Q&A: DUDUK DI ALAM KETUHANAN

Yusdeka Putra: Assww. Pak Ustadz mohon pencerahan tentang duduk dalam Alam Ketuhanan. Waktu umrah 2016 Pak Ustadz pernah bersyarah sekilas tentang itu. Lalu hal hal apa saja yang akan mengeluarkan kita kembali dari Alam Ketuhanan itu. Makaseh Pak Ustadz. Wassalam.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Apabila saya dapat ilmu makrifatullah ini secara laduni pada tahun 1978 (umur saya 28 tahun) semasa menuntut the ITM (sekarang UITM) Shah Alam, Malaysia, impaknya begitu kuat sehingga:
1. Peribadi saya berubah 100%.
2. Sahabat-sahabat yg label saya sebagai “Public Enemy No.1” berubah dan menyayangi saya.
3. Selalu menangis hampir 4 bulan setengah.
4. Udah di bawa masuk terus ke Alam Sakinah.
5. Dzikrullah (Ingatan kpd Allah swt) sentiasa “on”
6. Menjadi “orang yg tidak wujud”. Hanya sahabat-sahabat yg di ITM mengetahui akan perubahan ini. Namun apabila kembali ke Singapur, di sini kembali saya menjadi “orang tidak yg wujud”
7. Bisa wisata jiwa (OBE).
8. Gian (keseronokan/suka) membaca apa jua berkenaan Tasawuf (dan faham) serta al Quran. Cuma satu buku yg sukar saya nak faham iaitu “Futuh Ghaib”. setelah mengadu kpdnya (Syeikh Abdul Qadir Al Jilani) secara “telepathy” (Jaringan Minda) dan disuruh baca oleh Syeikh sekali lagi baru ketahuan apa yg hendak dia mahu sampaikan dalam bukunya itu.
9. Mengalami beberapa “kelebihan” yg udah banyak saya ceritakan di syarahan-syarahan atau tulisan saya dulu.

Nah, kalian saksikan, saya yang fahaman syariahnya pun tidak kuat dan ibadah pun sangat lemah, mendadak BERUBAH 100% hasil impak yg sangat kuat dari ilmu makrifatullah ini yg turun secara laduni.

Walaupun impak ini membuat Dzikrullah saya sentiasa “On”, satu nikmat dan anugerah yg sangat ternilai bagi saya namun ibadah saya yg lain masih belum dibuat seperti puasa sunat, shalat malam dll.

Kalian juga prihatin bahawa impak dari ilmu ini, Dzikrullah saya sentiasa “On”. Justeru saya tahu bahawa ingat Allah swt di Minda bukan di “Hati”. Di sini juga saya faham bahawa Minda itu permulaan atau Base Camp bukan seperti yg di bawa oleh Tarikat atau fahaman Chakra dll

Permulaan saya puasa sunat ialah pada 1979 selepas sahaja ramadhan. Apa yg berlaku ialah saya di cabar dalam bulan ramadhan oleh seorang paderi kristian dari Sarawak yg menuntut bersama di ITM bahawa kalau puasa menguatkan iman, seperti saya katakan kpdnya, kenapa saya tidak boleh berhenti merokok? saya ini pada masa itu “chain smoker” (Rokok cap 555), dan berhenti “pollute” bilik asrama yang kita kongsi bersama dengan 6 lain pelajar?

Apabila dicabarnya maka saya rasa sangat malu kpd Allah swt kalau saya tidak terima cabaran paderi itu membuktikan puasa seperti yg diperintahkan oleh Allah swt menguatkan iman. Di saat itu juga saya berhenti serta merta dan terus sahaja membahagikan paket-paket rokok saya (banyak yg belum buka) kpd sahabat-sahabat yg lain termasuk juga Lighter (Branded dan mahal) saya.

Sejurus sahaja habis bulan ramadhan, keinginan untuk berpuasa sunat timbul dalam diri saya dan sehingga sekarang masih berpuasa.

Pada tahun 1986, selain dari puasa, mengaji dan mengkaji al Quran (selalunya di Ofis) dan Dzikrullah, shalat malam tidak buat langsung kerana tiada yg menyuruh saya berbuat begitu kerana ilmu ini turun secara laduni, maka saya rasa kekuatan keimanan menurun disebabkan sukar mahu OBE. Lalu saya merayu kpd Allah swt (menerusi tulisan tapi sekarang kertas tulisan itu yg ada pada saya itu tidak dijumpai) janganlah mengambil ilmu ini dari saya. Namun taraf keimanan masih kurang memuaskan sehingga tahun 1990 pergi Hajj bertemu dengan Rasulullah saw dan diberi tugasan baru dapat rasakan kedudukan iman saya bertambah bagus.

Alhamdulillah.

Berkenaan shalat malam, saya tidak peringat bila saya mula buatnya mungkin selepas Hajj tahun 1990. Apa yg terjadi ialah selepas habis sahaja bulan ramadhan (boleh jadi tahun 1991, saya tidak ingat) saya diilhamkan kenapa tidak teruskan shalat 20 rakaat terawih dengan tukar niat kpd Tahajud. Dari situ mulalah saya shalat tahajud.

Maka kalian lihat, untungnya kalian, kalian menerima pertunjuk, Alhamdulillah, dari saya apa yang mesti dibuat atau dilakukan untuk terus berada di alam Ketuhanan seperti yang difirmankan oleh Allah swt (Hadith Qudsi) bahawa apabila kita udah melakukan shalat fardhu dan menambahkan lagi dengan ibadah-ibadah sunat maka Allah swt akan menyayangi kita sehingga semua lakonan kita menjadi lakonanNya. Maksudnya, jadilah kita perkakas atau bonekaNya, dengan ini kita dinaik tarafkan oleh Nya daripada “yang tidak wujud” dan tidak ada tugasan menjadi “wujud sebagai bonekaNya” iaitu waliNya.

Semoga kalian anakku mendapat pencerahan, aamin ya Rabb aamin!

Azri Acong: Alhamdulillah, terima kasih ustaz diatas perkongsian ini.

Masturah: Alhamdulillah.. Tkaseh pencerahan Ustaz.

Winanto: Ayah terimakasih atas prncerahannya, insyaaAllah kami bisa mengambil hikmahnya… aamiin

Sebelum Ayah menerima ilmu laduni, apakah Ayah mengikuti toriqoh tertentu?

Terimakasih. Wassalam

Ustadz Hussien Abd Latiff: Tidak pernah menjadi ahli tarikat tetapi ikut bapak pergi ke tempat tarikatnya ada. Di sana ikut nyanyi nazamnya dalam bahasa urdu (india). Tidak pernah ada syarahan tentang ketuhanan selalu cerita ahli jemaahnya pasal kelebihan wali-wali.

Noriah M Ali: Tabarokallah.. terima kasih ustaz di atas perkongsian pengalaman.

Agak lewat ya ustaz belajar di UITM. Biasanya usia 18 tahun ke sana buat diploma atau degree.

Sebelum itu ustaz belajar di mana selepas sekolah menengah?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Darjah 1 – 6 :
i. Pagi di sekolah inggeris – Fowlie Primary School
ii. Malam di Madrasah Wak Tanjong Al Islamiah.

Menengah 1 – 4 – di Sekolah (Kristian) Presbyterian Boys School. Di sini kena belajar Injil. Tetapi sesudah berapa lama dibatalkan kerana ada protes dari pelajar islam dan ibubapa mereka.

1968 Berkerja sebagai penolong Inspektor Bagunan dengan kerajaan untuk membantu bapak yg bekerja sebagai posmen (penghantar surat) kerana ramai adik beradik yg masih kecil.
1973 – 1974 – Belajar dan mengambil periksa Higher School Certificate (HSC).
1975 – 1979 Memasuki ITM.


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

2 Responses

  1. Ajariff4 says:

    Assalamualaikum ayah..anak ingin nanya… kedudukan ayah sudah tidak wujud dan menerima tugasan langsung dari Rasulullah S.A.W..jadi adakah setiap tugasan mesti melalui dan keizinan dari baginda Rasullullah..dan mestikah kena pergi hajj dan berjumpa baginda atau tidak semestinya cara begitu..mohon pencerahan dari ayah..Amin..makasih,

    • YAMAS says:

      Ustadz Hussien Abd Latiff : Contoh: Di dalam gedung satu Perusahaan yg bernama “P T LM”, ramai Robot udah siap dibuat dengan program (arahan-arahan) masing-masing yg sempurna menunggu masa untuk berkhidmat.

      Apabila sampai masanya maka datang CEO (Direktur Perusahaan) nya memilih satu di antara robot yg ramai itu dan menghidupkannya.
      Justeru itu, robot itu mulai beroperasi mengikut programnya.

      Robot-Robot ini adalah Boneka LM salah satu Robot ini bernama,”Khidir”.

      Mengikut Nabi Isa as bahawa Boneka-Boneka LM ini, nama-nama mereka udah tertulis dalam satu “buku” dan buku ini udah diserahkan kpd Rasulullah saw. Di Hari Kemudian, Rasulullah saw akan memanggil nama-nama mereka dan kesemua mereka masuk Syurga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *