MASA DAN GAMBAR
Anakku yg di sayangi lagi dirindui. Ini hari Ayahmu mahu menyentuh berkenaan “Masa & Gambar 1”
Rasulullah saw semasa menjalankan Miraj melihat ahli-ahli Syurga dan Neraka.
Kerana Hari kiamat, Hari kebangkitan dan Hari Hisab belum berlaku maka bagaimana udah ada penghuni Neraka dan Syurga? Justeru itu, apa yang dilihat oleh Rasulullah saw adalah suatu gambaran. Gambaran seperti mengikut Sains satu Hologram, atau Animasi atau “Virtual Really”?
Neraka & Syurga adalah perkara-perkara dalam Fasa ke 6. Bisa ngak sesuatu lukisan atau gambaran yg berada dalam gamabaran Fasa ke 3 (Rasulullah saw dalam Fasa ini) memisahkan serta melepaskan dirinya dari Petak Masa Fasa ke 3 lalu menembusi atau merintasi Petak Masa Fasa ke 4 dan ke 5 lalu masuk ke Petak Masa Fasa ke 6 dan sesudah itu, gambaran itu kembali semula ke Masa Fasa ke 3 seperti keadaan Miraj?
Kalau sebenarnya Rasulullah saw melihat gambaran Ahli Syurga dan Neraka, maka sebenarnyalah semua yg wujud ini termasuk diri Kita ini adalah sebuah gambaran. Justeru itu, Loh Mahfuz atau Pelan Induk Ilahi adalah tidak lain hanya suatu gambaran? Allah swt berfirman bahawa semua yg berlaku udah Dia suratkan dalam Pelan Induk Loh Mahfuz sebelum perkara itu berlaku. Maka apa yg udah tersurat di dalam Loh Mahfuz dari Masa ke Masa akan berlaku atau tercipta. Seperti Hari Esok (tersurat dalam Loh Mahfuz) tercipta apabila menjadi Hari ini.
Kalau Loh Mahfuz sebenarnya adalah satu gambaran dalam suatu Petak Masa maka apakah yang kita lihat di hadapan Kita ini adalah sebenarnya sesuatu permukaan yang rata (flat). Justeru ada saintis berpendapat Dunia ini rata (flat). Namun ada juga saintis mempertikaikan ini kerana kalau rata mengapa ada Ruang dan Masa?
Insya-Allah akan dikupas mendalam perkara-perkara yg tersebut di atas di tazkirah akan datang, sabar ya… Anakku, fiamanillah.
Anakku, bersambung Kita, kini Masa & Gambar 2.
Apabila Allah swt berfirman,”Kun!” maka terzahirlah sesuatu cahaya atau *wajah” yg dinamakan Dzat. Dari Dzat ini terzahirlah Loh Mahfuz, Pelan Induk Ilahi untuk kesemua ciptaanNya termasuk Ruang dan Masa.
Yang terzahir daripada Dzat adalah Sifat. Justeru, Dzat menjadi Hakikat yg meliputi Sifat. Dzat Hakikat pula terzahir daripada sedikit DiriNya ataupun yang Maha Halus dan Maha Haluslah yang meliputi Dzat itu.
Kesimpulannya, Sifat diliputi oleh Dzat dan Dzat diliputi oleh Yang Maha Halus (sedikit DiriNya)
Kalau Kalian lihat dari sudut ini maka ciptaan yg permulaan ialah perkataan, “Kun!”. Ini yg ditegaskan oleh penganut Kristian yg menyatakan bahawa permulaan adalah perkataan, “Kun!” (“Be!”). Perkataan itu dengan Tuhan dan perkataan itu juga Tuhan (atau sebahagian Tuhan). Kalau Kita menerima ini maka Awal ciptaan adalah perkataan, “Kun!” bukan Dzat justeru itu Dzat ngak bisa menjadi Awal ciptaan atau Wajibul wujud kepada kesemua ciptaan (termasuk perkataan).
Kalau Kalian berfahaman bahawa setelah Allah swt berfirman, “Kun!” maka terzahirlah wajah atau Dzat yg menjadi unsur atau Wajibul wujud kepada kesemua ciptaan. Kefahaman ini juga menunjukkan Firman,”Kun!” dahulu baru datangnya Dzat. Justeru, perkataan,”Kun!” mendahului Dzat. Maka bagaimana Dzat itu ciptaan yg Awal dan menjadi Wajibul wujud.
Anakku, pada masa Allah swt berfirman,”Kun!” pada masa itu tidak ada MASA. Maka Sayidina Ali ra, berkata bahawa kesemua terjadi serantak iaitu Dzat, Loh Mahfuz dan Perkataan (“Kun”) tercipta serantak. Walaupun begitu, tetap Dzat meliputi Sifat (Loh Mahfuz) dan Yang Maha Halus meliputi Dzat.
Juga Jelas Dzat yg meliputi Sifat (Loh Mahfuz) berada di luar Loh Mahfuz. Dan Yang Maha Halus yg meliputi Dzat berada di luar Loh Mahfuz dan Dzat. Maka apabila binasanya Sifat maka yang tinggal adalah Dzat Dan apabila binasanya Dzat yg tinggal hanyalah Yang Maha Halus maka Allah swt bersendiri lagi. Dengan ini anakku, kerana Perkataan,”Kun!” adalah ciptaan maka tempatnya ialah dalam Loh Mahfuz bukan dengan Dzat atau dengan Yang Maha Halus. Ini bisa disaksikan pada peristiwa Nabi Musa (as) berkata-kata dengan Allah swt dekat Bukit Thursina atau Rasulullah saw berkata-kata dengan Allah swt semasa Miraj. Peristiwa itu membuktikan Perkataan itu tempatnya adalah di dalam Loh Mahfuz.
Maka apabila dikatakan Gambaran ini merujuk kepada Loh Mahfuz dan tidak termasuk Dzat dan Yg Maha Halus.
Di sini dahul anakku sehingga berjumpa di lain lambaran, Insya-Allah, Fiamanillah anakku?
Anakku, Kita sambung dengan tazkirah “Masa & Gambar 3”
Kalian udah ketahui bahawa yg meliputi Sifat adalah Dzat dan yg meliputi Dzat adalah yg Maha Halus (DiriNya yg sedikit).
Kalau kalian lihat Surah An Nur (24):35, maka:
1. “Lobang yg tidak tembus” ataupun Bekas (Niche) merujuk kpd yg Maha Halus lagi Meliputi.
2. Dalam lobang itu ada Pelita. Ini merujuk kpd (terzahirnya) “Wajah” atau “Cahaya” atau Dzat.
3. Dalam Pelita itu ada (terzahirnya) Kaca yg berkelipan seperti bintang-bintang. Ini merujuk kpd Loh Mahfuz. Hanya dalam Loh Mahfuz sahaja ada pergerakan (berkelip-kelipan).
4. Cahaya di atas cahaya merujuk kpd 70 puluh Tirai Nur.
Susunannya –
Maha Halus} Dzat} Loh Mahfuz.
( } = Meliputi ) the
Apabila binasa Loh Mahfuz maka yg tinggal ialah Dzat. Inilah setotit tot yg diliputi Yg Maha Halus.
(Maha Halus}Dzat)
Seperti di sebutkan oleh Rasulullah saw hanya selaput Dzat dan seperti bulan mengambang di waktu malam yg gelap, Allah lebih besar dari itu.
Apabila binasa Dzat maka tinggallah yg Maha Halus.
(Maha Halus { Dzat { Loh Mahfuz )
( { = Binasa. )
Maka Gambar merujuk kepada Kaca yang berkelip-kelipan ataupun Loh Mahfuz.
Apabila Allah swt berfirman,”Kun!” Kerana tiada Masa maka serentak terjadinya Pelan Induk Ilahi atau Loh Mahfuz. Susunannya:
1. 70 Tirai Nur (yg memagari Loh Mahfuz)
2. Arasy (di bawah Tirai Nur) di sokong oleh 8 Malaikat.
3. Air (di bawah Arasy) . Dipercayai Air berupa Wap (Vapours)
4. Sidratul Muntaha. Tempat Pentadbiran Ilahi. di bawah Air.
5. 7 lapisan Langit. Lapisan pertama yg dibawah sekali.
6. Kursi Allah swt di bawah langit Pertama. Di sini banyak batu-batu (meteorites belt)
tempat Malaikat dari Langit Pertama duduk dan berbincang berkenaan arahan dari Sidratul Muntaha. Di sini tempatnya syaitan mengintip-ngintip untuk mencari maklumat lalu di lempar dengan Halilintar.
7. Angkasa Lepas Dunia yg mengandungi sistem solar serta planet. bumi-bumi.dll.
8. Kehidupan kesemua ciptaan
9. Kiamat Pertama
10. Hari Kebangkitan
11. Hidup dalam Syurga.
12. Kiamat Kedua.
Semua ini serentak udah tersurat dalam Loh Mahfuz. Seperti sebuah Filem, semua itu berada dalam Filem sebelum di hidupkan atau dimainkan.
Insya-Allah akan disambung lagi anakku. Fiamanillah!
Anakku, Kita sambung dengan tazkirah, “Masa & Gambar 4”.
Sesudah Allah swt menyiapkan Pelan IndukNya (Loh Mahfuz) maka Dia jadikan Masa dalam 2 peringkat:
1. Peringkat pertama – Masa diturunkan kepada Pembinaan infrastruktur 7 Lapisan Langit dan Angkasa Bumi serta kelengkapan yg diperlukan. Masanya ialah 8 Masa. Mengikut pengiraan Sains bahawa 1 Masa adalah persamaan 2 biliun Tahun. Justeru itu, pembinaan infrastruktur tersebut memakan masa 16 biliun tahun.
Harap prihatin bahawa Masa 16 biliun tahun ini tidak merangkumi Sidratul Muntaha, Air, Arasy dan Tirai Nur.
2. Peringkat kedua – sesudah 8 Masa itu tercapai Maka Allah swt memberi UMUR kepada infrastruktur itu iaitu 6 Masa ataupun 12 biliun Tahun. Sekarang udah berlalu 4.6 biliun tahun iaitu awal Masa 3.
Prihatin juga Umur yg diberikan tidak merangkumi Tirai Nur, Arasy, Air dan Sidratul Muntaha. Justeru itu, Allah swt berfirman bahawa masa 1 Hari perjalanan Malaikat Naik ke Sidratul Muntaha seperti 50 ribu tahun. Firman ini menggunakan kiasan kerana Masa (infrastruktur & Umur) tidak merangkumi Sidratul Muntaha dll.
Pada umur infrastruktur 10 biliun tahun, Matahari akan gering justeru terjadi Kiamat pertama di mana habis ranap kesemua infrastruktur.
Insya-Allah akan bersambung anakku, fiamanillah!!
Anakku, Kita sambung tazkirah berkenaan, “Masa & Gambar 5”
Maka dalam Masa ke 5, terjadi Kiamat pertama di mana kesemua infrastruktur musnah. Namun Sidratul Muntaha, Air, Arasy dan Tirai Nur tidak hancur kerana berada di luar Masa.
Kerana kesemua infrastruktur binasa, ini juga bermakna Dunia yg Kita diami juga hancur sekali.kerana itu Kita di bangkit di Yaumul (Padang) Mahsyar yg berada di bumi yg lain lagi baru.
Maka ada Hadith menyatakan pada Masa itu sinaran Matahari sangat dekat dengan Bumi Mahsyar. Dan juga Arasy akan turun dan melindungi 7 kumpulan manusia dari kepanasan Hari itu.
Prihatin ahadith di atas ini kerana beberapa kesimpulan bisa diolah iaitu:
1. Bumi Mahsyar berada di dalam sebuah sistem solar seperti Dunia Kita ini kerana bermatahari.
2. Kalau Arasy turun ke Bumi Mahsyar maka Bumi Mahsyar tidak boleh berada di bawah Sidratul Muntaha kalau tidak Sidratul Muntaha akan jadi penghalang. Maka kesimpulannya ialah Bumi Mahsyar berada di bahagian Air (Wap) yg berada di antara Arasy dan Sidratul Muntaha.
Maka kalau dilihat dari susunan di atas ini maka pada masa terjadi kiamat ke2, yang terakhir binasa ialah Malaikat-malaikat yg berada di Sidratul Muntaha termasuk Sidratul Muntaha sekali.
Insya-Allah akan disambung lagi anakku, fiamanillah.
Anakku, bersambung Kita dengan tazkirah, “Masa & Gambar 6”
Ada 3 pandangan berkenaan sesudah Kita di bangkitkan di Padang Mahsyar:
Pertama – Mereka yg dapat Kitab mereka dahulu, mereka akan masuk ke Syurga tanpa hisab.
Yang dapat Kitab dari sebelah Kanan (sesudah dihisab) mereka masuk ke Syurga
Yang mendapat Kitab mereka dari sebelah kiri (sesudah hisab) mereka masuk ke Neraka. Sesudah begitu lama di dalam Neraka, mereka akan dikeluarkan hitam birat lalu mereka dibawa ke sebuah Sungai. Maka masuklah mereka ke dalam Sungai itu dan apabila mereka keluar dari Sungai itu, wajah mereka menjadi berseri-seri lalu mereka pun dijemput masuk ke Syurga.
Iblis dan sekutu-sekutunya masuk ke Neraka Jahanam. (Tiada maaf bagi mu).
Kedua – Yang masuk Neraka (sesudah hisab), setelah beberapa lama kesemua mereka, di atas perintah Allah swt, dikeluarkan dari Neraka dan terus ke Syurga. Maka yg akhir pergi ke Syurga, Allah swt bergurau dengannya dengan melihatkan kpdnya Syurga itu udah penuh. Maka kembalilah dia kepada Allah swt mengadu akan Hal ini. Allah swt perintah dia pergi lagi kerana Syurga itu sekarang udah ada tempat kosong. Dia pergi dan dilihat Syurga itu masih penuh. Maka kembalilah dia kpd Allah swt mengadu akan Hal ini. Maka Allah swt memerintahnya untuk pergi sekali lagi kerana udah ada tempat kosong di dalam Syurga. Maka dia pergi dan masih mendapati Syurga itu penuh. Kembali dia kpd Allah swt dan mengadu akan Hal ini. Maka disuruh lagi oleh Allah swt untuk dia kembali kpd Syurga kerana udah ada tempat kosong. Lalu marahlah dia dan menuduh Allah swt mempermainkan dia. Kali ini Allah swt berjanji bahawa kalau dia pergi, dia akan mendapati ada tempat kosong di dalam Syurga. Kali ini bila dia pergi ke Syurga , dia dapati memang benar ada tempat kosong di dalam Syurga.
Selepas sahaja meriwayatkan cerita ini, Rasulullah saw gelak sehingga nama gusi baginda.
Kalau Kalian prihatin akan Hadith di atas ini, Jelas mereka keluar dari Neraka lalu terus ke Syurga. Tiada disebut berkenaan masuk ke Sungai dahulu.
Ketiga – Semua masuk Syurga kerana:
i. Hidup Dunia ini hanya suatu sandiwara (“Senda gurauan, main mainan”) Ilahi. Sandiwara ini bermula apabila Kita lahir dan ia berakhir apabila Kita wafat.
ii. Semua masuk ke Syurga (“Kampung Akhirat”) sesudah memainkan peranan masing-masing dalam Sandiwara Ilahi.
iii. Hadith yg menyatakan ada 99 Rahmat atau Kasih Sayang Allah swt menunggu Kita di Hari Kemudian dan sekiranya orang kafir tahu akan ini maka mereka tidak akan putus asa untuk masuk ke Syurga.
Untuk Iblis dan sekutu-sekutunya, menerusi Nabi Isa as, Allah swt udah memberi tawaran bahawa sekiranya mereka menyatakan, “Ya Allah, kami udah berdosa kepada Mu, maka ampunkanlah kami!”. Allah swt sedia mengampunkan mereka dan akan meletakkan mereka kembali ke posisi sebelum mereka dihalau dari Syurga.
Anakku, Insya-Allah, akan bersambung yg akan merumuskan 3 pandangan itu, aamin Ya Rabbil alamin!
Anakku, marilah Kita sambung tazkirah Kita dengan tajuk, “Masa & Gambar 7”.
Anakku, Pandangan Pertama dan Kedua adalah pandangan AS. Bagi mereka semua kesalahan mesti ada balasan atau hukumannya dan semua kebaikan mesti ada habuannya. Maka Penagih Dadah, Kaki Arak, Kaki Judi, Kaki Perempuan, Pembunuh, Perogol dan ahli-ahli maksiat yg tidak atau tidak sempat bertaubat sebelum tewas,mereka semua mesti dihukum masuk Neraka. Begitu juga yg mengumpat, mengadu domba, dengki, khianat, mulut lucah, tabiat buruk dll kelakuan yg melangar Syariah mesti masuk Neraka.
Langsung tidak terfikir atau dapat diterima oleh mereka perkara-perkara yg tersebut di atas ini tiada balasannya atau mereka ini bisa masuk Syurga,.
Bagi mereka, orang kafir atau murtad atau yg tidak menjalan ibadah yg diwajibkan mesti masuk Neraka.
Iblis dan sekutu-sekutunya tidak akan dapat keampunan dari Allah swt dan mereka pasti masuk Neraka Jahanam.
Kerana kesemua kesalahan mesti ada balasan atau hukuman maka sudah tentu mesti ada Neraka.
AS berpegang kuat kpd Al Quran dan As Sunnah maka timbullah bermacam-macam terjemahan atas Ayat-ayat dalam Al Quran atau As Sunnah. Dengan itu, timbullah ta’sub kpd mazhab-mazhab.
Kerana AS menekan kpd setiap kesalahan mesti ada hukuman maka timbul Terorisme, Radikalisme, Jihad (memerangi musuh) dll.
Justeru Dakwah Islamiah bermakna Dakwah mempromosikan Mazhab-mazhab tertentu.
Maka Agama Islam di setiap negara Islam sebenarnya ialah Agama Mazhab. Kerana Ta”sub mereka ini kpd Mazhab masing-masing maka sukar bagi mereka memikir di luar “kotak”. Justeru sukar bagi mereka untuk menerima AT serta menolak akan ilmuan.mereka.
Memberatkan lagi AS ini yg berkuasa dalam Majlis Agama atau menjadi Mufti dalam Negara-negara Islam.
Insya-Allah akan bersambung anakku, fiamanillah!
Anakku yg disayangi. Kita lanjutkan tazkirah Kita dengan tajuk, “Masa & Gambar – 8”
Dengan memegang Jabatan Agama dalam Negeri, AS menjadi sangat kuat sehingga Sultan dalam kerajaan Othmaniah dibunuh kerana tidak mahu menerima fatwa mereka iaitu senjata yg dibuat oleh negara Barat tiada dalam Al Quran dan As Sunnah, dengan itu haram untuk membuatnya. Ini menghasilkan kejatuhan kerajaan Othmaniah.
Suatu contoh akan kekuatan mereka ini ialah hingga sekarang kerajaan Saudi tidak boleh membuat senjata ala barat. Justeru itu mereka asyik membeli sehingga hari ini memperkayakan Negara G8 dengan pembelian berbiliun-biliun senjata perang. Semua ini dibayarin melalui hasil penjualan minyak mereka.
Maka anakku, janganlah Kalian melawan mereka. Hendaklah Kalian mendapatkan mereka menghormati dengan:
1. Beribadah dengan keras untuk mendekatkan diri kpd Allah swt serta untuk menundukkan nafsu.
2. Beroperasi di dalam rangkaian (parameter) Syariah.
Anakku, Ayahmu mahu ingatkan Kalian walau bagaimana AS menghormati Kalian namun sukar mereka menerima Kalian kerana;
1. AS & AT seperti air dan minyak. Sukar untuk mereka memahami Kalian kerana “Mata Kalian udah tajam” dan Kalian melihat Kebenaran. Seperti Nabi Musa (as) dan Khidir (as). Nabi Musa as mahu belajar dari Khidir as. Namun Nabi Khidir as berkata walaupun Taurat bersama mu dan juga Allah swt ada berkata-kata dengan mu namun kamu tidak akan dapat bertahan (sabar). Kenapa tidak akan dapat bertahan kerana Nabi Musa as lebih condong kpd AS tetapi Khidir as lebih kpd AT. Apabila apa yg katakan oleh Khidir as menjadi kenyataan maka Khidir as berkata kpd Musa as, bahawa di sinilah titik perpisahan di antara mereka berdua.
Anakku, dari peristiwa di atas ini Kita bisa buat kesimpulan:
1. Di antara mereka (AS) dengan Kita seolah-olah ada Sungai yg memisahkan Kita.
2. Bersendiri (seperti Khidir as) jangan ganggu mereka (AS) dengan urusan mereka.
3. Duduk Pintu Belakang (sambil Dzikrullah) tetapi Peka atas apa jua kejadian di Pintu Depan sambil menyaksikan Loh Mahfuz berjalan. Namun apa juga yg disaksikan mahulah kalian diam “seribu bahasa” dan “make don’t know” (buat tidak tahu apa-apa).
Ikut jejak langkah Awais Qarni, di Dunia tidak dikenali tetapi dikenali oleh Allah swt serta Malaikat-malaikat di Langit.
Anakku yg dirindui. Kita sambung dengan tazkirah Kita, “Masa & Gambar – 9”
Anakku, sedarilah dakwah yg dijalankan oleh AS adalah Dakwah berkait, tidak secara langsung, dengan Mazhab tertentu. Justeru itu, mereka sebenarnya bukanlah mempromosikan Islam tetapi mempromosikan Mazhab tertentu atau yg utama yg terdapat di dalam Negara mereka itu. Contoh,. Iran – Syiah, Timur tengah – Wahabi atau Salafi atau Maliki, Asia Tengah – Hambali atau Hanafi, Asia Selatan Timur – Syafii.
Kerana dakwah AS adalah mempromosikan Mazhab (yg disalut dengan perkataan “Islam”) maka natijahnya jelas, “Islamophobia” (Takut kpd Islam) di kesemua Negara Barat.
Anakku, dakwah yg di jalankan oleh 124,000 Nabi-nabi termasuk Rasul-rasul yg dihantar oleh Allah swt ialah Mengenalkan Ummah mereka kepada Allah swt dan menyembah Allah swt, Tuhan yg Satu.
Maka di sini siapakah yg dikatakan “Ulama waristul Anbiyah”? AS atau AT?
Namun anakku, pada masa sekarang ini, dakwah untuk Mengenalkan ummah kepada Allah swt udah berubah serta lebih rumit kerana Dunia Barat berpendapat:
1. Islam adalah Agama yang menganas. Contoh, terorisme, radikalisme, jihad dll
2. Tuhan agama Islam adalah Tuhan yg berkelakuan “Diabolical” iaitu ada ciri-ciri kesyaitanan. Contoh, suka menyiksa, suka membunuh, arahan-arahanNya bercanggah-canggah,
3. Tidak Adil kerana ada yg ditakdirkan lahir kafir, hidup kafir. mati kafir dan masuk Neraka.
Anakku, perhatikan siapa yg mengakibatkan terjadi perkara-perkara yg tersebut di atas ini? Adakah AS ataupun AT? Justeru itu, AS tidak berani berdakwah masuk ke tempat yg banyak orang-orang kafir kerana mereka khuatir perkara-perkara tersebut diatas ini akan ditonjolkan kpd mereka dan mereka tahu mereka tidak akan dapat menjawabnya.
Maka anakku, Kita mesti memberi jawapan atau penerangan untuk memuaskan Hati orang-orang yg bukan Islam sebelum Kita dapat berdakwah kpd mereka.
Justeru itu anakku, tugas Kita (AT) dalam menjalankan dakwah untuk Mengenalkan mereka kpd Allah swt ialah pertama lagi utama adalah membersihkan dan mensucikan nama Allah swt dari tomahan-romahan yg dilemparkan kepada Allah swt, Tuhan Kita yang Satu.
Insya-Allah akan bersambung anakku, fiamanillah
Anakku yg disayangi. Marilah Kita lanjutkan tazkirah, “Masa & Gambar 10”
Untuk mensucikan lagi membersihkan nama Allah swt yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang tidak menganiayai hamba-hambaNya walau sedikitpun maka kita, AT, bersandarkan Ilmu Tasawuf berdakwah ke arah itu.
Ingat anakku, Kita AT bersandar kpd Ilmu Tasawuf Kita berdakwah ke arah itu. Sehubungan dengan ini, terjemahan Kita akan dalil-dalil dari Al Quran dan As Sunnah adalah terjemahan bersandarkan ilmu Tasawuf Kita
Dan satu-satu penterjemahan Al Quran yg diterima ialah penterjemahan daripada Ahli Tasawuf.
Di sini harus ditekankan bahawa Kita AT tidak boleh dipaksa menerima penterjemahan Ahli Syariah. Contohnya, Ahli Syariah memutuskan Ayat-ayat ini adalah ayat Mutashabihat, “Yang Zahir”, “Di Mana kamu pandang di situ wajah Ku ada”, “Maha Halus”, “Meliputi semua”. Namun dari pandangan AT, kita dapat menerangkan Ayat-ayat ini dengan jelas. Justeru itu, bagi Kita Ayat-ayat ini bukanlah Mutashabihat.
Maka anakku teruskanlah dakwahmu bersandarkan ilmu Tasawuf dan perterjemahan Kalian bersandar khusus kepada Ilmu Tasawuf.
Insya-Allah akan dilanjutkan, aamin Ya Rabbil alamin
Anakku, Kita teruskan tazkirah Kita, “Masa & Gambar 11”.
Allah swt ada berfirman bahawa Dia menganiayai hamba-hambaNya walau sedikitpun.
Allah swt juga ada berfirman bahawa Dia tidak menzalimi hamba-hambaNya.
Maka ditimbul pertanyaan-pertanyaan ini – Kalau Dia tidak menganiayai ataupun menzalimi hamba-hambaNya maka kenapa menghukum mereka apabila hambaNya melakukan dosa yg disebabkan:
1. Ini udah ditakdirkan dan Takdir tidak dapat diubah dan hambaNya.itu tidak diberi pilihan. Ingat Nabi Adam (as) Beliau makan buah khuldi itu kerana ini udah dituliskan 40 tahun sebelum dia dijadikan.
2. Kita buat jahat kerana Dia yg mengilhamkan kefasikan. Dan dalam rukun Iman yg ke 6, jahat dan baik datang daripadaNya.
3. Mengapa siksa Neraka begitu lama sekali tidak seimbang dengan umur si Mati yg singkat.
4. Kalau seorang manusia menyiksa mangsanya tidak henti-henti kerana sesuatu kesalahan maka Kita akan kata manusia itu Gila. Bagaimana dengan Allah swt?
Anakku kerana AT adalah Waristul Anbiya, maka hendaklah Kita pertahankan bahawa sebenarnya Allah swt tidak menzalimi atau menganiayai hamba-hambaNya walau sedikitpun.
Bersandarkan ilmu Tasawuf, Kita bisa menerangkan seperti berikut:
A. Untuk kaum.muslimin:
1. Dari hujung rambut Kita sampai ke hujung kaki Kita adalah kepunyaan Allah swt. Kalau semua adalah hak mutlakNya maka Dia bisa berbuat sesuka hatiNya terhadap hakNya.
2. Kita ini sebenarnya adalah Dzat berupa ciptaan. Contoh, plastercine gajah sebenarnya adalah plastercine berupa gajah.
Justeru, kalau Dia bermain dengan DzatNya (yg berupa ciptaan). maka apa masalah Kita?
3. Kalau Kita ini adalah Dzat yg berupa Kita maka seperti kata Imam Ghazali bahawa Kita tidak wujud. Contoh, gajah plastercine, gajah tidak wujud yg wujud adalah plastercine. Kalau Kita tidak wujud maka bagaimana Dia menyiksa Kita.
4. Rasulullah saw semasa Miraj, melihat Ahli Syurga dan Neraka. Kerana Dunia belum kiamat dan Hari Hisab belum lagi berlaku maka apa yg Rasulullah saw lihat adalah suatu gambaran. Kalau semua yg hidup ini adalah satu gambaran maka bagaimana gambar bisa disiksa?
Akan disambung anakku, Insya-Allah, aamin Ya Rabbil alamin
Anakku yg disayangi. Mari Kita teruskan tazkirah Kita berkenaan,”Masa & Gambar 12″.
B. Untuk Yang Bukan Muslimin
Mereka ini yg menuduh Allah swt zalim, suka menganiayai, suka membunuh, suka menyiksa, tidak Adil dan Islam adalah Agama yang menganas.
Untuk mereka dan Demi menjaga Kemuliaan serta Kesucian Allah swt Tuhan Kita yg Kita sembah lagi Kita cintai maka penerangan Kita (AT) kpd mereka ialah hidup di Dunia ini hanyalah sandiwara Ilahi yg sekejap namun habuan yg menunggu Kita sesudah Kita habis berlakon dalam Sandiwara Ilahi ini adalah sesuatu yg sangat indah yg tidak dapat Kita bayangkan lagi menjangkau Masa.
Seperti, seseorang yg disuruh berlakon sebagai penarik beca. Ada:
i. Skrip pendek (8pagi hingga 10 pagi).
ii. Skrip sederhana (8pagi hingga 12 tgh hari).
iii. Skrip panjang (8pagi hingga 5 sore).
(Panjangnya Skrip itu ditentukan oleh Pengarahnya)
Sesudah habis berlakon diberi habuan $60 biliun US Dolar. Maka sudah tentu Kita mahu mengambil bahagian dalam lakonan ini.
Begitu juga anakku, Kita juga sebenarnya berlakon dalam hidup di Dunia ini urutannya:
1. Jiwa Kita yg suci berada di Alam Azali berumur 33 tahun.
2. Masuk ke Jasad bayi lalu berlakon mengikut Skrip yg terdapat pada bayi itu.
3. Maka berlakonlah Kita di Pentas Dunia ini mengikut Skrip Kita masing-masing. Lakonan bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Ada Skrip pendek, ada sederhana dan ada panjang.
4. Sesudah habis berlakon, Jiwa Kita yg asli berumur 33 tahun itu terlepas dari jasad dan masuk ke Alam Bazakh. Apabila kiamat terjadi dan sesudah itu ditiup pula sangkakala maka pengsanlah Jiwa-jiwa Kita.
5. Kita dibangkitkan berjasad semula di Padang Masyar dan disuruh Kita melihat sendiri Skrip atau lakonan Kita (yg terdapat di jasad Kita).
6. Sesudah itu, Malaikat datang serta mengistiharkan bahawa Skrip yg Kita lihat adalah Senda gurauan dan main-main (Sandiwara) Ilahi lalubKita semua dijemput masuk ke kampung Akhirat (Syurga) sebagai habuan lakonan Kita di Pentas Ilahi (Dunia)
7. Semua Kita bersyukur kpd Allah swt dan menyatakan bahawa memang benarlah Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Dia tidak sekali-kali menganiayai atau menzalimi hamba-hambaNya
Prihatin anakku, Ayah ada pengikut yg bukan Islam lebih dari 60 dan mereka bahagia dengan penerangan di atas ini dan mereka juga bahagia dengan Allah swt yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Anakku, ayoh Kita teruskan tazkirah ,” Masa & Gambar 13″.
Kita lihat:
1. Orang memukul bola golf yg berguling masuk ke dalam lobangnya.
2. Kita lihat pemain bola sepak menyepak bola yg berguling masuk ke dalam gawangnya (Goal post,)
3. Kita lihat haiwan yg hidup di hutan berjalan dengan 4 kaki.
4. Kita lihat manusia di daratan dengan 2 kaki.
5. Kita lihat ikan hidup di dalam laut berenang mengunakan sirip atau sayap tanpa kaki.
6. Kita lihat pokok menjulang ke atas dan akarnya menjunam ke bawah.
Namun persepsi (renungan) seorang AT lain yg dilihatnya. Dia melihat:
1. Loh Mahfuz –
Dia melihat bola golf berguling masuk lobangnya atau bola melantun masuk ke gawangnya adalah kerana udah ada rajah yg berkenaan di dalam Loh Mahfuz dan bola golf dan bola sepak itu mengikut rajah itu BUKAN KERANA pukulan pemain golf atau tendangan pemain bola. Kalau taada rajah itu di dalam LM tidak akan masuk bola golf itu ke lobangnya atau bola sepak itu ke dalam gawangnya.
Persepsi ini juga terpakai kepada haiwan, manusia, ikan dan pokok. Masing-masing begerak mengikut rajah yg ada dalam LM.
2. Dzat – Dia melihat disebalik pemain golf, pemain bola sepak, haiwan, manusia, ikan dan pokok adalah Dzat. Dzat yg memastikan kesemua rajah dalam LM di patuhi. Kerana itu, rencanaNya tidak akan berubah.
3. Kehendak Ilahi – semua lakuan pemain golf, pemain bola sepak, haiwan, manusia, ikan dan pokok mengikut Kehendak Ilahi. Kerana itu Allah swt berfirman bahawa semua bergantung kepadaNya. Juga Allah swt ada berfirman bahawa kalau Dia menghendaki tentu kesemua manusia akan beriman.
4. Allah swt sentiasa Mengawasi –
Di sebalik Dzat adalah Yang Maha Halus (Diri yg sedikit) maka sudah tentu Dia Maha Mengawasi.
Lihatlah anakku, persepsi AT syumul (lengkap) dan dikatakan mereka udah mencapai taraf seorang “Ihsan”.
Dengan persepsi yg syumul ini mereka menjadi peka dan dengan kepekaan ini turunlah ilmu Allah swt kpdnya. Justeru dikatakan mereka belajar dari Yang Maha Hidup. Juga dikatakan bahawa
Seseorang itu bukanlah AT kalau ilmunya tidak datang terus daripada Ilahi.
Insya-Allah akan bersambung Ilmu dan Kepekaan AT dalam tazkirah Masa & Gambar yg akan datang yg dapat memperjelaskan pandangan mereka dalam mentelaah Al Quran. Fiamanillah, anakku
Anakku, ayoh Kita lanjutkan tazkirah Kita iaitu,”Masa & Gambar 14″
Dengan persepsinya yg tajam sesuai dengan firman Allah swt bahawa Mata kamu kini udah tajam. Justeru lihatlah dia akan kebenaran maka
menjadi pekalah dia.
Lalu dia mentelaah Al Quran dengan kepekaanya lalu turunlah ilmu daripada yg Maha Hidup mengajarnya. Sesuai dengan firmanNya bahawa Dia mengajar manusia apa tidak diketahui oleh mereka.
Maka semasa mentelaah Al Quran terjumpa dia akan ayat,”Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu.” “Jin ” maksudnya yang dijadikan daripada api. Ini termasuk syaitan-syaitan. Maka dia tahu Allah swt tidak berfirman berkenaan ini untuk hanya berseluruh.
Alhamdulillah, dengan adanya kefahaman berkenaan demografi maka fahamlah dia bahawa Umat manusia akan lambat laun kesemuanya akan menjadi kaum Muslimin. Namun bagaimana pula dengan jin yang menyembah taghut dan berada di bumi-bumi diatas dan di bumi kita.
Mengikut Rasulullah saw, 9 mereka 1 Kita (9:1) begitulah ramainya mereka. Justeru itu, siapa akan berdakwah kpd mereka untuk mereka beriman dan menyembah Allah swt.? kerana Rasulullah saw adalah hataman nabi.
Sehubungan dengan ini, Allah swt menunjuk kpd dia (yg mentelaah) akan firmanNya berkenaan Amanah yg diberikan kpd gunung, Langit dan bumi, semua ngak mahu memikulnya tetapi manusia sanggup menerima Amanah ini. Kenapa? Kerana merekalah Khalifah yg dilantik oleh Allah swt. Kerana itu juga Allah swt memberi mereka ilmu dan kelengkapan (dari masa ke masa). Allah swt juga menjadikan semua di Langit dan Bumi (dan di antaranya) tunduk kpd mereka (manusia). Apakah Amanah ini, tidak lain, mengembalikan jin menyembah Allah swt. Kerana itu Allah swt memerintahkan supaya manusia naik ke langit kerana itu adalah bumbung kita. Allah swt juga memerintah supaya Kita berperang dan menundukkan jin yg berada di bumi-bumi di atas sehingga mereka taat kepada Allah swt dan hanya Allah swt sahaja yg disembah. Maka Kita dapat mengalahkan mereka dan mengembalikan mereka menyembah Allah swt. Dengan itu, firman Allah swt bahawa Dia jadikan jin manusia untuk menyembahNya tercapai dan menjadi kenyataan.
Maka mentelaah dia akan Al Quran maka terjumpa dia akan ayat bahawa Allah swt Kekal Abadi lagi sentiasa mengurus Hal ehwal hamba-hambaNyaMaka tertanya dia kalau Allah swt Kekal maka bagaimana manusia itu akan hidup Kekal dalam Syurga. Bukankah manusia itu berawal dan berakhir?
Akan bersambung anakku, Insya-Allah. Namun harap prihatin bahawa Kefahaman yg di terangkan di atas ini adalah kefahaman AT yg dapat ilmu dari Yang Maha Hidup. Fiamanillah anakku
Anakku, ayoh Kita ke tazkirah “Masa & Gambar 15”.
Dari persepsi dan ilmunya, AT tahu manusia ngak bisa Kekal abadi. Kalau tidak maka manusia berawal tetapi tidak berakhir.justeru itu, mesti ada kiamat ke 2 selepas kiamat pertama. Maka dia mentelaah lagi Al Quran maka dia jumpa di surah Hud di mana Allah swt berfirman bahawa Kita bisa diami Syurga itu selagi ada langit dan bumi Syurga itu. Surah ini menepati persepsi dan ilmunya maka bagi AT sudah tentu ada kiamat kedua. Lalu dia mentelaah lagi maka terjumpa dia akan ahadith yg menerangkan bahawa di Hari Kemudian, manusia ingin sangat melihat Allah swt. Maka terbuka sedikit akan Tirai Nur yg melindungi LM dari Dzat yg di luar. Maka seperti disabdakan oleh Rasulullah saw apa jua terpandang Dzat akan binasa maka binasalah LM termasuk Syurga dan kita sekali. Maka yg Kekal hanya Allah swt. Justeru AT menyatakan mesti ada kiamat kedua.
Maka dimentelaah lagi Al Quran dan berjumpa dia dengan ayat Maha Halus dan Meliputi semua. Dari sudut ilmunya maka AT tahu tidak mungkin Allah swt itu Maha Halus. Kalau Allah swt Maha Halus maka Dia bisa diinjak-injak. Ini tidak mungkin terjadi. Maka bagaimana dan apa maknanya Dia itu Maha Halus?
Akan bersambung anakku, Insya-Allah. Fiamanillah
Anakku, ayoh Kita lanjutkan tazkirah Kita berkenaan “Masa & Gambar 16”
Nabi Isa as bersabda bahawa semua ciptaan termasuk ruang dan masa adalah lebih kecil dari sebiji pasir kpd Tuhan.
Sains menyatakan lebih kecil dari Atom.
Dari sudut Agama Islam, kesemua ciptaan termasuk ruang dan masa hanyalah satu yg halus iaitu lebih kecil dari Atom. Namun perkataan halus difirmankan “Maha Halus”. Tambahan “Maha” menunjukkan yg Halus itu adalah daripada Allah swt. Ini besesuaian dengan firmanNya bahawa dari Allah kita datang dan kepada Dia kita kembali.
Dengan menambahkan “Maha” kepada perkataan “Halus”, selain dari makna kesemua daripada Dia, ini juga membantu manusia memahami yang Allah swt itu Maha Besar. Kalau tidak ada Maha Halus maka tidak akan ada Maha Besar kerana tiada apa yg dapat digunakan untuk membuat perbandingan.
Tentu juga Maha Halus mesti datang daripada DiriNya kalau tidak tidak bisa dibuat perbandingan kalau yg Maha Halus dari unsur yg lain. Kerana ini menunjukan ada dua kewujudan.
Anakku, kerana Kepekaan seorang Arif Billah maka, mengikut Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, terbukalah segala ilmu yg pelik-pelik dan rahsia-rahsia Ilahi kepada dia. Maka dia menjadi Gedung ilmu Allah swt dan Allah swt sentiasa membimbingnya dan mengajarnya. Kerana itu dikatakan mereka belajar dari yg Maha Hidup. Imam Ahmad Rifai berkata bahawa hendaklah Kita cari budibicara Arif Billah sebelum kewafatannya..
Namun anakku, Arif Billah dalam Tasawuf Jalan Nabi-nabi sukar ditemui kerana dia tidak tinggalkan alamat. Justeru itu, Nabi Musa (as) hanya dapat bertemu Khidir hanya dengan pertolongan Allah swt.
Kerana Nabi Musa as lebih cenderung (inclined) kpd Syariah maka tidaklah dia mengerti akan lakuan Khidir (yg lebih cenderung kpd Tasawuf) dengan itu, dia membuat tuduhan berat terhadap Khidir dengan menyatakan Khidir udah melakukan Kemungkaran yang besar. Ini yg dimaksudkan oleh Khidir bahawa Nabi Musa as tidak akan memahami akan Ilmu yg ada pada Khidir. Justeru Khidir berkata kpd Nabi Musa as bahawa inilah titik perpisahan mereka.
Iktibar daripada peristiwa di atas ini ialah kalau Kita cenderung dalam Syariah sukar Kita mahu memahami atau menerima Tasawuf serta akan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum terhadap AT. Ingatlah anakku, Allah swt berfirman bahawa celakalah mereka yg memikirkan serta menetapkan. Sehubungan dengan ini, ingatlah Anakku, telah diriwayatkan oleh Rasulullah saw, pelacur dan yg membunuh 100 orang juga bisa masuk ke Syurga.
Nabi Isa as juga ada berkata bahawa celakalah mereka yg mengambil Pedang Keadilan daripada Tuhan.
Sekali lagi Ayah ingatkan mu Anakku yg disayangi bahawa Arif Billah tidak meninggalkan alamat. Seperti Khidir sampai hari ini tidak di ketahui di mana dia berada setelah dia berpisah dengan Musa as.
Sesudah hilangnya atau kewafatannya Arif Billah, maka para sahabatnya akan memikul tugasan ini. Seperti Rasulullah saw, sesudah baginda wafat maka para sahabat lah yg berdakwah. Cuma bezanya tidak lagi turun ilham yg mengajar (kpd Arif Billah) seperti tidak turun lagi Wahyu dengan kewafatan Rasulullah saw.
Fiamanillah, anakku.
Anakku yg disayangi lagi dirindui.
Ayoh Kita sambung tazkirah, “Masa & Gambar 17”.
Selain dari ilmu yg pelik-pelik dan rahsia-rahsia Ilahi yg Ayah udah sampaikan, Ayah juga udah menyampaikan kpd kalian yg sebelum ini belum ada yg menyampaikan dengan begitu jelas lagi terang:
1. Beda Roh dan Jiwa.
2. Di mana letaknya atau tempatnya roh.
3. Apa makna Hati iaitu senambungan Minda, Penglihatan dan Pendengaran.
4. Bagaimana Hati turun bergabung dengan roh dan dipegang oleh Allah swt semasa Kita tidur. Dan bagaimana Allah swt melepaskan Hati kembali (ke kepala) semasa Kita jaga lalu dituruti oleh roh menjadi Jiwa untuk kita menjalankan hidup kita keseharian. Juga bagaimana Kita rasa tertekan (Sleep Paralysis), apabila roh tertahan untuk bergabung dengan Hati di kepala.
5. Bagaimana berlakunya OBE (Keluaran Jiwa) dan Astral Traveling dan Projection (Wisata Jiwa dan Wisata Jiwa Berhaluan)
5. Beda di antara Kasyaf dan Mata Ke 3.
6. Makna Sebenar Dzikrullah dan bagaimana NST.
7. Menerangkan Pintu Belakang dan Pintu Depan serta bagaimana duduk di Pintu Belakang.
8. Bagaimana terjadi kematian – naiknya roh ke kerongkong lalu ke Mata. Lalu diterbalikkan kedua mata hingga menjadi putih dan masuk pula roh ke dalam otak lalu terbuka pula Mata Ke3 di Dahi di antara kedua kening. Lalu roh terkeluar di jendela Mata Ke 3.
9. Menerangkan apa itu sakaratul maut dan bilakah Hati dikeluarkan menyusuli Roh dan apa tanda-tandanya.
10. Menerangkan tempat letaknya nyawa dalam Jasad kita dan bagaimana getarannya menghidupkan Kita dan apabila Kita menghadapi maut getarannya menjadi sakaratul maut.
11. Menerangkan bila penafasan berhenti dan nyawa di tarik.
12. Menerangkan beda Mistik dan Tasawuf.
13. Menerangkan bagaimana Mistik menggunakan tenaga untuk memperolehi tenaga batin. Dengan itu mereka bisa “telepathy”, “levitation”, kekebalan, kuasa batin serta perubatan menggunakan kuasa batin.
Anakku yg disayangi, ilmu yg Ayah sampaikan itu bertujuan supaya Kalian jangan tertarik dengan Buddhism, ilmu Hitam dll yg mengamalkan ilmu kebatinan. Kerana Awaluddin Makrifatullah. Inilah yg didakwahkan oleh Nabi-nabi termasuk Rasul-rasul dan Kita “Waristul Anbiya”
Harap anakku mendapat bimbingan dalam tazkirah ini, insya-Allah, aamin Ya Rabbil alamin!
Alhamdulillah….sudah jelas abi….walaupun masih ada perasaan takut mengakui bahwa saya termasuk dalam AT (belajar menjadi AT), minta doanya agar Alloh menguatkan saya😭😭😭