PERKEMBANGAN ILMU

Anakku yang disayangi lagi dirindui.

Rasulullah saw menyampaikan apa jua yang diwahyukan kepada baginda oleh Allah swt. Ini jelas dalam Ayat-ayat berikut:

Jika mereka tetap berpaling, maka sesungguhnya kewajipan yang dibebankan atasmu (Muhammad) hanyalah menyampaikan dengan terang.

An Nahl (16):82.

Justeru jelaslah, Allah swt yang mengajar dan membimbing Rasulullah saw di dalam dakwah baginda. Ini jelas dalam Ayat-ayat berikut:

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Al Alaq (96):3-5

Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.

Al Baqarah (2):239

Maka ilmu yang disampaikan oleh Rasulullah saw kepada ummah baginda bisa berubah kerana diubah oleh Allah swt untuk kesejahteraan, kebaikan, ilmu dan kelengkapan ummah di Hari Muka. Ini jelas dalam Ayat-ayat berikut:

Ayat mana saja yang Kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tiadakah kamu mengetahui bahwa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?

Al Baqarah(2):106

Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi,Yang menciptakan dan menyempurnakan dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya.

Al Alaa (87):2-3

Ini bisa dilihat dalam contoh pengharaman meminum Arak. Tiga Ayat-ayat diwahyukan sebelum Arak menjadi haram:

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya”.

Al Baqarah(2):219

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan

An Nisa (4):43

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Al Maidah(5):90

Begitu juga dengan diri Ayahmu, apa yang diilhamkan, itulah yang Ayah sampaikan kerana ini bukan pengajian Ayahmu. Pengajian Ayahmu adalah dalam Undang-Undang yang Ayahmu pelajari di Universitas-Universitas di London dan Malaysia. Mereka yang dekat dengan Ayah juga tahu bahawa dahulu beberapkali Ayah menyiapkan sendiri Tazkirah yang hendak disampaikan kerana tidak sabar menunggu ilham turun. Tetapi semua itu terpaksa dirombah habis apabila turunnya ilham berhubung dengan Tazkirah itu. Dengan peristiwa ini, Ayahmu tidak lagi ulangi kesilapan ini.

Maka ilmu yang Ayah sampaikan berubah dengan masa kerana diubahkan oleh ilham yang turun namun untuk kesejahteraan, kebaikan, ilmu dan kesejahteraan kita semua. Contoh:

1. Pada permulaan, berkenaan Dzat. Dalam Al Quran terjemahan Negara Saudi Arabia tertulis:

(Dzat) yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu maka sembahlah Dia.

Yunos (10):3.

Maka (Dzat) yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu yang sebenarnya, maka tidak ada sesudah itu melainkan kesesatan.

Yunos (10):33.

Dengan masa, maka diperbetulkan kesilapan ini kerana Allah swt TIDAK BERDZAT dan juga dengan kefahaman bahawa Dzat sebenarynya adalah CIPTAAN yang wajibul wujud untuk semua ciptaan yang mungkinul wujud. Seterusnya, difahamkan lagi bahawa Dzat adalah penzahiran yang Maha Halus dan tiada selepas itu melainkan kesesatan.

2. Dahulu perkataan, “Setotit-tot” dipakai untuk menjelaskan hanya sebahagian kecil Diri Allah swt menjadi unsur kepada kesemua ciptaan termasuk ruang dan masa. Dengan masa, kefahaman ini diperjelaskan lagi bahawa “Setotit-tot” itu adalah “Wajah” yang halus yang terbit apabila Allah swt berfirman,”Kun” yang seperti “Lobang yang tidak tembus”. Justeru jelaslah bahawa wajah yang halus inilah yang Maha Halus.

Dan tetap kekal WAJAH Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Ar Rahman (55):27

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu menghadap di situ ada wajah Allah.

Al Baqarah (2):115

Seperti sebuah lubang yang tak tembus.

An Nur(24):35

Dia Maha Halus

Al Mulk (67):14

3. Suatu Ketika, kerana banyaknya perkataan, “Kun” dalam Al Quran maka dipercayai bahawa Allah swt berfirman,”Kun” banyak kali. Namun sesesudah memahami akan KebesaranNya maka kefahaman in diubah kepada hanya Satu “Kun”. Ini juga diperjelaskan oleh Ayat-ayat berikut:

Segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Loh Mahfuz):

Yasin (36):12.

Tidaklah Kami alpakan sesuatupun di dalam al Kitab:

Al Anaam (6):38.

Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata Loh Mahfuz.

Yunus (10):61; Al Qamar (54):52-53.

Perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi agar kamu mengetahui bahwasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

At Talak (65): 12.

4. Juga pada suatu ketika, dipercayai bahawa Jiwa-Jiwa di dalam Alam Bazakh dapat melihat ke Alam Dunia dan melihat penghuni-penghuninya sekali serta menyedari hidup di dunia hanyalah sandiwara yang terberhenti dengan kematian kita. Nanum demi masa, ini juga berubah sesudah diilhamkan kepada Ayat-ayat ini:

Sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Al Mukminun (23):100

Dari Ayat ini jelas bahawa Jiwa kita akan menetap di Alam Bazakh sehingga Hari Kebangkitan.

Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu.

Al Anaam (6):94

Dari Ayat ini jelas bahawa apa jua yang bersangkutan dengan Alam Dunia kita akan tinggalkan kesemuanya semasa Jiwa kita masuk ke Alam Bazakh. Ini termasuk memori atau ingatan. Justeru apa jua peristiwa yang berlaku di Alam Dunia tidak berlanjutan di Alam Bazakh. Dengan ini tidak akan ada perpanjangan permusuhan, peperangan, keganasan, kesedihan dan lain-lain lagi.

Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan.

Al Anaam (6):94

Ayat ini juga menjelaskan bahawa kesemua perkara yang berhubungkait dengan Alam Dunia kita tinggalkan (di Dunia) apabila sahaja Jiwa kita masuk dan menetap di Alam Bazakh sehingga Hari Kebangkitan.

Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka. Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu.

Al Isra (17):13-14

Tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya.

Al Israa (17):13.

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kita akan melihat sendiri sesudah kita dibangkitkan akan Kitab Amal kita. “Sebuah Kitab yang dijumpai terbuka”, pada himah saya ini adalah seperti sebuah Video yang buat kita menyedari bahawa memang benar hidup di Dunia hanyalah satu sandiwara Ilahi.

Tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda gurau belaka.

Al Anaam (6):32.

Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau.

Al Ankabut (29):64

Semoga penerangan di atas ini dapat menyirnakan kemuskilan yang ada di dalam Minda kalian. Ayahmu hanyalah manusia biasa yang diberi tugasan menyampaikan ilmu ini seperti yang diilhamkan. Makasih semua anakku.

 

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

2 Responses

  1. ami candra gunawan says:

    ALHAMDULILLAH…terima kaseh ustaz…

  2. ami candra gunawan says:

    ALHAMDULILLAH terimakasih ustaz…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *