Q&A: MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH (2)

 Atawujd Bin Abdullah : Salam buat seorang utusan yang the handsome one, moga allah memuliakan mu. Selama ini saya telah maklum tentang peranan sebagai khalifah, alhamdulillah.. cuma pada sudut pandangan saya sebelum ini saya hanya tahu dimana peranan khalifah itu merujuk kepada titlenya untuk menjadi pemimpin dibumi ini, dalil yang disandarkan:

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kalian ketahui.” (QS. Al-Baqarah: 30)

Manusia sebagai khalifah ialah pokok pangkal utama dimana keingkaran sang iblis untuk sujud telah menjadi satu titik point bagi sandiwara yang berlaku dengan kita pada ketika ini. Walaupun pada pemahaman saya, bersandarkan dalil tersebut tidak dinyatakan title khalifah itu merangkumi semua ciptaan termasuk malaikat dan kaum jin, apabila titik point itu berlaku manusia itu seakan telah mendapat satu tugas tambahan didalam peranannya sebagai khalifah untuk membawa kaum jin (iblis,syaitan,minah rock dan sekutunya) untuk kembali mentauhidkan Allah. Itu boleh dianggap sebagai sekadar pandangan peribadi namun keperluan kepada hujah dan penjelasan lain yang mungkin amat dititikberatkan.

Mohon ustaz kongsikan sesuatu yang telah meyakinkan ustaz untuk disandarkan sebagai rangkuman title khalifah untuk umat manusia. Insyallah..

Ustadz Hussien Abd Latiff : 1. Fahamkan Syarahan IQRA insya-Allah tidak akan bermasalah kalau benar-benar faham.

2. Kalau kita benar-benar menyembah Allah swt dan yakin dengan haqqul yakin Dia Maha Bijaksana maka yakinkah kita bahawa:

i. Pada satu hari sebelum.kiamat semua jin dan manusia akan menyembahNya sesuai dengan firmanNya bahawa tidak dijadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembahNya.

Kalau ini tidak terjadi maka firmanNya ini menunjukkan Dia adalah Tuhan yg lemah dan tidak boleh dipercayai.

Kalau memang terjadi semua jin dan manusia akan beriman kepadaNya sebelum kiamat, maka siapa yang akan berdakwah kepada jin yg ramainya 9 (mereka ):1 ( kita)di angkasa lepas (yg menyembah taghut) untuk mengembalikan mereka beriman kepada Allah swt dan menyembahNya. Kerana Nabi yg terakhir ialah Rasulullah saw.

2. Pada satu hari sebelum kiamat, bumi akan menjadi bumi Islam sesuai dengan firmanNya bahawa Dia udah sempurnakan agama Islam serta Dia hanya redha Islam agama (sebagai agama kita) di sisiNya.

Maka kembali kepada soal pokok, siapa akan bawa jin kembali kepada agama Islam memandangkan Rasulullah saw adalah Nabi terakhir?

(Jawapan yg lain ada dalam.syarahan Iqra)

3. Kedudukan Arif-Billah:

i. Syeikh Abdul Qadir Al Jilani:

Hati mereka gedung ilmu Allah dan dilapangkan untuk.menerima rahsia-rahsia ilmu-ilmu yg tinggi.

Allah memimpin dan menghiaskan mereka dengan pakaian cahaya ilmu Allah dan terbukalah hijab yg melindunginya dari rahsia-rahsia Allah yang Maha Agung.

Ilmu yang pelik-pelik akan dapat diketahuinya dengan kurniaan Allah jua

Mereka sentiasa mendapat taufik dan hidayah dari Allah yang Maha Agung.

( Semua dari IQRA 9)

Artikel sebelumnya :


Catatan:

Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

3 Responses

  1. Jailani says:

    Assalam THO mohon pencerahan antara syariat yg hakikat, syariat yg syarak sebab ada yg menyatakan ada beza

    • YAMAS says:

      Waalaikumsalam. Admin mohon menjawab. Karena sudah pernah ditanyakan yang serupa. dalam kajian ustadz, tak ada beda antara syariat orang awam dan syariat orang makrifat. Hanya saja, orang makrifat sudah punya ilmu mengenai Allah. Syariat tetap saja sesuai tuntunan Rasulullah SAW

  2. Abdul Zaky says:

    Didalam kita jiwa agama oleh Al-Ghazali, jalan menuju kepada allah itu sentiasa bertuntunan diantara Syariat dan Makrifat yang mana Makrifat sebagai Imam dan Syariat itu makmumnya.

Leave a Reply to Abdul Zaky Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *