Q&A: BERBUAT SESUATU DARI PINTU BELAKANG (3)

 Ustadz Hussien Abd Latiff: Contoh Baca Dari Pintu Belakang:

1. Duduk Pintu Belakang (Minda),
2. Lihat di Pintu Depan (Kedua Mata),
3. Baca buku yg ada di depan Pintu Depan.

Membaca dari Pintu Belakang = Jiwa menghayati apa yang dilihat dan apa yg dibaca.

Justeru itu tinggi tumpuan atau fokus dan insya-Allah hilang ngantuk digantikan dengan seronok.

Lihat berapa tinggi tumpuannya dan berapa nikmat (seronok atau asyik) nya dia membaca yg ada didepannya

Kenapa terjadi begitu? Kerana Jiwa yg menghayati mempunyai tenaga batin yg ditujukan kepada Pintu Depan sejurus itu kepada bunyi bacaan lalu kepada penerima (pesakit)dan apabila tenaga itu bergabung dengan tenaga pesakit ia dapat membantu menyembuhkannya atau memperkuat tenaga pesakit itu untuk menjadi Jati Diri.

Mengikut kajian Sains apabila dijampi air maka susunan (texture) air itu berubah boleh menjadi penawar.

Namun jampi itu (seperti membaca Ayatul Kursi) tidak akan menjadi atau bermakna kalau tidak dihayati dari Pintu Belakang atau sekiranya ianya dibaca di Pintu Depan tanpa menghayati bacaannya

Apabila kita duduk di Pintu Belakang (Base Camp) di sini kita boleh rasa tenaga batin itu. Cuba kalian dari Base Camp “Naik” akan terasa seperti sesuatu “benjolan” menekan dikawasan ubun kalian.

Nah di sinilah simpangan ajaran saya dan ajaran mistik.

Ajaran mistik akan terus menekan tenaga atau benjolan ini sehingga melepasi kepala mereka dan akan berlatih berterusan sehingga ia dapat mengembelingkan tenaga ini dan menggunakannya untuk menunjuk kelebihan kuasa atau tenaganya (Super Power) dalam dunia mistik.

Ajaran saya ialah Naik dan Dzikrullah. Naik santai-santai kalau tidak akan mengalami vertigo. Tunggu hingga dijemput oleh Ilahi.

Maka dalam Terapi Rohani, semasa kalian Dzikrullah di Base Camp iaitu Minda mengingati Allah swt, Penglihatan dan Pendengaran bersama Tenaga kalian ditujukan kearah Pintu Depan. Sejurus itu tenaga akan terus melalui bacaan bergabung dengan tenaga si Pesakit.
Bukan sahaja tenaga kalian dapat berhubung dengan tenaga pesakit tetapi yg lebih utama talian ini berhubungkait dengan Dzikrullah melalui Minda kalian yg berterusan mengingati Allah swt. Dengan ini, segala usaha kalian di dalam PengawasanNya.

Dengan ini Mesti diingati bahawa yg menyembuhkan Pesakit itu adalah Allah swt kerana usaha kalian dari Base Camp ke bawah itu berhubungkait dengan Dzikrullah kalian dari Base Camp naik ke atas. Kerana itu saya katakan bahawa kalian dan usaha kalian berada dibawah Pengawasan Allah swt.

Semoga kalian dapat pencerahan yg baik dan tidak ada kebingungan lagi berkenaan Duduk di Pintu Belakang dalam Terapi Rohani.

Walaupun Makrifat kesemua ciptaan termasuk ruang dan masa adalah sedikit DiriNya. Namun apa berlaku pada DiriNya yg sedikit itu Dia pasti mengetahuinya. Contoh, ekor gajah melalui sebuah lobang memasukkan ekornya kedalam sebuah rumah. Justeru itu, walaupun ekornya dalam rumah itu (menerusi lobang di dinding rumah itu) namun keseluruhan badannya berada diluar rumah itu. Tetapi sekiranya kita menyiram air panas keekor itu, gajah diluar pasti akan merasakannya. Inikan pula DiriNya yg sedikit di dalam LM bukan sahaja bisa merasakan tetapi juga bisa melihat, mendengar, mengetahui lagi mengawasi.

Yusdeka Putra: Maaf Pak Ustadz. Apakah di dalam shalat juga boleh dilakukan hal yang sama dari pintu belakang?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Hehehe, sahabatku pak deka bersenda-gurau. Itulah cara saya dalam setiap ibadah, dalam setiap pengajian dll dari pemulaan dapat ini ilmu ini iaitu tahun 1978.

Cuma saya suka tutup Pintu Depan supaya tiada gangguan

Yusdeka Putra: Makasih Pak ustadz… paham… alhamdulillah…


CatatanArtikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

3 Responses

  1. Abdul Zaky says:

    Ustaz, rasa benjolan pada BC yg ustaz sebutkan adakah boleh juga dirasakan seperti lekukan atau seperti ruang yang terbuka?

  2. Atmaja says:

    Assalamualaikum.. Ustadz dan Rekan2 yamas..
    Saya ingin berbagi pengalaman saya untuk dikoreksi apakah betul pandangan saya ini..
    Dari bermula saya browsing.. Ketemulah dengan tulisan2 pak deka.. Saya tertarik dengan ilmu yg terkandung didalamnya.. Saya ikuti.. Dari pak deka mengikuti ustadz ***, sampai dengan sekarang berubah mengikuti pandangan ustadz TH 1.. 🙂
    dari situ saya pun mengikuti pelajaran yg dibawa ustadz TH 1.. bermula dari video syarahan yg disemarang.. Lanjut ke video yg 12.. lanjut seterusnya.. Melalui youtube..
    Saya merasa senang sekali mendapatkan ilmu yg seperti ustadz bilang seperti “berlian”.. 🙂
    Dalam perjalanan waktu,, saya latih apa yg diajar oleh ustadz.. Hingga sekarang..
    Dan keadaan saya yg sekarang.. Apabila sedang naik/ingat.. Saya merasa apa yg sedang saya kerjakan dari pintu depan itu seperti berjalan sendiri (otomatis). Tanpa berfikir.. Walau saya sedang berkendara naik motor.. Menghitung.. Berjalan.. Bekerja.. Dan lain lain.. Kesemua itu seperti otomatis.. Dan keadaan ingat Allah tetap ada..
    Sepertinya dalam hati mengatakan “lho ini ko raga seperti bergerak sendiri.. “.. Dan pada saat itu saya hanya fokuskan pada ingatan kepada Allah swt. Saya biarkan raga bergerak sendiri..
    Disitu saya ” berhenti”.. Maknanya yaitu “saya berhenti dalam kesadaran bahwa saya hanya sedang mengingati Allah saja, tidak yg lain”.. sedangkan pintu luar saya tidak hiraukan, berjalan otomatis aja..
    Nah, dalam keadaan itu,, saya seperti masih wujud.. Yaitu saya merasa diri ini yg mengingati Allah..
    Dan mengenai “mengenal af’alnya”.. Disitu saya nafikan kewujudan diri.. Yg mengingat hakekatnya adalah zat dia sendiri..
    Dari Kesemua itu apakah sudah benar pandangan saya itu?? Mohon diluruskan pandangan saya apabila keliru..
    Saya teringat video syarahan ustadz tentang gajah..
    Gajah asli tdk ada telinga, ekor dan lain2..
    Dan bagaimana cara ” ekor” beribadah.. Yaitu dengan menafikan yg lain (telinga, belalai, dan lain2).
    Berarti “ekor” masih wujud atau bagaimana ustadz??
    Oh iya.. Diam diam saya juga mengikuti tulisan bang *** :)..
    Salam rindu saya untuk ustadz TH 1.. dan sahabat semua.. Walau belum pernah berjumpa.. Namun entah mengapa hati ini seperti merasakan dekat.. Dan rindu.. 🙂
    Assalamualaikum..

    • YAMAS says:

      Ustadz Hussien Abd Latiff : Selagi anda belum bisa menafikan kewujudan anda maka selagi itu pandangan anda melihat dua kewujudan dan bermasalah. Ingat firmanNya bahawa hendaklah kita binasakan (nafikan) segala kewujudan baru yang tinggal dzat (hakikat segala ciotaan).
      Selagi anda kenampakkan akan kewujudan diri anda maka perjalanan anda dalam dunia makrifat ini masih jauh. Kerana Imam Ghazali sendiri ada berkata bahawa kalau kamu kenal Tuhanmu dan kenal akan dirimu maka sudah tentu kamu tahu kamu tidak wujud. Inilah yg perlu dicapai dalam perjalanan ilmu ini.


      Admin : Pak Atmaja, salam kenal dan salam persahabatan. Terimakasih sudah berkunjung, semoga bermanfaat. Jika ada kesempatan, semoga bisa datang ke seminar langsung dan bertemu Ustadz. Mengenai pertanyaan di paragraf terakhir, mengenai gajah beribadah dengan diri yang masih wujud, itu maksudnya adalah “hidup macam biasa”, ini contohnya pertanyaan yang terkait dengan pertanyaan pak Atmaja http://yamasindonesia.org/qa-sholat-pakai-pintu-depan-roc-pakai-pintu-belakang/

      Salam

Leave a Reply to Abdul Zaky Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *