LAUH MAHFUDZ 8

Oleh Ust. Hj. Hussien Bin Abdul Latiff,  judul asli (Sesudah Makrifatullah, Loh Mahfudz)  

 

Bila dikatakan “ciptaan” ini termasuk Tirai Nur, Arasy, Air (di bawah Arasy), Sidratul Muntaha, Kalam, Roh Nabi Muhammad (saw), Langit, Bumi dan apa yang ada di antara-nya semua ini berada di dalam Loh Mahfuz.

Apabila kesemua ciptaan binasa yang tinggal adalah “Wajah” DzatNya sebelum ianya  kembali kepada asalnya iaitu DzatNya.

Allah swt ada berfirman yang bermaksud:

Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Wajah (Dzat) Allah. Al Qasas (28):88

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa dan akan kekallah Wajah (Dzat) Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Ar Rahman (55):26-27.

Maka apabila kita berada di dalam syurga setelah ciptaan yang lain binasa maka kita akan melihat Wajah Dzat dengan sejelas-jelasnya. Allah juga ada berfirman yang bermaksud:

Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; Melihat kepada Tuhannya. Al Qiyamah (75):23-24

Rasulullah (saw) ada bersabda yang bermaksud

Abu Razin al Uqail bertanya Rasulullah (saw), “Adakah setiap kami akan melihat Allah swt.” Baginda menjawab, “Abu Razin adakah kamu semua melihat bulan purnama.” Saya menjawab, “Benar”. Baginda berkata, “Kamu semua tidak akan ada masalah melihat-Nya seperti bulan purnama tetapi itu hanya kecil sahaja Allah lebih Mulia dan lebih Besar daripada itu.” Sunan Abu Dawud Vol 3, 1324 (1990)

Sesungguhnya Allah itu Dzat Yang Maha Indah. Terjemahan Sahih Muslim Bk. 1, 95 (1994).

Demi Dzat tiada tuhan selain Dia. Terjemahan Sahih Muslim Bk. 4, 570 (1994).

Kita akan berada di dalam Syurga selagi ada langit dan bumi Syurga itu. Sesudah itu kita akan kembali semula menjadi tidak wujud sekali lagi. Allah swt ada berfirman yang bermaksud:

Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. Hud (11):107

Adapun orang-orang yang berbahagia, maka di dalam Syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu sebagai pemberian nikmat yang tidak putus-putus.Hud (11):108

Dan sesungguhnya telah Aku ciptakan kamu sebelum itu padahal kamu (di waktu itu) belum ada sama sekali. Mariam (19):9.

Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Al Baqarah (2):156

Untuk menunjukkan bahawa Loh MahfuzNya sudah sempurna dan lengkap, Allah swt membawa Rasulullah (saw) bermiraj dan melihat penghuni-penghuni Syurga dan Neraka. Rasulullah melihat penghuni-penghuni Syurga dan Neraka walaupun Kiamat belum lagi terjadi. Di sini jelaslah Rasulullah (saw) melihat sesuatu yang akan terjadi di hari muka. Perkara ini yang dilihat baginda adalah sesuatu yang belum terjadi lagi dalam zaman baginda. Al Baihaqi; Translation of Imam As Sayuti, Ibnu Hajar Al Asqalani, Kisah Irak & Miraj Nabi Muhammad saw, 19-22 (2006).

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Al Israa (17):1

Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya) dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya, dia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.An Najm (53):17-18

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *