Q&A: ILMU YANG MENGHILANGKAN KEJAHILAN

 

10/7/17, 5:25:02 PM: Sahry Ramadhan: Assalamu’alaikum wr. wb. Ustad mau sharing ttg Ilmu makrifatullah ini. Kenapa ya begitu susahnya menjelaskan atau menyampaikan ilmu ini kepada orang awam yg berpegang kpd syariah dan madhzab saja dibandingkan kepada anak-nak muda yang punya minat dan keinginan besar akan agama bagi dirinya ?

Yang kedua, apa sebabnya saya pribadi tidak terlalu berminat seperti dahulu lagi saat ini terhadap buku2 baru agama yg menjelaskan tentang mengenal Tuhan setelah mengenal ilmu dari ustad ini ? Apakah ini yang ustad maksud Kan kutipan dari ulama Ahmad Rifai yg menulis “……suatu ilmu yg tiada lagi sesudahnya sifat kejahilan….? Dan apa pula maknanya ustad Ahmad Rifai menulis “…….Dilenyapkan dari padanya mati hati Dan digantikan dengan kepahaman yang jitu ?”.

10/8/17, 12:52:38 AM: Ustadz Hussien Abd Latiff: Jawapan pertama:
Setelah diketahui Rasulullah saw udah berada di Madinah, ramai ahli-ahli sufi yang tinggal di lembah dan gunung turun berjumpa baginda serta memeluk agama Islam ditangan baginda. Sesudah itu, baginda menempatkan mereka di Masjid baginda (Nabawi) berserta para sahabat (yg berhijriah) yg tiada tempat berteduh. Mereka semua dipanggil “Ahli Sufah”. Di masjid ini mereka sentiasa beribadah. Malam bersengkang mata dan siang berlaparan puasa untuk menundukkan nafsu mereka serta bertakwa. Rasulullah saw sangat sayang kpd mereka dan ada bersabda makanan untuk 2 orang cukup untuk 3 dan makanan untuk 3 cukup untuk 4 dengan harapan para sahabat akan menjemput mereka ini makan bersama. Pada masa ini, ulama Syariah (Muhaddithun) sangat menghormati dan menyanjungi mereka.

Namun masuk abad ke3 Hijriah, timbul fahaman WW, NM dan Tarikat (sistem zikir yg baru namun disamakan dengan ilmu Tasawuf yg udah wujud lama sebelum Tarikat) dengan peraturan-peraturan mereka tersendiri. Semua ini ditolak oleh ulama Syariah (termasuk imam syafii, Hanbali dan Miliki) Kerana ini semua adalah pembaruan (bidaah) yg membawa kpd kesesatan dan yg tidak diajar oleh Rasulullah saw dan para sahabat.

Namun Imam Ghazali dalam abad 4-5 Hijriah dapat merapatkan jurang di antara ulama Syariah dan Tasawuf. Tapi dengan kewafatannya, jurang itu kembali semula. Sesudah itu, ramai menunggu datangnya mujaddid yg akan dapat memperbetulkan keadaan namun tidak kedatangan. Maka Kerana tidak datang mujaddid yg diharapkan maka ramai ulama Syariah menolak Tasawuf dan ada yg menghukum ilmu Makrifatullah adalah sesat disebabkan tiada siapa yang dapat memberikan penjelasan dan pencerahan terutama perbezaan di antara Tasawuf dan Tarikat dan juga kepada ilmu yang dapat membawa manusia mengenal Allah swt dengan benar lagi tidak sesat. Maka inilah keadaannya selama hampir 1000 tahun. kerana itulah, sampai sekarang sukar bagi mereka dalam bidang Syariah Mahu mempercayai ilmu Tasawuf.

Jawapan kedua:
Benar, inilah ilmu yang:
1. Menghilangkan kejahilan.
2. Diberi Allah swt kepada siapa yg disayangi supaya dapat kefahaman dalam agama.
3. Satu orang ditakuti syaitan dari seribu orang yg beribadah.
4. Membuat seseorang. itu benar-benar takut kpd Allah swt. Sesuai dengan firmanNya bahawa hanya orang yg berilmu yang benar-benar takut kpd Allah swt.
5. Membersihkan Aqidah lalu membawa kpd ketenteraman
jiwa.
6. Membuat Jiwa merasa puas lagi diredhai.
7. Dapat memasukkan kita kedalam jemaahNya.
8. Dapat memasukkan kita dalam syurgaNya.

Rumusannya Sahry, sesudah berjumpa Berlian kecendurungan atau minat kepada Intan atau Batu Kaca musnah atau terhapus.

Sahry Ramadhan : Subhanallah…. ustad membaca jawaban ustad Tak terasa meleleh air Mata begitu​ besar nikmat Allah SWT yg telah diberikan kepada diri hamba Nya yg masih penuh kotor dan dosa ini dalam menjalani kehidupan. Dengan diberikan kesempatan berjumpa Arif Billah, yg mampu mengurai/menjelaskan berbagai masalah pelik dalam menerima, dan mengamalkan Ilmu KeTauhidan ini.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

2 Responses

  1. Darman syah says:

    Terima kasih ya ustadz atas oemberitahuannya

  2. Darman syah says:

    Terima kasih ya ustadz atas pemberitahuannya

Leave a Reply to Darman syah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *