Q&A: DIAM DAN MENYENDIRI

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku yg dikasihi. Apabila Kalian udah dapat menyebatikan ke dalam diri kalian bahawa:

i. Kalian tidak wujud.
ii. Dzat yg berlakon; dan
iii. Berlakon mengikut skrip dalam Loh Mahfuz,

maka kalian akan dapat memerima bahawa apa jua berlaku di hadapan Kalian adalah kesemuanya itu mengikut Kehendak yang Satu iaitu Kehendak Allah swt. Sesuai dengan firmanNya bahawa semua bergantung kepadaNya.

Justeru itu, kalian juga akan mengerti bahawa apa jua berlaku di hadapan Mata Kalian, hanya Dia sahaja yg mengerti dan tahu. Kerana itu Dia berfirman bagaimana Kamu memikirkan, bagaimana Kamu menetapkan maka celakalah kamu.

Justeru apa yg Kalian mesti buat
Jawapannya:

1. Kembalikan hak kpd yg mempunyai hak. Iaitu Berserah Sepenuhnya kepada apa jua KetetapanNya seperti yg diperintahNya kepada Rasulullah saw serta orang-orang beriman supaya menyerah diri kepadaNya sepenuhnya.

2. Ikut nasihat Rasulullah saw supaya hendaklah kalian hidup seperti biasa jangan berpeluk tubuh.
Namun, jangan Kalian lupa bahawa yg hidup seperti biasa juga adalah DzatNya (Kita tidak wujud).

3. Apa jua Lakuan yang berlaku di hadapan mata Kalian dan juga pada diri Kalian, pengertiannya hanya Allah swt yg tahu.
Ingat, Pelan IndukNya (Loh Mahfuz) adalah 12 biliun tahun lamanya bermula apabila Dia berfirman,”Kun!*. Apa jua peristiwa-peristiwa yg berlaku selepas itu kesinambungan berterusan sehingga tamat masa 12 biliun tahun. Maka untuk Kalian mahu mengerti Pelan Induk yg lamanya 12 biliun tahun adalah satu perkara yg mustahil.

4. Sama ada Kalian suka atau tidak kepada perkara-perkara yg berlaku dihadapan mata kalian atau sama ada kalian mengerti ataupun tidak , perkara-perkara itu tetap akan berlaku kerana itu semua adalah Senda Gurauan dan Main-main Ilahi dengan Dzat.

Maka anakku, ADA MASALAH dengan Kalian bahawa Allah swt bersenda gurauan dan Main-main dengan DzatNya? Kalau tidak ada maka “shut-up and Get Lost!” maknanya, “Diam dan Menyendiri”. Ada faham?


Anakku, Shut up and Get lost” makna “Diam dan Menyendiri” biar Ayahmu memberi penjelasan:

“Diam” maknanya lihat Dzat berlakon mengikut skrip dari Loh Mahfuz dan jangan Komen kerana kalau Komen maka Kalian udah wujud kembali. Selain dari jangan Komen, hendaklah Kalian jangan memikirkan perkara yang berlaku di hadapan Mata Kalian serta jangan membuat keputusan (menetapkan). Ikut nasihat Pak Pandir bahawa ada mata lihat, ada telinga, ada mulut diam, tepuklah tangan dan “act blur” (buat tidak tahu).

“Menyendiri” penuhkan Minda dengan ingatan kpd Allah swt sentiasa.Jangan ada ruang untuk yg lain. Kalau ada masalah, Naik serah dan Tunggu. Jangan benarkan masalah itu bertempat di ruang Minda Kalian samasekali.

Jinakkan diri Kalian untuk bersama Allah swt dengan bukan sahaja Dzikrullah tetapi juga dengan ibadah-ibadah sunat.

Ingat Haristah, sahabat Rasulullah saw, siang dia berpuasa dan malam dia penuhkan dengan ibadah. Justeru itu, dia seolah-olah dapat melihat Arasy Allah swt. Mendengar ini, Rasulullah saw bersabda bahawa Haristah udah mengenal keimanan dan baginda menyuruhnya istiqamah.

Ingat juga Sayidina Abu Bakar As Sadiq ra. Tiap-tiap malam sambil baca Al Quran, dia menangis terisak-risak. Maka jirannya adu kpd Rasulullah saw tentang perkara ini dan minta Sayidina Abu Bakar ra berhenti baca Al Quran di waktu malam. Apabila Rasulullah saw bertanya kenapa dia mahu begitu. Maka jiran itu menjawab bahawa apabila Sayidina Abu Bakar ra menangis bila dia membaca Al Quran maka jirannya yg mendengar bacaan dan tangisan Sayidina Abu Bakar ra akan turut menangis. Justeru jiran itu bertanya (kepada Rasulullah saw) bilakah bisa dia tidur?

Menyendirilah namun penuhkan hidup Kalian mesra ibadah. Walaupun orang melihat Kalian sebagai seorang yg suka bersendiri tetapi apa yg mereka tidak tahu adalah Kalian ada bersama Allah swt selalu (Dzikrullah).

Menyendirilah Dan walaupun tidak dikenali oleh masyarakat namun Kalian di kenali oleh Allah swt dan para malaikat.

Jadilah “Orang-orang Allah swt” dengan memenuhkan hati Kalian dengan kecintaan kepada kesemua ciptaan kerana semua yg kalian lihat adalah sebenarnya DzatNya yang Zahir dan Batin. Di Hari Kemudian Allah swt akan bertanya di Manakah Orang-orang yg mencintai satu sama lain kerana Allah swt walaupun tiada pertalian nasab.

Semoga anakku yg disayangi mendapat memfaat dari apa yg disampaikan di bulan yg mulia ini.


Catatan:

Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *