Q&A: TENTANG HATI, ROH, DAN JIWA (3)

Urep: Assalamualaikum kpd semua hamba- Allah saya nak tanya mata hati itu diminda kah atau dihati 2 jari dIbawah susu kiri minta dikunsi pendapat tkaseh wassallam

Ini pertanyaan dari jemaah sarawak ustaz

Ustadz Hussien Abd Latiff: Allah swt berfirman bahawa Dia memberi kita pendengaran, penglihatan dan hati [1]. Di lain firman pula disebut Hati yang berfikir atau yang memahami [2].

Kenapa tidak disebut Minda tetapi disebutkan Hati?

Kerana jika disebut pendengaran, penglihatan dan minda, ini bisa difahami sebagai 3 anggota yang tidak sepadu. Namun kefahaman ini tidak benar kerana ketiga-tiga anggota ini adalah sepadu dan bukan sahaja itu, beroperasi 24 jam serta tidak pernah “rosak”. Yang rosak adalah anggota fisikal (Otak, telinga atau mata) yang membuat Minda, Pendengaran dan Penglihatan tidak dapat berfungsi. Namun apabila dibaiki anggota fisikal ini seperti menerusi perubatan atau operasi (pembedahan) maka naluri-naluri tertentu itu udah bisa
terus berfungsi lagi.

Penglihatan itulah Matahati dan ia adalah satu dari 3 anggota yang serangkai yang dikatakan Hati.

Apabila Hati turun ke Dada dan bergabung dengan roh menjadi Jiwa maka apabila dipegang Jiwa itu oleh Allah swt maka tertidurlah kita. Pada masa ini Hati termasuk Matahati ada di dada.

References : 

[1] “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” (Terjemah QS An Nahl 16:78 )

[2] Hati memiliki fungsi “memahami” : “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) ………” Terjemah QS Al A’raf 7:179


Artikel terkait : 


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

 

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. Agus irianto says:

    Alhamdulillah semakin mantap perbendaraharaan saya didalam kajian ilmu Makrifatullah “Tentang Hati, Ruh dan Jiwa” di lembar ketiga ini.

    Terima kasih kepada Ustad dan Yamas

Leave a Reply to Agus irianto Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *