PERUMPAMAAN CAHAYA ALLAH (LUBANG YANG TAK TEMBUS)

Anakku, Allah swt ada berfirman, “Allah cahaya langit dan bumi, perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar, pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara.. ”

Apabila Allah swt berfirman,”Kun” maka terjadi secara SERENTAK: 1.Lobang yang tidak tembus,
2. Kaca yg bercahaya dan
3. Pelita Besar.

Anakku, apabila dikatakan SERENTAK maka ini tersirat dua perkara iaitu:

1. Tiada Masa.
2. Tiada Ruang.

Kerana tiada Masa ketiga-tiga Lobang, Kaca & Pelita terzahir serta merta.

Kerana tiada Ruang maka ketiga-tiga itu padat. Lobang itu menyalut padat Kaca dan Kaca menyalut padat Pelita. Contoh:
Satu Buih (dalam Lautan) dalamnya ada lapisan (berwarna) Kaca tersalut padat dan Lapisan Kaca itu pula menyalut padat lapisan (berupa) Pelita.

Maka apabila Allah swt berfirman,”Kun”  sebahagian Halus daripada DiriNya terzahir menjadi Dzat dan Dzat terzahir menjadi Loh Mahfuz.

Kerana tiada Masa dan Ruang maka apabila Allah swt berfirman,”Kun” maka SERENTAK terzahir Lobang yg tidak tembus (Yang Maha Halus) dan serentak itu terzahir daripada Lobang (Yang Maha Halus) itu Kaca yang bercahaya (Dzat) dan daripada Kaca ini terzahir Pelita Besar (Loh Mahfuz).

Kerana tiada Masa dan Ruang maka terzahir bukan terjadi atau tercipta.

Maka apabila Allah swt berfirman,”Kun” maka sedikit DiriNya (Yang Maha Halus) terzahir menjadi Dzat dan Dzat terzahir menjadi Loh Mahfuz. Maka Sifat itu Loh Mahfuz, Hakikat itu Dzat dan Makrifat itu Yang Maha Halus.

Maka apabila Kita nafikan Sifat (LM), terserlah Dzat dan apabila Kita nafikan Dzat terserlah Yang Maha Halus.

Anakku, selain dari yg Maha Halus, Dzat dan Loh Mahfuz adalah ciptaan. Justeru itu, Kalian bisa nafikan Dzat dan Loh Mahfuz namun Kalian ngak dibenarkan menafikan Yang Maha Halus. Ini Garis Merah yg mesti diingati.

Semoga Anakku,  bertambah kefahaman Kalian dengan kali ini nambahnya kefahaman berkenaan “tiada Ruang” selain daripada tiada Masa, aamin Ya Rabbil alamin!



Anakku, kerana tiada Masa dan Ruang apabila Allah swt berfirman,”Kun” maka yang dikatakan lobang tidak tembus sebenarnya sesuatu yg padat dengan Dzat dan Loh Mahfuz. Kerana kalau ada lobang bererti udah ada Ruang dan Masa.

Ada Ruang bererti ada saiz atau besarnya lobang itu. Ada Masa bererti ukuran waktu dari satu sudut Ruang itu kepada sudutnya yg lain. Maka apabila dikatakan lobang itu padat bererti tiada Ruang dan Masa.

Penerangan di atas ini untuk menangkis pandangan bahawa apabila Allah swt berfirman, “Kun” maka terzahir Lobang yg tidak tembus sebelum adanya Dzat. Dengan itu juga udah ada Ruang dan Masa. Ini juga bererti Lobang itu, Ruang dan Masa adalah ciptaan yang awal justeru itu Dzat bukanlah ciptaan yg Awal dan bukanlah Wajibul Wujud kepada ketiga-tiga itu (Lobang, Ruang dan Masa).

Maka apabila Allah swt berfirman,”Kun” serentak terzahir Lobang yg tidak tembus tapi padat atau berisi penuh dengan Dzat dan Loh Mahfuz.

Contoh, serentak terjadi Buih yg padat dalam Lautan. Kerana Buih itu padat maka tidaklah ia menjadi lobang yg kosong.

Maka apabila Kita nafi dan isbat Kita hanya Nafikan ciptaan dan Dzat dan isbatkan Yang Maha Halus. Jangan Kita Nafikan ciptaan Lepas itu Dzat Lepas itu Lobang, Ruang dan Masa sebelum isbatkan Yang Maha Halus. Ingat tiada Lobang (kerana padatnya) dan tiada Ruang serta Masa kerana semua terzahir serentak.

Harap anakku tidak pusing untuk memahami apa yg Ayah mahu sampaikan. Semoga berjumpa lagi, fiamanillah.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. Adi says:

    Saya ulang” Baca masih blum paham masalah ini, 😭ya Allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *