Q&A: MENCAPAI KEADAAN “ROC”

Ustadz Hussien Abd Latiff: Apabila Hati turun ke dada dan bersatu dengan Roh maka ketiduran terjadi. Tetapi apabila Roh naik dan bersatu dengan Hati maka kefanaan terjadi dan kita akan rasa duduk di kepala kita serta jasad dari leher kebawah rasa hilang atau tidak terasa. Inilah juga keadaan ROC.

Untuk mencapai ini, Minda mesti kosong dan hanya ingat Allah swt sahaja yang tentu tidak serupa dan tidak seumpama. Latihan mengosongkan Minda dan diisikan dengan ingatan Allah mesti dilatih setiap masa sampai alah bisa tegal biasa ataupun terbina basecamp.
Justeru itu Hati itu bersih lagi suci tidak menyimpan perkara-perkara maksiat, keduniaan, hasat dengki, tamah haloba dan sebagainya sehingga air muka kita jadi bersih, bersinar, tenteram, bahagia dan awet muda.
kerana itu kita diperintah mengingat Allah swt bukan sahaja dalam shalat tetapi selepas shalat dan sesudah itu dalam hidup keseharian.
Juga sesuai dengan sabda Rasulullah saw mengingati Allah swt adalah amalan yang sangat tinggi melepasi sedekah segunung emas ataupun jihad. Dan ingat Nabi Isa ada bersabda bahawa hanya orang yg udah makrifat bisa mencapai ini laksana orang yang memukul batu sambil bersiul.

Maka anakku, hendaklah kalian sentiasa mengingati Allah swt supaya hidup kalian tenteram, bahagia, air muka berseri lagi awet muda.

Selamat berlatih dan yg sedang berlatih teruskan latihan.

Ibu Elsy: Nggiiiih ustadz… Doakan bisa senantiasa berlatih…
Jazaakallah khairan katsiran… telah diingatkan selalu…
💝💝💝🌹🌹🌹💖💖💖

Bang Agus: Alhamdulillah.Terima kasih Ustadz.

Suraedah Hamid Ali: Subuhanallah..Alhamdulillah..Wasyukurillah…terima kasih banyak Pa Ustadz ,Do’akan kami semua agar bisa “Sami’na dan Wata,’na” seperti para sahabat Baginda Rasulullah dan selalu dalam kedaan ROC..Aamiin Ya Rabbal Alamin…

Efendy Yasin: Terimakasih Ayah, InsyaAllah berlatih setiap saat … semoga istiqomah 🙏🏻

Ustadz Hussien Abd Latiff: Dalam latihan ini sesuai dengan firmanNya bahawa kalian tidak boleh memikir dan menetapkan.
Apa juga masalah ; NST sampai datang huraian menerusi ilham, dan kadangkali tidak turun ilham tetapi masalah itu terhurai sendiri.
Dengan ini, Minda kalian sentiasa kosong dan dapat diisikan sentiasa dengan ingatan Allah awt.

Teruskan ROC dan mengikut sebuah hadith bahawa kalau kalian sibuk mengingatiNya dan tidak sempat berdoa kepadaNya maka Dia akan melengkap keperluan kalian keseharian. Kerana itu Syeikh Abdul Qadir berkata hendaklah kita sentiasa dalam.penjagaan Allah swt.

Mahu Yakin, haqqul yakin kerana sekiranya kalian mengharapkan kepada manusia maka kalian udah berada jauh dari penjagaan Ilahi.
Ingat dan waspada anakku!

Ibu Elsy: Nggiiih ustadz… ingat nasehat ustadz selalu…
Insyaa Allah… ustadz… Alhamdulillah…

Ahmad Saifudin: Alhamdulillah, benar, terimakasih Ayah, mohon doanya agar anak benar” bisa mengamalkannya.

Ibrahim Hashim: Alhamdulillah terima kasih Ustaz yang dikasihi atas peringatan yang diberi.
❤❤❤

Mansyursyah: Alhamdulillah terima kasih Ustadz semoga selalu dalam naungan rahmat dan hidayahnya Allah swt … Aamin

Rosli: Terimakasih ayahanda yang selalu dirindukan,atas ingatan nya 🙏🙏🌹🌹❤❤

Zaiton: Alhamdulillah Aamiin terima kasih ustaz insyaaAllah 🙏👍👍😀🍀🌺🍀🌺🍀🌺🍀🌺

Malik: Alhamdulillah….syukur……insyaAllah latihan sentiasa diteruskan apa yg telah di ajar oleh ustaz… Amin

Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

Artikel terkait :

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. syaiful says:

    terima kasih ustaz

Leave a Reply to syaiful Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *