Q&A : MAKRIFAT UNTUK ANAK-ANAK?
Razale Ahat
June 3rd, 2009 at 8:20 am
Jika, Makrifat kepada Allah Ta’ala itulah yang merupakan asas atau fundamen yang di atasnya didirikanlah segala kehidupan kerohanian, Tidakah ia harus diajar kepada anak anak kita di peringkat awal seperti di madrasah atau kelas agama minguan.
Saya telah berbicara tentang apa yang diajar ol;eh Ustaz kepad beberapa teman. Tetapi jawapan yang selalu saya terima ialah ilmu Makrifatullah adalah ilmu agama islam yang sangat dalam dan mereka tidak mahu mempelajarinya kerana kononnya ilmu syariah mereka belum cukup.
Ust Hussien Abdul Latiff June 3rd, 2009 at 1:06 pm
Alhamdulillah, di seminar Makrifatullah kami di Singapura yang kini dibuat setiap awal bulan, kami dapat mengajarkan ilmu ini kepada anak-anak termasuk mereka yang di bawah umur 12 tahun. Daripada pengalaman kami kanak-kanak berumur 10 tahun keatas dapat memahami ilmu ini kerana itu kami sentiasa buka seminar kami kepada kanak-kanak ataupun kepada kesemua ahli keluarga. Kami juga pernah buka seminar ini kepada yang bukan Islam mereka juga memahaminya dan kagum Islam mempunyai Ilmu ini. Semasa mengadakan seminar di Johor Bahru, ramai asatizah meminta saya mengajar ilmu ini di madrasah-madrasah di Johor Bahru khasnya dan Malaysia amnya kerana ianya memperkuat aqidah. Sayangnya, pada masa ini saya belum ada masa untuk berbuat begitu, insya-Allah di hari depan mungkin.
Jumhur ulama mengatakan “Awaludin Makrifatullah” dan Rasulullah (saw) ada berpesan kepada para sahabat sekiranya mereka bersua dengan kaum yahudi yang mahu beriman kepada Allah swt, kenalkan mereka kepada Allah dahulu sesudah itu baru beritahu sembahyang 5 waktu itu adalah wajib. Di sini kita lihat bagaimana peri pentingnya Makrifatullah kepada seseorang yang mahu beriman kepada Allah. Kerana inilah Allah sudah memperkenalkan DiriNya kepada kita di dalam azali lagi: sila rujuk Surah Al Araaf (7):172-173 yang tertera di atas ini. Sayangnya, syaitan-syaitan sudah mengelirukan umat manusia dan membuat mereka berfikir Makrifatullah itu hanya untuk yang sudah tinggi ilmunya. Bukankah ini bercangggah dengan pandangan Rasulullah (saw) dan jumhur ulama? Maka adalah tugas kami membanteras tipu dayah syaitan ini untuk membena umat Islam yang kuat iman mereka dan tidak dapat dipesongkan aqidah mereka dengan senang menerusi apa yang turun daripada pintu globalisasi.
Catatan:
Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR