Q&A: KELAHIRAN, DAN PENTAS ILAHI

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku yang disayangi lagi dirindui, semasa DI DALAM RAHIM Ibu, Allah swt meniupkan roh ke dalam Janin itu dan disusuli dengan penglihatan, pendengarnya dan hati.

Pada peringkat ini, Kalian dapat menyaksikan fakta-fakta berikut:

A) Janin dalam rahim ibu.
B) Ditiupkan Roh.
C) Disusuli dengan penglihatan, pendengaran dan hati.

A) Janin – bererti keadaan diri Kita sebelum dilahirkan.
B) Roh – Diciptakan tidak dilahirkan dan ditiup masuk ke dalam Janin.
C) Penglihatan, pendengaran dan hati – Menyusuli sesudah Roh masuk ke Janin. Hati bererti penglihatan pendengaran dan minda. Ketiga-tiga komponen ini tidak bercerai dan menjadi 3 serangkai yg dipanggil “Hati” Kerana itu Allah swt tidak menyebut “Minda” tetapi “Hati” Kerana kalau disebut “Minda” ramai akan beranggapan ini 3 komponen tidak bersatu malahan bercerai. Justeru, firmanNya, “Hati yang memikir”, Hati yang memahami” dll.

Jelas dari penjelasan di atas ini bahawa pada saat sebelum kita dilahirkan ada 3 komponen (bahagian) yang berasingan menjadi sebati atau bersatu dalam rahim ibu iaitu Janin, Roh dan Hati.

Sesudah itu, sebelum kita dilahirkan, Allah swt keluarkan dari tulang sulbi Janin itu, Roh dan Hati kita (kesatuan ini menjadi Jiwa) seraya mengambil Pengakuan daripada Jiwa Kita bahawa Kita udah mengenaliNya.

Sayugia diperhatikan bahawa Allah swt mengeluarkan Roh dan Hati kita dan memanggil kesatuan kedua anggota ini sebagai “Jiwa” lalu diambil Pengakuan daripada Jiwa Kita.

Jelas juga bahawa untuk diambil Pengakuan daripada Jiwa Kita maka Jiwa Kita mesti udah dewasa. Sehubungan dengan ini, ada Hadith yang menyatakan bahawa Jiwa Kita berumur 33 tahun.

Harap juga difahamkan bahawa “Hati” di sini tidak ada kena mengena dengan hati dalam Janin itu [tidak ada kaitannya dengan istilah “hati” secara fisik]. Imam Ghazali menamakan Hati ini “Hati yg halus”. Justeru itu Hati inilah yg dihubungkaitkan dengan keimanan Kita bukan yang di dalam jasad Kita.

Sesudah Pengakuan udah diambil daripada Jiwa Kita maka apabila sampai masanya Kita pun dilahirkan. Pada saat ini, bersatulah Janin dengan Nyawa menjadi Jasad yang hidup dan bermulalah Kehidupan Kita di dunia ini. Namun kalau Nyawa tidak dapat bersatu dengan janin itu maka Janin itu tidak bernyawa maka dikatakan udah mati.

Yusdeka Putra: Terima kasih ayah. Anak mau bertanya, umur berapakah nyawa itu di satukan dengan jasad?.

Apakah tanda jasad ada nyawanya saat di dalam kandungan itu adalah janin itu bisa bergerak dan berkembang menjadi besar di dalam rahim?.

Sebab kalau janin itu sudah tidak bergerak, maka janinnya harus dikeluarkan dengan paksa dari rahim ibunya. Walau umurnya baru 7 bulan di dalam rahim.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Para Saintis tidak sehaluan berkenaan bilakah Nyawa itu bermula.

1. Pandangan Metabolisme perpendapat bahawa SEL Kehidupan yg darinya terjadinya Janin udah bernyawa. Justeru itu, nyawa bermula dari semenjak SEL.

2. Pandangan Genetik menyatakan bahawa nyawa bermula apabila sperma sel bercantum dengan sel telur lalu bermula proses Kehidupan Manusia.

3. Pendapat Embryolojis bahawa nyawa bermula apabila Janin bermula iaitu 14 Hari selepas menetas hasil daripada pencantuman sperma sel dan sel telur.

4. Pendapat Neuroloji pula, bahawa nyawa bermula apabila otak mulai berdenyut (dan mati apabila denyutan otak berhenti).

5. Pendapat Ecoloji atau Teknoji pula, apabila Janin itu bisa hidup sendiri sekiranya ia di keluarkan dari Rahim ibunya. Itu bisa berlaku dalam masa 25 minggu atau dua-pertiga masa mengandung.

Bagi Saya, bayi itu tidak wujud dalam dunia ini (pentas Ilahi) selagi dia belum dilahirkan. Dan dia hanya mulai hidup di dunia sekiranya dia dilahirkan bernyawa. Sesuai dengan firman Allah swt yg bermaksud, ” Kesejahteraan atas dirinya pada Hari dia dilahirkan.” Mariam (19):15.

Kesimpulannya, Kehidupan bermula apabila bayi itu dilahirkan bernyawa. Justeru itu, nyawa bermula apabila

Kehidupan bermula. Sehubungan dengan ini, bayi yg Lahir mati tidak mewarisi.

rio : ustadz, adakah sperma memiliki nyawa sendiri? mengingat dia bisa bergerak

Ustadz Hussien Abd Latiff: Sperma sel juga termasuk dalam Pandangan Metabolisme.

rio : ooh… baik terimakasih ustadz

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, kalau Kita nafi dan isbat maka Kita akan mengetahui bahawa dalam semua peringkat Pertumbuhan Janin Kita, ia bernyawa kerana Hakikatnya adalah Dzat.

Anakku, kalau Kalian PEKA Kalian akan lihat dengan jelas bahawa kesemua pandangan Saintis tentang Nyawa adalah Nyawa kepada yang bukan kepada Bayi. Contoh, pembuat Cake menceritakan tentang tepung, gula, susu, telor dan lain-lain lagi bahan menjadikan Cake namun tiada yg menerangkan berkenaan Cake itu. Kalau ditanya bilakah Cake itu hidup maka jawapannya apabila ia terjadi dengan sempurna.

Begitu juga para Saintis menceritakan bahan-bahan yg menjadikan Bayi iaitu bilakah bahan-bahan itu dikatakan bernyawa atau hidup. Kalau dibincangkan bilakah Bayi itu hidup maka tentulah akan dijawab apabila ianya dilahirkan bernyawa.

Semoga anakku dapat pencerahan.

rio : clear ustadz….terimakasih penjelasannya

Taufiqurrahman: Alhamdulillah terimakasih ayah

Ustadz Hussien Abd Latiff: Lanjutan dari pandangan Metabolisme, Manusia ini adalah sebenarnya gumpulan lebih dari 50 Triliun sel. Justeru itu bagaimana dikatakan Kita wujud. Sinambungan daripada ini Allah swt berfirman bahawa setiap ciptaanKu bertasbih kepadaKu dengan cara mereka yg kamu tidak mengetahuinya. Kalau difahami makna akan firman ini maka kesemuanya akan tersenyum lebar.

Anakku, semasa bayi itu dilahirkan maka kalau dia bernyawa maka dikatakan bayi itu hidup dan kalau dia tidak bernyawa dikatakan bayi itu mati.

Maka jelaslah permulaan nyawa atau hidupnya seorang bayi itu ialah di masa kelahirannya justeru itu, masa 9 bulan (kuranglebih) dalam kandungan ibu tidak diambilkira samasekali kerana belum dilahirkan lagi. Maka Hari pertama bayi itu dilahirkan itulah hari dan saat diambilkira sebagai permulaan dia hidup atau bernyawa di dunia ini.

Semasa dilahirkan, seorang bayi udah dibekalkan (semasa dalam Alam Azali) dengan Pengenalan kepada Allah (Makrifatullah). Justeru itu Rasulullah saw bersabda bahawa setiap bayi dilahirkan Muslim.

Bayi yang dilahirkan itu juga mempunyai fitrah yg bersih kerana Mindanya yg bersih tanpa noda sedikitpun.

Maka fitrah yg bersih ini dicorakkan oleh Kitab Takdirnya. Kalau buruk datangnya maka buruklah nasib bayi itu dan kalau baik datangnya maka baiklah nasib bayi itu. Inilah rukun Iman ke-6, di mana baik dan jahat nasib seseorang itu udah ditentukan oleh Allah swt. Bukan sahaja itu, Rasulullah saw bersabda bahawa perjalanan ke tujuan masing-masing udah dipermudahkan untuk mereka.

Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata bahawa Kita tidak ada pilihan melainkan menerima dilambung-lambungkan oleh ombak Takdir. Sesuai dengan firman Allah swt bahawa Kalian akan hidup mengikut Kitab ini sehingga Hari Kebangkitan. Allah swt juga menegaskan bahawa KetetapanNya atau Sunnahtullah atau RencanaNya tidak akan berubah.

Rasulullah saw pula bersabda bahawa sesiapa mengatakan yg dia bisa ubah Takdir maka pasti ia akan masuk Neraka. Baginda menambah bahawa selagi dia tidak dapat menerima Tadir maka selagi itu dia belum beriman dan kalau pun dia sedekah emas setinggi Gunung Uhud tidak akan diterima oleh Allah swt.

Rasulullah saw juga ada menegaskan lagi bahawa ada orang lahir dituliskan dengan amalan ahli Syurga namun apabila dia mati dia menjadi ahli Neraka kerana di akhir-akhir hayatnya udah dituliskan yg dia akan beramal dengan amalan ahli Neraka. Begitu juga ada yg lahir dituliskan sebagai ahli Neraka namun bila dia mati dia menjadi ahli Syurga kerana dtuliskan diakhir-akhir hayatnya dia akan beramal dengan amalan ahli syurga.

Perjalanan Hidup Kita di dunia (Pentas Ilahi) ini adalah berpandukan Kitab Takdir (Skrip) Kita. Kerana itu Nabi Adam as mengatakan kpd Nabi Musa as bahawa dia makan buah khuldi itu kerana ini udah dituliskan 40 tahun sebelum dia dijadikan. Ini juga bisa menjawab pertanyaan, “Sebelum Iblis jadi Iblis” siapa goda Iblis (Azazil) supaya jangan sujud kepada Adam as.?


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *