LAKONAN

Anakku, Alhamdulillah, Ayahmu dan “Juliet” udah selamat sampai ke rumah.

Alhamdulillah, seminar berkenaan Dunia Ahli Sufi, dengan ijin Allah swt, mencapai sukses. Tahniah kepada semua yang menjayakan seminar ini tertutama Tuti & Mas Agus sekeluarga dan juga panitia Indonesia dan Malaysia. Semoga Allah swt merahmati kita bersama di Dunia sampai ke akhirat kerana menjalankan dakwahnya, aamin Ya Rabbil alamin!.

Anakku cuba Kalian renungkan pertanyaan-pertanyaan ini:

1. Adakah kesemua perbuatan Kita Allah swt tahu sebelum Kita lakukan?
2. Mestikah kesemua perbuatan-perbuatan Kita itu diijinkanNya?
3. Bilakah masanya Dia mengijinkannya?
4. Di mana ijinNya itu tercatat?

1. Sudah tentu Allah swt tahu segala perbuatan kita sebelum Kita lakukan kerana Dia Maha Bijaksana kalau tidak MahaNya tidak sempurna dan cacat.
2. Sudah tentu segala perbuatan Kita itu mesti diijinkanNya. Kalau Kita bisa melakukan sesuatu tanpa ijinNya maka Dia tidak Maha Berkuasa.
3. Sudah tentu ijinNya itu diberi semasa Dia berfirman,”Kun!”. Kalau tidak Pelan IndukNya (LM) tidak sempurna kerana ada sesuatu tidak tercatat atau dilupai semasa Dia berfirman,”Kun”.
4. Kesemua ijinNya itu termaktub di dalam Loh Mahfuz (LM).

Anakku, sesudah kesemua kelakonan yg berhubungkait dengan ciptaan udah sempurna maka Dzat mengambil peranan untuk menjayakan segala catatanNya dalam LM.

Anakku, kesemua yang kalian lihat di hadapan dan sekeliling kalian sama ada rupa atau kelakonan, ini semua adalah sebenar kelakonan Dzat yg “bertopeng” seperti seorang kanak-kanak bermain menjadi hantu dengan menyelubungkan dirinya dengan Kain sarong.

Semoga Anakku mendapat memfaat dari Tazkirah Ayahmu ini, aamin Ya Rabbil alamin!
Fiamanillah, anakku.



Anakku, Kalian udah pelajari bahawa:
1. kesemua perbuatan kita, Allah swt tahu, Dia luluskan dan udah Dia tetapkan di dalam Loh Mahfuz.

2. KetetapanNya pula dilakonkan oleh Dzat dengan taat justeru tidak akan ada perubahan. Dengan itu, rencanaNya teguh.

3. KetetapanNya ini menjadi Takdir Kita. Dengan ini, Kita mesti menerima buruk dan baik Takdir Kita itu kalau tidak Kita belum beriman.

4. Kita menerima Takdir kita itu tanpa pilihan. Sesiapa berkata dia bisa mengubah Takdir maka tempatnya sudah tentu, mengikut Rasulullah saw, dalam Neraka.

5. Takdir Kita tidak perlu diubah kerana dibuat oleh yang Maha Bijaksana maka udah tentu Takdir Kita itu mempunyai Hikmah, banyak kebaikan dan memfaat.

6. Mereka yg mempertikaikan Takdir maka mereka harus faham bahawa Takdir itu mempunyai banyak kebaikan, memfaat dan hikmah. Dengan itu, mereka tidak akan dapat pertolongan Allah swt iaitu mereka tidak akan mendapat kebaikan, memfaat dan hikmah disebalik Takdir itu. Ini maksud ayat bahawa Allah swt tidak akan menolong mereka yang tidak menolong diri mereka (untuk menerima Takdir sepenuhnya).

7. Itulah Islam iaitu menerima sepenuhnya akan ketentuan Allah swt (Submission to the Will of God).

8. Maka Allah swt berfirman, “janganlah sekali kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama islam.”

Anakku, bagaimana dengan mereka yg Takdir atau Ilham yg diturunkan oleh
Allah swt kepada mereka hanya lah kefasikan dan kejahatan sehingga ke akhir hayatnya?

Kerana Kita adalah Ahli Sufi maka Kita tidak berbuat apa-apa keputusan dan pegang kepada firmanNya,” Bagaimana.kamu.memikirkan dan.menetapkan.maka celakalah kamu!”

Kita juga berpaut kepada Hadith Rasulullah saw bahawa tidak seseorang itu masuk ke Syurga dengan amalannya tetapi dengan keredhaan Allah swt. Justeru pelacur dan pembunuh pun bisa masuk ke Syurga.

Kerana itu Allah swt memerintah Rasulullah saw supaya pertama-pertama menyerah diri keoadaNya. Maka Rasulullah saw bersabda,” Aku dan mereka yg mengikutiku berserah diri sepenuhnya kepada Allah swt.”

Semoga Anakku yg disayangi mendapat memfaat dari Tazkirah Ayahmu ini, aamin Ya Rabbil alamin!



Anakku, untuk menyedarkan Kita akan susunan yg diterangkan di atas ini dan juga bahawa segala-galanya bergantung kepada Allah swt maka Allah swt mengadakan ujian. Dengan ujian ini Dia.mengenali mereka yg beriman dan yg belum beriman. Allah swt berfirman bahawa jangan kamu kata kamu sudah beriman sebelum kamu diuji.

Justeru ingatlah nasihat Ayahmu ini anakku;

1. Sesiapa juga tidak menerima buruk dan baiknya Takdir yg menjadi rukun Imam ke 6, mengikut Rasulullah saw, masih belum beriman.

2. Sesiapa yg menyatakan dia bisa merubah Takdir, tempatnya, mengikut Rasulullah saw, pasti dalam Neraka.

3. Sesiapa yg tidak dapat menerima Takdir akan mendapat kerugian yg amat besar kerana disebalik Takdir ada hikmah, ilmu, memfaat, Keadilan dan pelbagai kebaikan.

4. Islam telah diistilahkan menerima sepenuhnya ketentuan Allah swt (Submission to the Will of God) iaitu Takdir Kita.

5. Allah swt udah sempurnakan agama Kita dan meredhai Islam itu Agama bagi Kita.

6. Allah swt juga berfirman bahawa janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam Agama Islam.

Anakku, sebagai seorang Ahli Sufi, Kita menerima bahawa Kita tidak wujud dan semua kelakonan adalah kelakonan Dzat mengikut Loh Mahfuz. Kerana itu Allah swt berfirman bahawa tidak ada sedikit campur tangan Kita dalam pengurusanNya.

Ingat anakku, Nabi Isa (as) ada bersabda,”Kenapa itulah Pintu Neraka!” Juga Rasulullah saw ada bersabda bahawa sepatah kata salah bisa menjerumuskan Kita ke Neraka jaraknya Timur dan Barat. Justeru anakku, apabila kalian melihat sesuatu kelakonan, hendaklah Kalian ikut nasihat Pak Pandir, “Tepuklah tangan, make don’t know (buat tak tahu)!”

Semoga Anakku mendapat kefahaman dalam Tazkirah Ayahmu ini, aamin Ya Rabbil alamin!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *