PESAN BA’DA RAMADHAN

 

Ustadz Hussien Abd Latiff: Aslkm anak-anak ayah. Masih dalam bulan syawal maka ayah ucapkan Selamat Hari Raya serta maaf zahir dan batin.
Anakku ingat pesanan ayah ini bahawa tiada yg lebih nikmat dari hidup sebegini :
1. Siang berpuasa (melainkan 5 hari yg diharamkan) dan malam beribadah. Harithah (ra) seorang sahabat berpuasa di waktu siang dan beribadah di waktu malam sehingga beliau merasa seolah-olah melihat Arasy Allah swt terkeluar dari langit. Apabila Rasulullah saw mengetahui tentang ini baginda bersabda bahawa Harithah udah mengenali keimanan maka hendaklah ia istiqamah sentiasa.
2. Mencuri-curi masa [menyempatkan waktu] membaca al Quran. Bawa bersama anda al Quran sama ada senaskah atau dalam handphone atau laptop dan bila sahaja ada masa bacalah al Quran walaupun satu perengan.
3. Sentiasa ingat Allah swt (Dzikrullah) dalam apa jua keadaan. Ini juga dapat mengosongkan minda dari segala jua gejala-gejala yang tidak sihat juga dari hasad-dengki.
4. Hendaklah kalian hidup seperti biasa serta usaha mencari nafkah atau rezeki yang halal.

Itu sahaja nasihat ayah pada masa ini sehingga bersua lagi, salam rindu dari ayah untuk kalian semua anak-anak ayah.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

2 Responses

  1. Anita taresianah Taresianah says:

    Saya ingin sekali bertemu dengan Ayah kapan yah Ayah seminar dijakarta saya butuh sekali bimbingan ayah

Leave a Reply to Anita taresianah Taresianah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *