Q&A: JANGAN MENJADI SNOWMAN

Admin: Assalamualaikum Ustadz. Mohon izin menyampaikan pertanyaan dari
*ABDUL ZAKY* (pertanyaan menerusi web Yamas, menanggapi artikel berikut ini http://yamasindonesia.org/qa-pengertian-yang-sejati-hanya-ada-pada-allah/)

Abdul Zaky : “Salam ustaz, saya merujuk kepada firman Allah dalam Surah Ali’ Imran (103,104&110), jika tak keberatan mohon ustaz ajarkan, dalam bermakrifat bagimanakah cara untuk mengimani seruan pada ayat ini dengan sebenar-benarnya.”

Ali Imran 103 : Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

104 : Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.

110 : Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Ini, insya-Allah, akan diperjelaskan dengan perinci di Seminar di Jember di bawah tajuk “Rojak Lanjutan”

Masalah besar seseorang itu ialah dia teringat dirinya masih wujud. justeru itu tidak memahami bahawa kita semua adalah watak-watak (characters) dalam satu gambaran besar ditayangkan di Bioskop Ilahi, yang bermula apabila Allah swt berfirman “Kun” .

Tidak ada sedikit pun campur tangan manusia atas gambaran besar ini.

Maka kesemua pergolakan udah tersusun rapi dalam gambaranNya itu dan tidak akan ada perubahan hingga akhir.

Maka lihat sahaja dan jangan komen, seperti pergolakan di Baitul Muqaddis, Pres. Trump dan cara serta natijah pentakbirannya di Amerika dan dengan negara dunia, perkembangan di Israil dan negara-negara Islam, perkembangan di Korea Utara dan di Iran.

Bagi saya, tahun 2018 menjanjikan satu Tayang Perdana di Biskop Ilahi yang ditayangkan percuma untuk kita saksikan bersama.

Juga mesti difahamkan kita yang melihat serta menyaksikan Tayangan Ilahi juga berada dalam tayangan itu juga. Contoh, ikan yg melihat ikan-ikan lain yang bersandiwara di hadapannya tidak sedar bahawa dia dan ikan-ikan yg lain semua mereka itu berada dalam lautan yang besar dan bukan di luarnya. Hehehe…. faham!

Rozi: Ada pertanyaan. sejatinya atau hakikatnya seharusnya manusia itu ada di dalam atau diluar…? Mohon pencerahannya ustad.

Ust. Hussien Abd Latiff: Air itulah LM dan ikan-ikan itu adalah ciptaan. Ini juga menjawab soalan di atas ini.

Pertanyaan ini juga membingung para saintis. Apabila mereka berhakikat mereka di luar, mereka melihat dunia ini lepeh (Flat). Dan apabila mereka berhakikat mereka berada di dalam mereka menyatakan dunia ini tidak lepeh kerana mempunyai ruang. Apa yang mereka tidak sedari bahawa ais yang di dalam perut lautan tidak berada di luar ataupun di dalam, kerana dari sudut makrifat ia Tidak Wujud.

Seperti Snowman 1 berkata kepada Tasik [danau] (yg dalam keadaan ais)“Tidak lama nanti kamu akan cair kerana sekejap lagi matahari akan terbit (lalu ketawa)…hahaha!”.Semoga kalian tidak menjadi Snowman.

Bukan kamu yang melempar Muhammad. Muhammad tiada di luar atau di dalam. Begitu dengan ikan-ikan, ais, manusia dan juga semua ciptaan dari sudut makrifat mereka tidak wujud.

Justeru itu, Snowman juga tidak wujud.

Kesimpulannya walaupun semua ciptaan tergambar di LM namun kita yang sudah tahu, mengetahui bahawa gambaran itu seperti ais yang sebenar wujud ialah air. Sesuai dengan firman Allah swt semua binasa yang tinggal Dzat.

Maka hendaknya kalian sentiasa bernafi dan isbat baru bisa membinasakan kesemua ciptaan termasuk ruang dan masa dan mengisbatkan Dzat sentiasa.

Justeru itu tiada soal di luar atau di dalam, ini peringkat permulaan yg kalian udah lama meninggalkannya.

Saya kepenatan sesudah bawah kalian ke puncak gunung kalian turun lagi ke kaki gunung, dan minta diulangi lagi jalan ke puncak gunung ; apabila kitab-kitab, syarahan-syarahan, dan ada ramai para sahabat yg boleh membimbing dapat membantu anda.

Justeru itu, jangan bertanya perkara yang sepatutnya anda udah tahu ataupun yang asas.

Jangan jadi Snowman!

1.
[Istilah Snowman, atau manusia salju, adalah perlambang atau ibarat. Manusia salju tidak mengetahui bahwa hakikat dirinya adalah juga es. Karena tidak mengetahui bahwa dirinya sejatinya juga es, maka manusia salju tertawa saat melihat es batu mencair karena panas matahari. Setelah sekian lama dan dirinya ikut mencair juga karena panas, barulah dia tahu bahwa sebenarnya dirinya adalah juga es batu. -admin].

Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

3 Responses

  1. Abdul Zaky says:

    Syukurku hanya kepada Allah.. Terima kasih atas kesudiannya, tak mengapa, ustaz menyampaikan Allah jua yang memberi kefahaman kepada sesiapa yang dikehendakinya, alhamdulillah.. Ibarat seorang pencari harta karun yang tertanam di perigi dalam, dia tidak menunggu air perigi itu kering untuk menggalinya walau dia lemas di air yang dalam, kerana dia diajar menilai apa yang telah tertimbus.

  2. Abdul Zaky says:

    Salam ayah.. Anak mu ingin memohon kemaafan atas segala tindaknya yang telah malampaui batas. Moga ada belas kasih keatas ujiannya dengan manafaat ilmu yang telah disampaikan. Semusim telah dilalui kini dia mulai melangkah ke fasa yang baru seperti yang mulai diperlihatkan kepadanya. Untuk itu tak ada yang paling bermakna baginya selain menghadapi ia dengan berbekalkan ilmu yang ada serta berserah sepenuhnya kepada apa yang telah ditakdirkan kepadanya.

    P/S: Mohon admin tidak memaparkan titipan ini pada yang umum melainkan dengan Haq. Terima kasih dan selamat berjuang sahabat-sahabatku di YAMAS Indonesia!

  3. Ahmad kamal says:

    Alhamdulillah..bekalan sudah sangat lengkap sngat lengkap…dari awal hingga akhir..perlahan lahan berjalan menuju destinasi yg blum tahu di mana tapi arah tuju sudah sedia ada..

Leave a Reply to Abdul Zaky Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *