Q&A : MENJADI SABUT YANG TAK TENGGELAM
Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, kadangkali apabila kamu hidup sebatang kara atau seorang musafir di negeri orang maka apabila datang ujian yang berat pada masa itu kamu akan sedar bahawa tiada siapa jua yang ada di sampingmu. Justeru itu, kamu juga akan sedar bahawa temanmu yang setia adalah air matamu yang akan sentiasa menemanimu.
Di masa-masa ini-lah baru kamu sedar sebenar-benar sedar bahawa ilmu makrifat yang dipelajarimu serta amalan “naik” mengadu dan berpaut kepada Allah swt sangat bermutu lagi berkesan kepadamu kerana tanpa ilmu ini kemungkinan besar kamu akan jadi gila ataupun murung ataupun orang yang patah semangat seumur hidup.
Anakku, jika kamu berada dalam ujian sedemikian maka segeralah naik dan berpautlah kamu kepada taliNya serta pasrah dan yakin disebalik ujian ini ada hikmah yang terbaik bagimu kerana tidak Allah swt membuat sesuatu sesia. Justeru itu, hendaklah kamu istiqamah dalam keadaan ini sehingga Allah swt melepaskanmu dari ujianNya itu.
Percayalah anakku, sekiranya kamu berpaut kepada taliNya serta pasrah dan sesudah itu kamu istiqamah (apabila kamu mengalami ujian-ujian yang berat-berat) maka kamu udah menjadi sabut yang tidak bisa tenggelam, insya-Allah.
Ingatlah anakku apabila kamu berbuat demikian (berpaut, pasrah dan Istiqamah) kamu akan menjadi tenteram justeru itu Allah swt akan menjemputmu masuk kedalam jemaahnya (orang-orang yg tenteram).
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
Insyallah ayah..