Q&A: PERUMPAMAAN DALAM MENINGGALKAN KERIUHAN PINTU DEPAN

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, menyaksikan drama yang sentiasa bergelora (yang ditayangkan di Bioskop Ilahi), seperti kita melihat bulu-bulu  (feathers) yang berterbangan kesana sini dilambung-lambungkan tanpa dapat mempertahankan dirinya oleh angin yang mengganas yang tidak mempunyai sifat simpati (kesian) langsung.

Scenario ini yang Syeikh Abdul Qadir Al Jilani ada berkata:“Dengan lain perkataan, kamu adalah dalam takdir atau qadak dan qadar Allah semata-mata. Kamu dalam lautan takdir Allah dan ombak takdir itu melambung-lambungkan kamu kesana sini.”

“Kamu tidak ada pilihan sendiri dalam perkara ini.”

Sesudah melihat tayangan ini, kita pun berhasrat untuk meninggalkan Biskop Ilahi. Maka apabila kita mahu sahaja beredar baru kita dapati serta sedar bahawa kita juga adalah bulu-bulu (feathers) yang sedang terapong dibuaikan oleh angin.

Kesedaran ini buat kita terduduk lalu jatuhlah air-mata kita berlinangan ke pipi kita. Sesuai dengan firman Allah swt yang bermaksud:“Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini maka Kami singkapkan daripada mu tutup (yg menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam.”

“Engkau melihat mata mereka mencucurkan air-mata disebabkan Kebenaran yang mereka ketahui.”

Semoga anakku semua.memahami apa yang nak disampaikan disini, insya-Allah, aamin ya Rabbal alamin!

Sahry Ramadhan: Insya Allah dan terima kasih ustad, semoga lebih memahami dsn memaknai atas Bioskop Ilahi.

Ibrahim Hashim: BENAR, Alhamdulillah terima kasih Ustaz yang dikasihi atas pencerahan yang amat bermakna itu.

Rio: Ustadz. Mohon pencerahannya ustadz. Tentang mendapatkan pelajaran di sebalik ujian
1. Detach dari ujian
2. Masuk pintu belakang ROC
3. Fahamkan semua berlaku dengan izinNya
4. Perhati dari pintu belakang, ke arah mana takdir membawa ujian / genjutan itu
5. Yakin semua berhikmah
6. Iqra

Yang saya ingin tanyakan mengenai IQRA’ ini ustadz.

Yang sering saya alami itu ustadz ketika ada ujian, masuk pintu belakang, ingat DIA saja.

Tetapi kadang-kadang muncul hasrat atau rasa, seperti saya harus baca buku. Jadi kadang-kadang saya bingung bagaimana mau masuk pintu belakang sedangkan tiba-tiba muncul keinginan membaca suatu buku.

Kalau saya tahan, semakin ingin saya membaca. Akhirnya saya baca saja buku yg terfikirkan itu. Lalu seringkali bertemu kesimpulan atau hikmah ujian lewat tulisan ataupun buku yang saya teringin baca itu ustadz.

Apakah hal begitu merupakan juga cara Allah mengajar? Mempertemukan kita dengan ilmu yg mengajar hikmah di pintu depan?

Ataukah sebenarnya itu gangguan dalam berdzikir ustadz? Saat mau ingat DIA saja, mau naik, malah mendapatkan kepahaman-kepahaman. Bagaimana tahu bahwa itu kepahaman karena DIA mengajar ustadz?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Ada seorang remaja daripada bandar [dari kota] pergi untuk duduk di rumah datuk dan neneknya didusun setelah kematian kedua ibu-bapanya.

Pada permulaan, susah dia hendak menyesuaikan diri dengan kehidupan didusun yang dianggapnya boring [membosankan]. Maka keraplah dia pergi ke bandar dekat dengan dusun itu.

Datuk dan neneknya hanya memerhati kelakonan cucu mereka tanpa berkata apa-apa pun kerana mereka tahu cucunya sukar mahu menyesuaikan dirinya hidup di dusun.

Namun demi masa, pemergian cucu mereka ke bandar berkurangan dan akhirnya jarang sekali. Sekarang ia lebih suka tinggal di rumah datuk dan neneknya di dusun serta membantu neneknya buat kueh-mueh untuk dijual di pasar.

Begitulah hidupnya seterusnya.

Rumah datuk dan nenek = dunia makrifat
Bandar = Pintu Depan
Dusun = Pintu Belakang
Duduk di (dalam)rumah datuk dan neneknya = ROC
Tolong neneknya = Dzikrullah.
lebih suka tinggal di (dalam)rumah datuk dan neneknya = Aman.
Begitulah hidupnya seterusnya = pasrah.
Remaja = RIO

Rio kamu seperti remaja dalam cerita ini maka amatilah (prihatin)di mana kedudukan kamu dalam cerita ini, insya-Allah kamu akan dapat jawapannya.

Mbak Sri Puji Astuti: Cerita tentang pemuda yang dipakai sebagai perumpamaan sangat tepat dan bagus sekali…👍👍👍InsyaAllah…mudah sekali memberikan kepahaman.. Alhamdulillah. Terimakasih Ustadz 🙏🙏

Rio : Perumpamaan yang sangat indah ustadz. Terimakasih ustadz. 😁🙏🏼 Sungguh benar perumpamaan ini

Yusdeka Putra: Aaah ya pak Ustadz. Remaja itu ternyata ada juga yang sudah Ti U A. Alhamdulillah jadi paham kedudukan sendiri. Masih remaja…😊

Ibrahim Hashim: Alhamdulillah Ini sungguh indah sekali Ustaz yang kita kasihi bermadah dengan realiti suasana hidup yang kita semua lalui siap dengan soalan yang perlu di renungi bersama. Terima kasih banyak Ustaz.

Syofian Husin: Subhannallah, alhamdulillah……Alangkah tepat dan indahnya perumpamaan itu ustadz………!
Terasa saya yg menjadi cucu yang berlakon di dusun itu…. Aduuuh…. Sungguh sungguh sangat tajam dan dalam perumpamaan ini. Kini saya semangkin yakin, haqul yakin akan kebenaran ajaran ini….. Terimakasih ustadz…… 🙏🏻🙏🏻🙏🏻😭😭😭😭


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *