Q&A: TAK WUJUD (JANGAN FIKIRKAN, JANGAN TETAPKAN)

Ustadz Hussien Abdul Latiff: Anakku, Ayah akan sambung lagi syarahan Ayah:

1. Apabila kita nafikan Sifat maka terserlah Hakikat. Justeru itu, kita faham bahawa kita (Sifat) ini tidak wujud dan yang sebenar wujud adalah Dzat (Hakikat) yg wajibul wujud kepada kesemua ciptaan termasuk ruang dan masa. Di sini yg imam Ghazali berkata bahawa apabila kita kenal diri kita dan kenal Tuhan kita maka kita tahu kita tidak wujud.

Nah, kalau kita tidak wujud maka mana bisa bertanya. Kerana itu, Allah swt berfirman bahawa Dia tidak akan ditanya. (Siapa yg wujud yg mahu menanyaNya?). Nabi Isa as pula bersabda bahawa “kenapa” itu Pintu Neraka. Sehubungan dengan ini boleh dikatakan bahawa, apabila kalian berbuat begitu maka kalian udah wujud kembali.

Ini yg leceh, dah taada buatlah taada, ini macam-macam pula. Taada penyakit cari penyakit. Udah tak wujud buat apa bertanya? Dengar nasihat Pak Pandir:
“Ada mata lihat
Ada telinga dengar
Ada mulut diam (jangan bertanya dan macam-macam)
Tepuklah tangan Buatlah tak tahu (Make don’t know).

2. Namun pelajaran yg Ayah mahu sampai saat ini ialah berhubungkait dengan firmanNya,”Bagaimana kamu memikirkan dan bagaimana kamu menetapkan. Celakalah kamu!”
Di sini Ayah mahu tekankan bahawa bukan sahaja mulut kita mesti diam (tidak bertanya), namun Minda kita juga diperintahkan supaya jangan memikir dan menetapkan. Maka muhasabah diri kalian atas perkara-perkara ini yg kalian tidak secara langsung memikir dan menetapkan:
i. Melihat orang bukan Islam, Minda ramai kalian akan memikirkan dan menetapkan ini adalah orang kafir dan dia akan masuk neraka.
Bagaimana bisa kamu memikir dan menetapkan apabila hadith Rasulullah saw ada menyatakan bahawa ada orang awal hidupnya berkelakuan ahli syurga tapi di akhir hayat menjadi ahli neraka kerana udah ditetapkan oleh Allah swt begitu. Dan ada awal hidupnya, ahli neraka tetapi menjadi ahli syurga di akhir hayat kerana udah ditetapkan begitu.
ii. Melihat orang yang bergelimangan dengan dosa-dosa yg berat atau jenayah-jenayah yg berat, ramai kalian akan memikirkan dan menetapkan, inilah ahli-ahli neraka. Tidakkah kalian pernah mendengar hadith berkenaan Allah swt mengampunkan kesemua dosa-dosa seorang pelacur kerana memberi air kepada seekor anjing (yg berada dlm keadaan dahaga) unuk diminum.
Begitu juga Allah swt pengampunkan dosa orang yg membunuh 100 orang serta menjadikan dia ahli syurga kerana hanya dia mati dalam keadaan mahu bertaubat.
iii. Setelah Rasulullah saw mengalami luka dalam perang uhud maka baginda bersabda bahawa bagaimana mereka kaum musyrikin akan meraihkan keuntungan apabila mereka melukai Nabi yg dihantar kepada mereka. Sehubungan ini, Allah swt menurunkan wahyu kpd baginda bahawa keuntungan atau tidak, itu adalah ketentuan Allah swt. Di sini jelas Allah swt menegur perbuatan dan ketetapan yg dibuat oleh Rasulullah saw.

Maka fahamkanlah anakku, yang menetapkan adalah Allah swt dan ketetapan ini udah tersedia ada apabila Dia berfirman, “Kun”.
Justeru itu, bagaimanakah kalian memikirkan dan menetapkan.
Fahamkanlah anakaku bahawa apabila kalian melihat sesuatu keadaan, sedarlah apa yg kalian lihat dan segala tindak tandukmu (respond) anakku sehubungan dengan yg dilihat kamu, adalah tindak tanduk Dzat.
Justeru itu, ikutlah nasihat dalam cerita Luncai ini:
“Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan, biarkan.”
Maksudnya, janganlah memikirkan dan menetapkan kerana semua udah ditetapkan oleh Allah swt semasa Dia firman, “Kun”. Kerana itu Dia ada berfirman bahawa tiada sedikit campur tangan kita dalam urusan ini dan tidakkah kita faham sedikit pun berkenaan ini?

Semoga, anakku mendapat pencerahan bahawa sesudah DIAM hendaklah JANGAN BERFIRKIR DAN MENETAPKAN.

DIAM kerana Dia bermain dengan DzatNya dan kita tidak wujud.

JANGAN BERFIKIR DAN MENETAPKAN kerana semua udah ditetapkanNya apabila Dia berfirman, “Kun” dan semua yg berlaku adalah mengikut ketentuanNya ini. Sesuai dengan firmanNya bahawa kita akan hidup mengikut Buku KetentuanNya (Takdir) sehingga Hari Kebangkitan. Syeikh Abdul Qadir al Jailani berkata bahawa kita tidak pilihan.


Artikel Terkait:


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

2 Responses

  1. dodi says:

    bagaimana dengan perintah
    “Dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (QS. Luqman: 17)

Leave a Reply to YAMAS Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *