugasan) maka keluarlah kita dari Jabatan PM dan masuklah kita kejabatan kita (tugasan) seperti menjadi Menteri Agama dalam Jabatan Agama atau menjadi Menteri menjawat lain-lain portfolio. Namun begitu tetap kita lapur terus kpd PM dan masih dalam pemantauannya.

Begitu juga sesudah mendapat tugasan keluarlah kita dari alam sakinah dan masuk kita kepada Maqam tugasan kita. Seperti Khidir, berjalan di muka bumi ini menjalankan (maqam) tugasannya.

Harap kalian semua mendapat pencerahan

Yusdeka Putra: Alhamdulillah cantik sekali mapping ilmu yang pak Ustadz sampaikan. 😭😭😭. Mohon doakan kami pak Ustadz.

Ibrahim Hashim: Alhamdulillah terima kasih Ustaz yang dikasihi atas pencerahan yang amat bermakna itu. Subhanallah

Rio : Setelah merenungi tangga-tangga yang digambarkan ustadz ini, baru tersadar bahwa tak ada kebahagiaan sejati di “dunia luar” yang melenakan. Kebahagiaan sejati ternyata ada di keridhoan dan masuk dalam jamaah-Nya. di “dalam”.

duduk di dalam jangan bermain lumpur. sungguh benar nasihat ustadz

Ustadz Hussien Abd Latiff: Itulah “Orang-orang Allah”

Saiful Mahdi : Alhamdulillah..Terimakasih Ustadz😭😭😭😭

Luli Alaydrus : Masyaallah.. betul jd tersadar jg bang rio.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Kerana itu selalu ustaz tekankan “lihat sahaja bioskop Ilahi” bererti tengok dari pintu belakang dan jangan turun di pintu depan serta bermain lumpur.

Rio : Ustadz. mau bertanya. Bagan / chart di atas ini kita panggil atau kita sebut bagan apa ustadz? apa dia punya judul ustadz? perjalanan tasawuf jalan Nabi-Nabi?

Ustadz Hussien Abd Latiff: 1. Perbezaan Tarikat dan Tasawuf Jalan Nabi-nabi ialah Makrifat bagi mereka adalah penghabisan ataupun Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat. Bagi kita Makrifat adalah terdahulu iaitu “Awaluddin Makrifatullah”.
2. Tasawuf Jalan Nabi-nabi tangganya bisa diatur sebegini:
i. Makrifatullah
ii. Penerimaan Takdir keseluruhannya
iii. Keredhaan.
iv. Tunggu dan teruskan ibadah sambil pasrah.
v. Maqam
vi. Tugasan

Justeru [karena itu] Rio, kita bisa sebutkan rajah-rajah itu sebagai “Tangga-tangga ilmu dalam Tasawuf Jalan Nabi-nabi.”


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

2 Responses

  1. Darman syah says:

    Terima kasih ustadz bermamfaat sangat
    Alhmdulillah😊😊😢😢👍👍👍

  2. Khamarul says:

    Assalamualaikum

Leave a Reply to Khamarul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *