KERIDHOAN (AKHIR PERJALANAN HIDUP)

Anakku, Ayah akan bawa kalian ke kancah Takdir supaya Kalian mengerti serta jelas akan maksud apa juga terjadi Inna lillahi Wainna Ilahi Rajiun tidak ada rasa “Personal” atau disaluti emosi namun bersikap “Professional” serta “Detached” (Berasingan).

Contoh 1:

Edi dan Eda berkasih semenjak dari bangku Sekolah. Edi seorang yg penyayang dan pandai mengambil hati bukan sahaja Eda juga hati kedua ibu-bapa Eda.

Sesudah habis bersekolah, Edi dan Eda bekerja dan setelah 2 tahun mereka pun bernikah.

Setelah mendapat 2 anak, kelakuan Edi mulai berubah. Dia mulai menghabiskan masanya dengan rakan-rakannya dan Nafkah yg dikasinya makin berkurangan dan tidak menentu. Apabila diteguh oleh Eda dia menjadi marah. Maka banyaklah pertengkaran berlaku dan Edi menjadi lebih ganas. Dia maki hamun, memukul bantai dengan tangannya dan menerjang serta menyepak Eda. Ini berterusan berlaku sehingga badan Eda mempunyai banyak kesan-kesan kekasaran Edi.

Kerana tidak tertahan lagi dengan sikap Edi maka mereka bercerai.

Setelah tiga minggu bercerai maka Ibu Edi datang berjumpa Eda. Ibu Edi berkata kepada Eda bahawa Edi merasa malu mahu berjumpa Eda. Edi udah insaf dan mohon maaf kpd Eda atas segala perbuatannya terhadap Eda. Edi berharap Eda bisa memaafkan dia dan tidak menyimpan di hati atas apa jua perbuatannya dahulu terhadap Eda.

Eda menjawab,”Ibu Saya dan Edi berjumpa, bernikah, mendapat zuriat, bergaduh, kegunaan kekerasan dan akhir bercerai, ini semua udah ditakdirkan. Kerana itu Edi dan Eda mesti menharungi pahit making Takdir kami tanoa Pilihan kerana ini adalah Ketetapan Allah swt yg tidak dapat Kita ubah dan yg hanya Kita bisa buat ialah menerima dan redha serta berkata,”Inna lillahi Wainna Ilahi Rajiun.!” Berdasarkan ini Ibu, tidak perlu Edi meminta maaf kepada Saya dan tiada sebab Saya mahu menyimpan perbuatannya itu d7 dalam hati Saya. Semoga dia sentiasa diberi hidayah oleh Allah swt.”

Contoh 2

Isi dan Isa udah bersahabat selama lebih 30 tahun namun Isi lebih berjaya dalam hidupnya dan juga seorang “millionaire”.

Satu ketika Isa meminta pinjaman Wang sebanyak $100000 (tanpa faedah) dari Isi dan berjanji akan mengembalikan nya dalam masa 5 tahun.
Namun setelah 5 tahun Isa ngak mahu mengembalikan Wang pinjaman itu kpd Isi. Dia berkata kepada dirinya bahawa Isi seorang yg kaya maka mengapa mesti dia pulangkan Wang pinjaman itu kepadaNya. Kerana itu juga Isa percaya bahawa Isi tidak akan mengambil tindakan terhadapnya.

Kerana Isa udah memungkiri janji maka Isi pun mengambil tindakan Undang-undang terhadapnya dan dapat kembali Wang $100000 dari Isa.

Satu hari Isa terrjumpa Isi lalu Isa memohon maaf kpd Isi atas segala kesalahannya terhadap Isi. Isi menjawab bahawa tidak perlu Isa memohon maaf kerana semua perbuatannya serta tindakan perundangan terhadapnya, semua ini adalah Takdir yg dia dan Isi tidak ada Pilihan melainkan menurutinya sahaja. Justeru tidak perlu Isa mohon maaf darinya.

Mendengar ini, Isa terasa amat senang hati lalu ia meminta Isi meminjamkannya sekali lagi $100000. Tetapi Kali ini Isi enggan memberi pinjaman seraya berkata,”Nothing personal!”

Contoh 3:

Riki berumur 16 tahun dan seorang penuntut. Namun ditempat mengajiannya dia sentiasa di “bully” (perundungan) oleh Roko dan rakan-rakannya.

Kerana tidak tertahan dengan perundungan ini, Riki menuntut seni silat mempertahankan diri dari seorang Kakek yg mahir dalam seni silat ini.

Selama menuntut ilmu silat itu, Riki diam dan bertahan segala apa jua perundungan dari Roko dan rakan-rakannya.

Sehingga satu hari, Riki tamat mempelajari ilmu silatnya dan ke esokkan hari apabila dia diperundung oleh Roko dan rakan-rakannya, Riki bertindak dan Roko serta rakan-rakannya mengalami kecederaan teruk. Maka mereka pun berlutut serta mohon maaf kepada Riki sert a meminta Riki janganlah lagi menyimpan dendam terhadap mereka. Riki menjawab bahawa tidak perlu mereka memohon maaf kerana apa juga yg udah berlaku adalah Takdir yg mesti mereka dan Riki melakukannya tanpa pilihan. Kerana itu juga tidak ada keperluan untuk menyimpan perkara Itu dalam hati. Riki. pun berlalu dari tempat itu.

Semoga Anakku mendapat pencerahan, aamin Ya Rabbil alamin!

Anakku, akhir dalam menyelusuri perjalanan hidup yang udah ditetapkan oleh Allah swt ialah KEREDHAAN.

Keredhaan yg Kita tidak wujud. Bahawa Kita hanyalah penzahiran Dzat dan Dzat adalah penzahiran Yang Maha Halus.

Keredhaan semua yg wujud ini termasuk Ruang dan Masa adalah Hak Mutlak Allah swt

Keredhaan bahawa Dia sahaja yg mengurus akan Hak MutlakNya tanpa campurtangan dari sesiapa pun.

Keredhaan bahawa segala ketetapkan pada kesemua ciptaan termasuk Ruang dan Masa adalah juga Hak MutlakNya

Keredhaan bahawa kesemua yang ada termasuk Ruang dan Masa mengikut hanya satu Kehendak iaitu Kehendak Allah swt. Juga kesemua susunan yg Kita lihat di hadapan mata Kita adalah sebenarnya mengikut hanya KehendakNya.

Akhirnya, keredhaan menyerah sepenuhnya kepada ketetapanNya dan inilah Islam (Submission to the Will of God). Dan hendaklah Kita mati dalam keadaan ini (Islam).

Justeru anakku apa juga Agama seseorang itu kalau dia mati dalam keredhaan kepada ketentuan Tuhan maka amanlah pemergiannya. Dan walaupun dia beragama Islam tetapi dia tidak mahu menerima akan keadaannya seperti tidak mahu tinggalkan Dunia ini atau orang-orang yg disayanginya atau terasa belum puas lagi hidup maka kalian lihat dia berhempas pulas semasa sakaratul maut sebelum akhirnya tetap juga mati.
Kadangkali dengan rupa yg tidak aman sekali. Sehubungan dengan ini anakku ingatlah firmanNya di mana Allah swt menjemput Jiwa-jiwa yang tenteram Kembali kepadaNya dan masuk ke.dalam jemaahNya dengan Hati yg puas, mereka redha kepada Allah dan Allah redha kepada mereka.

Anakku kerana keredhaan Pelacur, Pembunuh 100 orang, orang yg mencederakan Rasulullah saw semasa perang Uhud dan Perogol mayat dalam.liang lahat juga bisa masuk ke Syurga.

(Tulisan seorang Ahli Sufi).

 Sahry Ramadhan Makrifat: Assalamu’alaikum. wr. wb. Ustad. Allah swt mengajarkan kita hamba Nya dengan, mengimani TAKDIR dan sikap kita dalam menjalaninya. Sesuatu yg kita tidak ketahui, saat dijalani dan juga akhirnya. Beberapa contoh yg diberikan ustad diatas, telah menjelaskan *sikap Innalillahi wa Inna ilaihi rajiun*, Allah telah mengajarkan kita tentang pentingnya selalu harapan-harapan (ikhtiar) dan rasa kebergantungan kita hanya kepada Allah swt. Yakni dengan tetap menjalani cita2, dan tujuan kita, namun semuanya tidak dijalankan sesuai dengan keinginan kita, tapi sesuai dengan rencana Nya, agar *kita selalu tetap dekat* dan menggantungkan harapan hanya kepada Nya. Firman Nya *Berharaplah kepada-Ku*, niscaya *Aku perkenankan harapanmu* sekalian.” (QS. Almukmin: 60). Allah SWT akan *mengabulkan harapan bagi siapa saja yang berharap* hanya *kepada-Nya* (QS. Al Baqarah: 186). Pertanyaannya, apakah Allah swt selalu dalam mengajarkan kita tentang harapan, sekaligus menguji keimanan kita saat menjalani takdir, adalah seperti itu ustad? Mohon pencerahannya ustad.

Ustadz Hussien Bin Abdul Latiff: Seperti kekasih apabila dia merajuk, dia mahu Kita memujuk.
Begitu juga Allah swt, Dia menguji kerana Dia mahu Kita kembali kepadaNya. Ingat firmanNya bahawa Nabi Ayub (as) sentiasa merujuk kepadaNya semasa di dalam keadaan ujian yg sangat berat. Kerana itu Dia melepaskan Nabi Ayub (as) dari kecelakaannya.
Begitu juga Nabi Yunus (as), Allah swt lepaskan dari perut ikan Nun kerana dia selalu kembali kepada Allah swt (NST)

 

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *