Q&A: MELURUSKAN PEMAHAMAN MENGENAI TASAWUF DAN TAREKAT

[2/19, 7:24 AM] Efendy Yasin : Maaf ustadz Yasin nak bertanya.
Banyak orang tasyawuf jalan wali2 yang saya jumpai mengatakan bahwa ilmu makrifatullah ini di ajarkan Baginda nabi kepada Sayyidina Ali, sehingga baginda menyebut Sayyidina Ali sebagai pintunya ilmu / kuncinya ilmu. Jadi ilmu ini selanjutnya di pelajari melalui sayyidina Ali, sehingga tarekat2 yang berkembang harus sambung kepada beliau.
Apakah benar ustadz baginda hanya mengajarkan ilmu makrifatullah ini hanya kepada sayyidina Ali ?

[2/19, 10:09 AM] Ustadz Hussien Abd Latiff: Yasin ini jawapan saya:

1. Yang menamakan Tarikat. Sebagai Tasawuf Jalan Wali-wali untuk.membezakan mereka dari perjalanan kita Tasawuf Jalan Nabi-nabi ialah Ahmad Sirhindi seorang mujtahid yg udah lama meninggal dunia.
Namun kalian harap ambil prihatian bahawa Tarikat bukan Tasawuf. Tasawuf adalah bidang ilmu yg mengajar ilmu Ketuhanan dan di akhir perjalanannya mencapai Makrifatiullah.
Tarikat ialah sistem wirid (disalah ertikan dengan Dzikir yg bererti Ingat) yg menekan kepada tingkatan 7 nafsu. Dan wirid bermula dari Lisan kepada Qalb lepas itu Sirr. Dalam peringkat Sirr mereka akan sampai pada satu tahap dimana mereka mesti berdiam diri menunggu turunnya ilham yg membawa kepada terbukanya pintu makrifat. Ilham seperti,”Aku Maha Meliputi”, “Di mana kamu memandang di situ Aku ada”, “Tiada yg ada melainkan Aku” dan sebagainya. Namun yg mendapat ilham sebegini kurang dari 5% yang lain hanya dapat wirid untuk menenteramkan dirinya (pandangan Syaikh Alawi dari Tarikat Alawiyah) namun ada yg terbenkanglai di tepi jalan (pandangan Ahmad Sirhindi) dan ada juga yg duduk dalam dunia hayalan hingga akhir hayat (pandangan Imam Ghazali).
2. Tarikat timbul dalam sejarah Islam 300-400 tahun selepas Hijriah. Sesudah Rasulullah saw dan Para Sahabat wafat. Serta dinamakan dengan nama pengasas sistem zikirnya. Seperti Thaifur (pengasas) tarikatnya Thaifuriyah, Sazali + Sazaliyah, Naqsabandi + Nasqsabandiyah.
(Yasin + Durianiyah… Oops tersilap kerana haus.)
Kalau Tariqat asal dari Sayidina Ali (ra) tentu sudah ada Aliyah dan tidak perlu nama-nama yg lain kerana semuanya datang dari Sayidina Ali (ra).
Juga kalau Sayidina Ali (ra) di beri ini dari Rasulullah (saw) udah tentu yg. Lain sahabat terutama Abu Bakar, Umar & Othman mesti dapat kerana bukan tabiat Rasulullah saw menyembunyikan ilmu atau sesuatu yg memfaatkan umat baginda. Namun tiada Tarikat Abu Bakariyah, Umariyah atau Uthmaniyah dalam zaman sahabat.
Mujtahid Shah Waliyullah mengatakan tidak ada bukti yg mengesahkan salasilah Tarikat datang dari Sayidina Ali (ra) dan Rasulullah saw.
3. Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah ada berkata bahawa sekiranya dia mengajar apa yg Rasulullah saw ajar kepadanya maka pasti kepalanya akan dipenggal. Dan mereka menekan inilah Tarikat. Apa Abu Hurairah maksudkan ialah ilmu Tasawuf (Ketuhanan) bukan Tarikat kerana pada masa itu Tarikat belum timbul lagi. Tetapi Tasawuf udah ada dalam zaman Nabi-nabi sebelum Rasulullah saw kerana itu dinamakan jalan ini Tasawuf Jalan Nabi-nabi.
4. Apabila Tarikat timbul pada 300-400 hijriah, ianya di tolak keras oleh para Ahli Sufi yg awal seperti Al Sarraj, Al Huwjiri, Kalabadhi dll. Juga ahli Tabiin seperti Imam Syafii, Maliki , Hanbali menolaknya dengan keras. Kalau ini sudah ada zaman sahabat tentu tidak akan ada penolakkan.
5. Kerana Tarikat hanya sistem wirid yg tidak diajar ilmu maka ditangkapmuat fahaman Wahdatul Wujud dan Nur Muhammad yg pengasasnya bukan ahli tariqat.
Maka mengatakan Tarikat berasal dari Sayidina Ali (ra) & Rasulullah saw adalah pembohongan yg besar dan Tarikat itu juga adalah Bidaah yang menyusahkan ummah.

[2/19, 10:23 AM] Efendy Yasin S, I: Alhamdulillah Ustadz … jelas sekali penjelasannya… terimakasih.
Durianiyah food production siyap hantar durian ke jember πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ™πŸ™


 

Catatan:

Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *