Q&A: APA TANDANYA KALAU SUDAH TAK WUJUD?

 

Mokhtarjait DS: Assalamulaikum wbr YBhg Ustaz. Terima kasih atas pencerahan…dan mengukuhkan kekata “ KITA TIDAK WUJUD”

Ajariff : Assalamualaikum ayah yang tercinta..anak ada persoalan yang ingin nanya…bagaimana kita hendak tahu rasa tidak wujud diri udah betul-betul mantap dalam dunia ketuhanan kita. Terima kasih ayah dan sobat-sobat di YAMAS…

Ustadz Hussien Abd Latiff: Kalau tidak wujud maka tidak bisa buka mulut (bertanya). Seperti 2 orang pendaki gunung. Kedua-duanya mempunyai tali yang mengikat mereka berdua. Maka dalam mendaki sebuah gunung tali itu terkena batu tajam maka pendeki yg di bawah jatuh dan tersangkut di atas sebuah pohon yg tumbuh di curam gunung itu. Pendaki di atas dengan lekas sampai ke atas lalu berteriak, ” Abu, kamu OK?”. 

Abu menjawab, “kedua tangan dan kaki udah patah dan badanku tersangkut atas pohon ini.”

Rakannya yg ada di atas berkata,”OK, gigit tali ini kuat-kuat dan aku akan tarik kamu ke atas.”

Maka diturunkan tali dan apabila dia merasakan gigitan Abu ke tali itu dia pun mulai menarik Abu keatas. Sesudah lama ia menarik dan tidak mendengar apa-apa dari Abu, maka rakannya berkata, “Abu kau OK?”

dan Abu menjawab,”Ok!”🤣😂🤩😎

Iktibarnya kalau tidak wujud mana bisa bertanya?

Mokhtarjait DS: 😆hidup macam biasa ya Ustaz

Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar, seperti pak pandir berkata:
Ada mata tengok
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Tepok tangan
Buat tak tahu

Anakku, sekarang Ayah mahu mencerita pula pasal “kita tidak wujud” dan “hidup macam biasa” kalau tidak akan jadi masalah dengan pertanyaan,”Kalau kita tidak wujud macam mana nak hidup macam biasa?”

A. “Kita tidak wujud” adalah satu kefahaman yang bangkit dari ilmu yang bersangkutpaut dengan Keredhaan. Kefahaman dari ilmu yg berkait dengan Keredhaan bisa kita urutkan sebegini:

1. Dia yg Zahir & Batin. Boleh kita contohkan dengan Kayu yg bersembunyi disebalik rupa Meja atau Plastik yg bersembunyi disebalik rupa Botol atau Kaca yg bersembunyi disebalik rupa cawan atau Dzat yg bersembunyi disebalik rupa Ciptaan.Justeru, kesemua lakonan Meja sebenarnya adalah lakonan Kayu. Semua lakonan Botol adalah sebenarnya lakonan Plastik. Semua lakonan Cawan adalah sebenarnya lakonan Kaca. Begitu juga semua lakonan Ciptaan adalah sebenarnya lokonan Dzat. Ini semua kita bisa merumus sebagai Pandangan Hakikat (PH).

Justeru itu, dengan PH, kita sedar bahawa sebenarnya Hakikat berupa atau bersifat kerana mahu menyembunyikan Kewujudannya. Ini sesungguhnya benar dengan Dzat kerana kalau ia tidak bersembunyi dalam rupa sifat maka siapa sahaja terpandangnya akan binasa. Ia seolah-olah Lobang Hitam (Black Hole) yg digeruni [ditakuti] kesemua Astronot disebabkan Lobang ini menyedut apa jua yg melintas di depannya sehingga cahaya juga ngak bisa elak dari disedutnya.

Sesudah kita sedar melalui PH maka datanglah kefahaman sejati bahawa :

(i) Sifat itu adalah sebenarnya Hakikat bersembunyi dalam rupa bentuk spt Kayu bersembunyi dalam bentuk Meja.

(ii) Apabila kita sedar bahawa kesemua Sifat ini adalah sebenarnya Dzat bersembunyi dalam keadaan rupa maka kita fahamlah rupa atau Sifat itu sebenarnya tidak wujud. Justeru, Meja (Sifat) tidak wujud, yg wujud ialah Kayu (Hakikat). Botol tidak wujud, yg wujud ialah Plastik. Cawan tidak wujud yg wujud Kaca. Ciptaan tidak wujud yg wujud adalah Dzat.

(iii) Dengan kefahaman (ii) di atas ini maka sedarlah kita semua lakonan Sifat adalah sebenarnya lakonan Dzat kerana Sifat adalah rupa atau sifat yg dipakai oleh Dzat spt plasticine merupakan dirinya seekor gajah.

(iv) Dengan Kesedaran ini maka datang pertanyaan adakah Dzat bertindak bebas. Jawapannya, tidak benar. DzatNya berlakon mengikut rentak yg terdapat di LM. Contoh, manusia (Sifat) disebaliknya adalah Dzat (Hakikat). Maka apabila turun arahan Ilahi dari LM ke Minda manusia (wadah/receptacle) maka Dzat akan lakonkan akan arahan ini tanpa gagal (without failed). Maka fahamlah kita bahawa manusia berlakon atau “menari” mengikut rentak di LM.

(v) Sesudah kita faham yg kita sebenar-benarnya tidak wujud maka hendaklah kita simpan ilmu ini dalam Minda kita dan Pasrah. Pasrah adalah Penyerahan sepenuhnya tanpa rungutan atau ada bankangan. Maksudnya, jangan ada sedikit pun keraguan bahawa semua yg kita lihat atau alami adalah lakonan Dzat mengikut rentak dari LM. Kita juga pasrah kerana kita tahu bahawa kerana kita tidak wujud maka kita tidak ada sedikit pun campurtangan dalam tarian Dzat mengikut rentak LM. Apa jua hendaklah kita berkata, “Inna lillahi wainna ilaihi rajiun” iaitu kesemua adalah DzatNya dan KepunyaanNya yg mutlak justeru Dia bisa berbuat apa jua ke atas HakNya.

Sekali lagi, “Kita tidak wujud” adalah Kefahaman yg kita faham menerusi ilmu dan yg dipegang dengan haqqul yakin serta tiada berbelah bagi.

B. Hidup macam biasa makna menjalankan hidup kita seperti manusia biasa cuma di dalam Minda kita, kita faham dengan haqqul yakin dan tidak berbelah bagi bahawa kesemua tindak-tanduk atau lakonan kita itu adalah lakonan DzatNya mengikut arahan dari LM yg tidak dapat dielakkan.

Contoh, (a) Kamu terima bahagian lumayan dari harta pusaka yg diagihkan. Dengan wang itu kamu beli rumah kedai di Mall atau Shopping Komplek justeru itu, kamu dapat meraikan wang sewa yg lumayan dari penyewa-penyewa setiap bulan. (b) Kamu mahu jadi Peninju yg masyhur dan berlatih dengan kesungguhan. (c) Kamu mahu jadi doktor maka kamu daftar di Universiti untuk kuliah ini.(c) Kamu mahu berhenti hisap rokok namun ngak bisa dan masih lagi mengisap rokok. (d) Kamu suka sangat menyanyi maka kamu masuk bermacam peraduan menyanyi. (e) Kamu buka gerai makan dan kamu “jatuh-bangun” dalam perniagaan kamu.

Apa yg hendak disampaikan ialah hiduplah seperti biasa seperti (a) – (e) dan di dalam lain-lain keadaan lagi namun tetap di Minda kalian, kalian faham semua lakonan kalian adalah lakonan DzatNya dan semua lakonan kalian udah tercatat di LM.

Sesudah itu hendaklah Diam serta berpasrah iaitu redha dengan Nasib atau Takdir kalian lalu Istiqamah.

Harap prihatin walaupun kalian bisa terima semua adalah kelakonan Dzat mengikut rentak LM tetapi kalian tidak boleh menyatakan.

Ini sesuai dengan firmanNya, “Bagaimana mereka memikirkan dan menetapkan, celakalah mereka!” justeru kalian ngak bisa berkata bahawa kalian membunuh seseorang itu kerana ini udah dicatat dalam LM.

Kerana itu Rasulullah saw diam apabila dituduh membunuh umat baginda semasa perang Uhud sehingga Allah swt menurunkan firmanNya bahawa Dia-lah yg membunuh dan bukan Muhammad

Yusdeka Putra: Terima kasih Pak ustadz. Amat indah kepahaman ini. Sudah tahu tapi tidak boleh ucap bahwa ini sudah tercatat di LM. Kalau masih ucap berarti masih wujud lagi.

Mbak Sri Puji Astuti: Alhamdulillah…terimakasih banyak Ustadz…InsyaAllah makin mantap.

Sahry Ramadhan: Terima kasih banyak ustad, menambahkan contoh2 Tidak Wujud, dan Hidup Seperti biasa, sehingga lebih paham maknanya. Sebagaimana kemampuan kita melaksanakan ibadah2 malam ini, tidak lain semuanya adalah lakonan Dzat Nya yg sedikit mengikuti komando dan rentak dari LM.

Mohd Zainothman: Alhamdulillah jutaan terima ustaz terhadap tazkirah ustaz pada pagi ini. Mudah2an akan menambah mantapkan lagi pegangan saya, terima kasih.

Ifrikiya Gibran: Alhamdulillah terima kasih banyak Ustadz..makin paham .insyaALlah selalu teringat syarahan dari Ustadz.. ‘kalo cakap, batal!’.. 🙏🙏🙏🙏


Artikel Terkait :


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. Amrizal says:

    Allahu yaa kariim

Leave a Reply to Amrizal Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *