Q&A : MENDAKI TANGGA-TANGGA KE ILAHI (3)
Rio: Ustadz. Izin bertanya. Fana bagi kita adalah “irji’i”. Jiwa tenteram yg dijemput masuk ke jamaahNya.
Selepas itu adalah menunggu di depan gerbang. Dan jangan masuk kecuali dipaksa.
Apa maksudnya jangan masuk kecuali dipaksa atau diseret ini ustadz?
Lalu selepas masuk istana, adalah maqom. Apakah maqom itu berarti disuruh turun padang sesuai tugasan masing-masing ustadz?
Ustadz Hussien Abd Latiff: Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berpandangan bahawa apabila kita ada di pintu istana janganlah kita sewenang-wenangnya masuk ke dalamnya walaupun dijemput kerana ini boleh jadi muslihat “Raja”. Tunggu sehingga kamu diseret atau dipaksa masuk kerana dengan itu kamu tidak akan dipertanggungjawab atas perbuatanmu memasuki istana itu: Lihat Futuh Ghaib, 64 (1980)
Pandangan saya:
1. Pintu Istana = Alam Maya
2. Istana Raja = Alam Maya sakinahNamun saya terus sahaja ditarik oleh tarikan Ilahi (irji’i) hasil dari impak yg sangat kuat dengan terbukanya ilmu makrifatullah ini kepada saya sehingga berlakunya keadaan “Fana” lalu langsung sahaja masuk ke Istana Raja tidak payah menunggu di pintunya.
Dalam Alam Maya Sakinah (Istana Raja) saya berada daripada tahun 1978 sehingga 1990 di mana saya mengalami pelbagai pengalaman kerohanian.
1990 berjumpa Rasulullah saw maka tugasan saya pun bermula. Justeru itu Minda saya mulai menjadi “Gedung” tempat turunnya ilmu daripada Allah swt sehingga hari ini, Alhamdulillah.
Rio : Terimakasih ustadz 🙏🏼 Ustadz. Di dalam alam maya sakinah itu apakah kita tahu siapa saja yg ada di dalamnya? Apakah ustadz melihat ada orang-orang Allah lainnya disana ustadz?
Ustadz Hussien Abd Latiff: Seperti Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata (maksudnya) masuklah ke dalam Bilik khalwat mu seorang diri dan tinggal apa jua di luar dan hendaklah kamu bersedia dengan pedang tauhidmu untuk merebas apa jua yang mahu masuk ke dalamnya. Ini benar kerana hanya kamu seorang sahaja dibenarkan masuk ke Alam Maya Sakinah kamu. Ini bererti setiap orang ada Alam Maya Sakinah mereka tersendiri.
Rio: Ooooh begitu ternyata. Terimakasih ustadz 🙏🏼
Yusdeka Putra: Subhanallah. 😭
Artikel terkait :
- Q&A: ARIF BILLAH MENURUT SYEIKH ABDUL QADIR AL JAILANI
- Q&A: PENGALAMAN RUHANI (TANGGA-TANGGA KE ILAHI) 2
- Q&A: PENGALAMAN RUHANI (TANGGA-TANGGA KE ILAHI)
- Q&A : MENDAKI TANGGA-TANGGA KE ILAHI (2)
- Q&A : MENDAKI TANGGA-TANGGA KE ILAHI
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
Assalamualaikum ustaz dan sahabat2 di YAMAS..saya ada persoalan yang ingin ditanya..dalam fahaman wahdatul wujud dan Nur Muhamad pendakian
terakhir mereka ke Ilahi ialah mereka mengatakan besi panas udah menjadi api iaitu mereka merasakan udah bersatu dengan Allah S.W.T…nauzulbilah Minzalik.Dalam perjalanan tasawuff jalan nabi-nabi, setelah memahami ilmu dan merasai impactnya pendakian tangga-tangga ke Ilahi itu mesti sampai ke tangga yang terakhir atau penamatnya dalam dunia makrifatullah .Bolehkah ayah beri pencerahan tentang tangga terakhir itu…T.kasih Pak Admin.
Silakan lihat jawaban ustadz pada link ini http://yamasindonesia.org/qa-tangga-terakhir/