Q&A: MEMPRAKTIKKAN NAFI DAN ITSBAT (2)
Rio: ustadz, mengenai nafi-itsbat ini ustadz. mengapakah praktiknya terasa lebih mudah bagi saya menafikan sesuatu di luar diri saya ustadz? lalu mengitsbatkan bahwa yang saya lihat itu dzat-Nya?
kalau menafikan diri sendiri, ini belum seberapa mahir ustadz.
misalnya ada ujian, ada orang buat sesuatu pada kita. saya ingat pesanan ustadz, bahwa orang yang kita lihat ini hakikatnya dzatNya. maka hati menjadi tenang ustadz.
tapi misalnya saya praktik kebalikannya. ada orang buat sesuatu pada kita. lalu saya coba nafikan diri saya sendiri. saya coba sedari bahwa saya ini tak ada. rasanya agak sedikit susah ustadz. baru bisa sebatas ilmu saja ustadz.
mohon diberikan wejangan mengenai belajar nafi-itsbat ustadz 🙏🏼
Ustadz Hussien Abd Latiff: Kefahaman atau pengertian bahawa kita tidak wujud yg wujud adalah Dzat mestilah bermastautin atau udah menduduki begitu lama dalam Minda kita barulah kita bisa menafikan kewujudan kesemua ciptaan dan diri kita juga.
Contoh, bagaimana kita tahu nama kita adalah “Rio” kerana nama “Rio” udah bermastautin [terpatri] dalam Minda kita.
Maka sekiranya kita mahu menafikan kesemua kewujudan termasuk diri kita dan mengisbatkan Dzat, maka perlulah kita sentiasa mengingati dalam.Minda bahawa kita ini tidak wujud yg wujud adalah Dzat sehingga menjadi biasa. Sesudah itu tiada masalah kita menafikan bahawa semua yg kita lihat tidak wujud yg wujud adalah Dzat.
Winanto: Maaf Ayah mau bertanya, teman saya berada didalam ruangan yg dibatasi dinding, tiba2 dis tidak melihat dinding, tidak melihat disebalik dinding, seperti kosong, disebaliknya lagi juga kosong, sampai sejauh mata memandang semua kosong…… apakah keadaan tersebut bisa disebut semua tidak wujud?
Ustadz Hussien Abd Latiff: Nafi, makna bukan menghilangkan keadaan atau situasi itu, tetapi tidak dilayani atau tidak dihiraukan. Ini yang kita katakan kemarin “mengelamun”, “sekilas pandang” atau “mata stim”.
Ini yang dikatakan “tidak wujud” atau “tidak dilayani”.
Kadangkali Ayah gunakan perkataan, “Tidak terdaftar” di minda
Kefanaan ialah keadaan yang di mana semua yang wujud itu hilang
Rumusan :
1. Nafi – keadaan nampak kewujudan tetapi tidak dilayani atau tidak terdaftar ke dalam Minda.
2. Kefanaan -keadaan di mana segala kewujudan dihadapan mata hilang atau ghaib
Artikel Terkait :
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR