Q&A: INGATAN YANG SAMPAI PADA-NYA

Mohd Zainothman: Assalamualaikum Ustaz yang saya kasihi. Alhamdulillah shukur di atas penerangan yang ustaz berikan. Ustaz saya ada sedikit pertanyaan. Saya masih dalam kebingungan.
Ia berhubung kait dengan penyembahan.

Dalam firmanNya:
Tidak Ku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Ku.
Kita di ciptakan melalui DzatNya yang sedikit yang berada di dalam LM. LM dan seluruh ciptaanNya adalah dari dzat yang sedikit itu.

Dzat ini berawal dan berakhir termasuk juga ciptaanNya.

Pertanyaan saya: bahawa kita tidak wujud di samping itu kita di perintah pula beribadah krepadaNya. Dalam ibadah kita, adakah kita di suruh beribadah kepada Dia Yang Awal Yang Akhir Yang Dzahir da Yang Batin Atau kepada Allah Yang Tidak Berawal dan Berakhir

Semasa solat atau apa juga ibadat yang kita lakukan; kemanakah pandangan mata hati kita di tujukan, kepada Dzat yang di dalam LM kah atau kepada Allah yang di luar LM.

Harap dapat ustaz huraikan kebinguan saya ini. Terima kasih ustaz.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Wlkm slm. Dalam shalat, sesudah shalat dan dalam hidup keseharian, Dia suruh kita INGAT kpd Dia yang tidak serupa dan tidak diumpamakan. Justeru itu, segala tumpuan hendaklah ditujukan kpd INGATAN itu. Disamping itu RASAKAN seolah-olah Dia memandang kita atau kita memandangNya. Ini membawa IBADAH kita ke peringkat IHSAN.

Hanya menerusi INGATAN kita sampai kepada Allah swt sesuai dengan firmanNya bahawa kita ingat Dia, Dia ingat kita.

Dan dalam hadith, kalau kita ingat Dia sejengkal, Dia ingat kita sehasta, kalau kita ingat Dia sehasta, Dia ingat kita sedepa dan kalau kita ingat Dia sedepa Dia akan ingat kita lebih dari itu.

Maka dengan ingatan kita dapat menembusi Dzat lalu sampai kepadaNya kerana Dia berfirman bahawa Aku dekat, lebih dekat dari urat nyawamu.

Mohd Zainothman: Alhamdulillah terima ustaz yang saya kasihi.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Kerana itu Rasulullah saw ada bersabda bahawa Ingat Allah swt (Dzikrullah) adalah ibadah lebih tinggi dari sedekah segunung emas atau berjihad.

Rio: Terimakasih ustadz….. Baru saya paham kenapa lafadz harus ditinggal 😭  [maksudnya, memperbanyak berlatih berdzikir dengan “minda”, adapun dalam ibadah keseharian, tetap dilaksanakan sesuai dengan syariat yang ada]

Ustadz Hussien Abd Latiff: Maka ini sesuai dengan sabda Rasulullah saw supaya kita jangan berbanyakkan perkataan (lafaz) tanpa ingat kerana banyak perkataan tanpa ingat mengeraskan Hati dan Allah swt menjauhi orang-orang yang berhati keras: Sunan Ad Tirmidzi Bk 4:56.

Rosli: Alhamdulillah…terimakasih ayahanda,salam rindu dari saya🙏🙏🌹🌹❤❤

Mbak Sri Puji Astuti: Alhamdulillah. Terimakasih Ustadz

Rio: Baik ustadz… 🙏🏼 insyaAllah dipraktekkan

Wan Ibrahim: Alhamdulillah, terima kasih ustadz

Razalisenin: Alhamdulillah….makasih ustaz.

Bayu Teguh Prakoso: Hatur nuhun ustadz 🙏🏽

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. jamaliah bachok says:

    Saya sangat terkejut dengan ungkapan ini:
    Maka ini sesuai dengan sabda Rasulullah saw supaya kita jangan berbanyakkan perkataan (lafaz) tanpa ingat kerana banyak perkataan tanpa ingat mengeraskan Hati dan Allah swt menjauhi orang-orang yang berhati keras: Sunan Ad Tirmidzi Bk 4:56.

    Syukran jazilan atas info ini ustaz arifbillah dan semua pihak TAMAS.

Leave a Reply to jamaliah bachok Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *