Q&A: NAFI-ISBAT DAN KETIDAKWUJUDAN (2)

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, Ayah akan sambung penerangan Ayah berkenaan kita tiada kewujudan:

1. Setiap perbuatan kita Allah swt mesti tahu kerana Dia Maha Bijaksana.

2. Setiap perbuatan kita Dia mesti luluskan kalau tidak Dia tidak Maha Berkuasa kerana kita bisa mengatasiNya.

3. Kesemua perbuatan kita udah ditangkapNya dalam satu pelan induk yg bernama Loh Mahfuz (LM)

4. Semua itu tertangkup dalam LM apabila Dia firman, “Kun!”

5. Peristiwa-peristiwa dalam Pelan IndukNya ada yang udah berlaku dan ada yg belum berlaku. Contoh, hari ini udah berlaku esok masih belum berlaku (masih dalam Pelan Induk)

6. Pelan IndukNya sempurna kerana tidak satupun dilupakan.

7. Kerana (6), rencanaNya teguh dan tidak akan ada perubahan.

8. Apabila peristiwa dalam Pelan IndukNya terzahir maka Dzat mulai berperanan.

9. Dzat berperanan mengikuti LM dengan taat, “Kami dengar dan taat!”

10. Semua yang berlaku adalah atas KehendakNya yang satu. Tiada sedikitpun campurtangan kita.

11. Kerana Sifat (ciptaan) adalah penzahiran Hakikat (Dzat) maka apa jua lakuan Sifat adalah sebenarnya lakuan Hakikat (Dzat).

12. Kerana Hakikat (Dzat) adalah penzahiran Makrifat (DiriNya yg sedikit) maka apa jua lakuan Hakikat (Dzat) adalah sebenarnya lakuan Makrifat (DiriNya yg sedikit).

13. Kerana Sifat itu adalah penzahiran Hakikat dan Hakikat adalah penzahiran Makrifat maka yang sebenar wujud adalah Makrifat. Contoh, Ais (Sifat) itu terjadi daripada sedikit Air (Hakikat) dan Air itu datang daripada Air Tasik (Makrifat) maka Air yang terzahir menjadi Ais adalah sebenarnya Air Tasik. Maka dari pandangan Makrifat yg sebenar wujud ialah Air Tasik.

14. Kerana Sifat dan Hakikat ciptaan adalah sebenarnya penzahiran DiriNya yg sedikit (Makrifat) maka sebenarnya Dia bergurau senda dengan DiriNya yang sedikit. Contoh, kibasan ekor gajah adalah sebenarnya kibasan yg dibuat oleh gajah itu.

Kalau kita tidak wujud maka sebenarnya yg bersenda gurau adalah Dia dengan DiriNya, maka adakah ini menjadi masalah dengan kita? Sehubungan dengan ini, maka adakah menjadi masalah dengan kita kalau Dia turunkan bencana seperti Tsunami, gempa bumi, Ribut Taufan Cancer, luekamia dll yg membunuh beribu-beribu manusia ataupun ternakan atau memusnahkan harta benda dll ?

15. Allah swt berfirman bahawa semua di langit, di bumi dan di antaranya adalah hak mutlakNya maka adakah menjadi masalah kepada kita kalau Dia bersenda gurau dengan hak milikNya yang juga DiriNya yang sedikit?

16. Kerana itu Dia berfirman kepada Rasulullah saw memerintah baginda supaya baginda menjadi yang pertama menyerah diri kepadaNya.
Allah swt juga berfirman kepada kita semua memerintah kita menyerah diri kepadaNya.

17. Apabila kita sedar kita tidak wujud yg wujud adalah DiriNya yg sedikit maka kita redha apa jua senda gurauNya dibuat ke atas DiriNya. Begitu juga, apabila kita tahu semua ciptaan adalah milikNya yg mutlak maka redhalah kita atas senda gurauanNya ke atas milikNya yg mutlak.

18. Dengan kefahaman, penyerahan dan keredhaan maka tenteramlah kita. Justeru dijemput kita oleh Allah swt masuk dalam jemaahNya yg diredhai lalu masuk ke syurgaNya.

19. Kerana itu Rasullulah saw bersabda bahawa tidak seseorang masuk ke syurga dengan amalannya tetapi dengan keredhaanNya.

20. Sesudah kita faham akan ini maka yang tinggal hanya Diam.
Seperti pak Pandir berkata:
Ada mata lihat
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Tepuklah tangan
Buatlah tak tahu.

Seperti Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata:

1. Allah swt hanya boleh dituduh zalim kalau Dia berbuat sesuatu keatas hak orang lain.
2. Kamu udah.menjadi kafir sekiranya kamu menuduh bahawa Allah swt udah membuat sesuatu kemungkaran.
3. Keselamatan terletak dalam Diam dan kembali kpd Allah swt.
4. Kalau ibadah itu 10 maka 1 hingga 9 dari ke 10 itu adalah Diam.

Harap anakku semua dapat pencerahan dari lanjutan penulisan Ayah ini, aamin Ya Rabb aamin!

Sri Puji Astuti: Amin Yaa Robbal Almin. Alhamdulillah. Terimakasih banyak Ustadz. InsyaAllah sangat paham dan jelas sekali penerangan nya.
As Salam Ustaz

Zue : Mohon pencerahan ustaz, ada tak lagi isbat selepas mengisbatkat makrifat.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Tiada isbat selepas makrifat melainkan kesesatan. 

Surah Yunus (10):33 (Terjemahan kerajaan Saudi): “Maka (Dzat) itulah Allah, Tuhan kamu yang sebenarnya, maka tidak ada sesudah itu melainkan kesesatan”

Maksudnya, Dzat itu (Hakikat) daripada Diri Allah yang sedikit (Makrifatullah). Tiada sesesudah itu melainkan kesesatan.

Supriyono Yamas: MaasyaaAllooh… Mak PLONG bingits, Ayah… pertanyaan yg tependam, terjawablah sudah…. 

Matur nuwun 🙏

Mohd Zainothman: Alhamdulillah terima kasih ustaz di atas pencerahan ustaz yang terkini ini. Tepatlah seperti apa yang di katakan oleh imam Al Ghazali, bahawa Allah itu amat terang dan nyata bila di lihat dengan ilmu. Ustaz, dengan itu tepatkah kalau saya katakan bahawa yang wujud di depan mata ini sebenarnya ALLAH, tiada lainnya.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Tidak tepat kerana itu adalah fahaman WW. Apa yang wujud depan mata kita (memandang menerusi ilmu) ialah DiriNya yang sedikit. Contoh, melihat bebola Ais dalam lautan maka Air di dalam Ais itu bukan lautan tetapi sedikit Air daripada lautan.

Mohd Zainothman: Ribuan terima kasih Ustadz.

Rio: Baru paham sekarang bahwa “tidak ada selepas itu melainkan kesesatan” maksudnya adalah tiada itsbat lagi selepas Dzat Yg Sedikit. rahasia yang tak tersentuh. Terimakasih penjelasannya ustadz 🙏🏼

Bram Octafian YAMAS: Dzat itu (Hakikat)
daripada
Diri Allah yang sedikit (Ma’rifat).

Alhamdulillah..
Terima kasih Ayah (:Ustadz) atas penjelasannya..🙂🙏🏻

Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar Rio sahabatku. Isbat selapas Makrifat membawa kita di luar Tirai Nur.

Kita hanya bisa Isbat di dalam Tirai Nur iaitu DiriNya yg sedikit.

Percubaan mengisbat di luar Tirai Nur adalah sesuatu yg boleh [bisa] membawa kpd kesesatan kerana pintu pribadiNya tertutup rapat.

Dia hanya mahu kita mengerti apa yg ada di dalam LM.


Artikel sebelumnya :

Q&A: NAFI-ISBAT DAN KETIDAKWUJUDAN


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

3 Responses

  1. Darman syah says:

    Terima kasih ustadz alhmdulillah
    😭😭😭😭karna dari sgl hanya DIA punya peranan

  2. Ajariff4 says:

    Assalamualaikum ayah yang tercinta..anak ada persoalan yang ingin nanya…Andaikata kita udah masuk ke dalam jamaahNya dan sudah berada dalam istanaNya ..Adakah masalah wujud diri ( katak lompat ) bisa terjadi lagi atau bagaimana ya ayah…

    Soalan kedua ayah…bagaimana kita hendak tahu rasa tidak wujud diri udah betul2 mantap dalam dunia ketuhanan kita.Terima kasih ayah dan sobat2 di YAMAS…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *