KEPEKAAN

Ustadz Hussien Abd Latiff: Alhamdulillah. Anakku, Allah swt udah melantik Kita (Manusia) menjadi KhalifahNya untuk semesta Alam. Kerana itu Malaikat termasuk Iblis dan syaitan-syaitan diperintah tunduk kepada Kita.

Sebelum itu, Iblis bernama Azazil dan syaitan-syaitan yg terjadi daripada api adalah dikira dalam kumpulan Malaikat. Contoh, “Malaysian” bukan sahaja Melayu tetapi juga Cina, India dll. Azizul pernah menjadi ketua Malaikat.

Kerana sangsikan pemilihan Allah swt (menjadikan Manusia khalifahNya) maka mereka dihalau dari Syurga lalu turunlah mereka menghunilah di bumi-bumi (exoplanets) termasuk dunia Kita ini (inilah di antara mereka yg dijumpai oleh Zulkarnain.) Selepas kejadian ini Azizul dipanggil Allah swt sebagai “Iblis” Dan kuncu-kuncunya dipanggil “Syaitan”. Allah swt juga berfirman bahawa Dia tahu apa yang dibuatNya. Inilah urutan takdir yang tiada siapa tahu melainkan Allah swt. Allah swt ada berfirman bahawa katakanlah Muhammad aku tidak tahu perkara yang ghaib.

Bukan sahaja Malaikat, Iblis Dan Syaitan-syaitan disuruh sujud kpd Kita Manusia tetapi juga Allah swt berfirman bahawa Dia akan tundukkan semua yang di Langit Dan Bumi serta yang di antara keduanya kpd Kita (manusia) sebagai KhalifahNya.

Justeru itu, Allah swt mengajar Kita ilmu yg tidak diajarNya kpd yg lain. Ini dilengkapkan lagi dengan kelengkapan yg sesuai dari Masa ke Masa.

Ini semua Allah swt lakukan kerana sebagai khalifahNya, Dia mahu Kita (khalifahNya) peka atau bijaksana dalam semua hal Dan ilmu berbanding dengan ciptaanNya yg lain.

Bukan sahaja itu, Dia juga turunkan Manusia ke dunia ini kerana Dia mahu Dunia ini menjadi pusat pemerintahan KhalifahNya. Kerana itu, Masjidil Haram berserta Kahbah berada di dunia serta dijadikan rukun Islam ke 5 menunaikan Fardu Haji. Kalau Kita peka, Kita melihat Allah swt melatih Kita menjadi Satu tidak Kira apa bangsa Kita serta berpakaian seragam (ihram) semasa menunaikan Haji.

Kalau Kita peka, Kita lihat banyak tanah di sekeling Masjidil Haram adalah padang pasir. Inilah tanah terpilih (lands reserved) yg akan dipergunakan di Hari muka untuk pembangunan pusat pemerintahan KhalifahNya.


Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, sesudah Kita mantap dalam 6 perkara yg udah disebutkan maka hendaklah Kita PEKA kepada tanda-tanda Nya yg berada di setiap ufuk dan pada diri Kita sendiri.

Tanda-tanda ini melambangkan KEHENDAKNYA yang satu. Justeru itu, apa juga yang berlaku atau terjadi melambangkan KEHENDAKNYA yang satu kerana Dia-lah PENGARAH AKBAR Dan KEHENDAKNYA itu adalah bioskop atau pementasanNya.

Bagi kita, KEHENDAKNYA itu adalah Takdir atau Skrip kita yg tidak ada sedikit campur tangan Kita dalam pengurusannya.

Seperti udah dikatakan Takdir kita itu ada urutannya. Seperti Layang-layang dan ekornya. Maka hendaklah kita PEKA kepada bukan sahaja Takdir kita tetapi juga kepada urutannya kerana tidak ada suatu kejadian yg udah ditetapkan mempunyai natijah yg sia-sia.

Urutan ini yg Allah swt berfirman yg bermaksud bahawa tidaklah Dia berbuat sesuatu itu tidak mempunyai HIKMAH, ILMU, PELAJARAN, PENGAJIAN, KEADILAN, KEBAIKAN dll. Justeru itu, hendaklah Kita PEKA kepada Takdir Dan urutannya sekali.

Kerana umat dahulu yg beriman tidak PEKA maka natijahnya umat Islam sekarang walaupun ramai tetapi lemah seperti buih sabun, banyak tetapi tidak ada kekuatan. (Akan diterangkan berkenaan ini di Hari Muka, Insya-Allah).

Maka Kita boleh rumuskan bahawa Kita mesti PEKA kepada:
1. Takdir – Tanda-tandaNya.
2. Urutannya – Hikmah, ilmu dll.

Untuk PEKA kepada Takdir, bolehlah Kita merujuk kepada Rukun Iman:

1. Percaya kepada Allah swt – Bahawa semua Kejadian melambangkan KEHENDAKNYA yg satu. Seperti dikatakan KEHENDAKNYA yg satu inilah Takdir kita.

Kita bisa PEKA kepada KEHENDAKNYA ini atau Takdir dengan dua cara:

i. Menyaksikan atau mempelajari Kejadian atau Takdir yg sudah atau sedang berlaku.

ii. Mengkaji Takdir yg udah, sedang dan akan berlaku yg disebut di dalam Al Quran.

2. Percaya kepada Nabi-nabi – Apa yg disampaikan oleh Nabi-Nabi sebagai Takdir. Ini termasuk ahadith (plurality of hadith).

3. Percaya kepada Kitab-Kitab Allah swt – Di dalamnya ada firman-firman berkenanaan Takdir Masa lalu Dan Masa depan.

4. Percaya kpd Malaikat-Malaikat yg menyampaikan Kejadian atau Takdir sesuatu yg akan berlaku kpd para Nabi. Seperti Malaikat menyampaikan kpd Nabi Ibrahim as akan berlakunya kehancuran umat Nabi Lut as atau Malaikat Jibrail as menyampaikan kpd Rasulullah saw akan kejatuhan Pemerintahan Roma (Rome).

5. Percaya kepada Hari Kiamat – Tanda Kiamat udah disampaikan dalam Kitab-Kitab Allah swt termasuk Al Quran.

6. Percaya kpd Takdir – Kesemua yg berlaku mempamerkan KEHENDAKNYA yg satu.

Insya-Allah, akan dilanjutkan lagi, anakku yg disayangi lagi dirindui.

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”. [Ali ‘Imran/3:190-191].

Anakku, ayat di atas ini mengambarkan keadaan kalian yg duduk di Pintu Belakang ( berdiri, duduk & berbaring) serta Berdzikrullah (Ingat Allah) sambil melihat ke Pintu Depan kpd tayangan di Bioskop Ilahi (melihat ciptaan Langit dan Bumi) dan mengetahui segala yg dilihat itu bermakna atau berurutan (bukan sesuatu yg sia-sia). Ini yg dikatakan PEKA.

Bagi kalian, dikehendaki PEKA dalam kesemua perkara yang disebut di dalam Rukun Iman seperti yg udah diterangkan dahulu. Bermaksud, kalian mesti PEKA kepada:

1. Firman-firman Allah swt yg berhubungkait dengan Takdir.

2. Kekata Nabi-Nabi yg berhubungkait dengan Takdir.

3. Kekata Malaikat-Malaikat (yg disampaikan kpd Nabi-Nabi atau terdapat dalam Kitab-Kitab Allah swt) yg berhubungkait dengan Takdir..

4. Perkara Takdir yg terdapat dalam Kitab-Kitab.

5. Tanda-tanda Kiamat yg udah diceritakan dalam Kitab-Kitab Allah swt atau di dalam kekata Nabi-Nabi atau Malaikat-Malaikat.

6. Takdir (tanda-tanda) yg berlaku di Pintu Depan iaitu kejadian-kejadian yg berlaku di Alam Semesta ini.

Bukan sahaja kalian mesti PEKA kepada Takdir yg terdapat di dalam kesemua Rukun Iman 1 hingga 6, tetapi kalian juga mesti PEKA kpd urutan-urutan yg mengikuti Takdir-takdir ini. Seperti Layang-layang dengan ekornya. Contoh, Nostradamus (Pemikir Perancis) yg PEKA dengan Takdir (serta urutannya) di zamannya (Kurun 15 Masihi). Namun bagi kalian diminta PEKA sehingga ke akhir zaman kerana umat Muhammad saw adalah umat yg terakhir.

Bagi orang awam, mereka hanya perlu PEKA kpd perkara yg terdapat di Rukun ke 6 iaitu Takdir seharian.

Insya-Allah, akan disambung anakku yg sentiasa dirindui Dan dikasihi.

[8:31 AM, 7/30/2018] Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, KEPEKAAN sangat mustahak kepada Kita kerana dengan KEPAKAAN, Kita akan BERWAWASAN.

Sebagai khalifahNya maka sangat perlu Kita BERWAWASAN iatu berpandang jauh kehadapan. Ini bisa tercapai kalau Kita bisa PEKA kpd urutan-urutan Takdir dalam perkara 1 hingga 6, Rukun Iman. Ini akan diperjelaskan lagi, Insya-Allah.

Apabila Kita PEKA kpd urutan-urutan Takdir maka akan diilhamkan kpd Kita:

1. Arahan Wawasan itu.

2. Pengetahuan berkenaan Wawasan itu, dan

3. Apa yg perlu dilakukan untuk mencapai akan Wawasan itu.

Akan dilanjutkan lagi anakku yg dikasihi, Insya-Allah.


Mohd Zainothman: Assalamualaikum ustaz. Selamat pagi. Dalam sharahan ustaz semalam berhubung ‘ke PEKAan”. Saya perhatikan ustaz ada menekankan banyak kali kekata “Kepekaan yang
satu” apakah maksud ustadz dengan kekata ini. Apakah ustaz merujuk “wahdaniah” yang terdapat dalam sifat 20 ustaz. Tolong beri penjelasan. Terima kasih ustaz.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Bukan “KEPEKAAN yg Satu” tetapi “KEHENDAKNYA yg Satu”. Benar inilah Wahdaniah kerana Dia sahaja yg Maha Esa.

Mohd Zainothman: Maaf ustaz tersalah sebut. Dan terima kaseh atas jawapan ustaz.

Supriyono Yamas: ketika taqdir diurutkan maka akan bisa dibuat grafik (bisa saja menanjak atau menurun). Dengan mengikuti alur grafik itu, akan bisa dibaca kemungkinan takdir yg akan muncul berikutnya.

Betulkah begitu ya Abati….?

🙏🙏🙏

Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar, ini udah dibuat oleh Saintis dalam perkara Tsunami, gempa bumi, Taifun dll. Juga oleh Para Ekonomis, Pelabur, Juru Hartanah dll. Termasuk juga ahli Politik, CEO dll

Maka seorang Khalifah yg BERWAWASAN dapat mengebelengkan pakar-pakar ini membantunya mencapai matlamat Wawasannya.

Justeru KEPEKAAN sangat mustahak dalam pengurusannya Khalifah.

Yusdeka Putra: Alhamdulillah, ini sangat scientific approach sekali pak Ustadz.

Hanafi: Kepekaan =alert=sensitif terhadap sesuatu perkara yg berlaku benar kah begitu ustaz .tk kasih ustaz

Ustadz Hussien Abd Latiff: Sensitif terhadap sesuatu perkara yg berlaku = Cepat Faham

 Rio : Ustadz. Di indonesia kononnya menurut history ada orang seperti nostradamus, namanya jayabaya. Seorang Raja yang terkenal dengan ramalannya.

Ustadz, bagaimana kita tahu apakah dia pakai jin atau karena kepekaannya membaca takdir ustadz?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Manusia lebih bijak daripada Jins kerana Allah swt mengajar ilmu kpd Manusia sahaja.

Seperti di dalam Al Quran dikatakan bahawa Jins hanya pandai menipu melalui sihir-sihirnya Dan tidak diajar ilmu oleh Allah swt.

Rio : Dulu saya memandang sebelah mata pada Nostradamus ustadz. Tapi setelah ustadz sampaikan tentang ini, baru saya tahu kalau Nostradamus orang yang bijak 😀

Dita : Ustadz, di Indonesia ada Mama Lauren (almarhumah), yg bisa meramal pernikahan dan perceraian celebrities 🤭 sampai masalah2 politik, kemudian dia bilang bahwa tak nampak apa2 setelah tahun 2012 karena tahun itu Mama Lauren meninggal, apa itu berarti Mama Lauren PEKA atau mungkin dia bisa membaca skenarionya sendiri ustadz? 🙏🏻

Ustadz Hussien Abd Latiff: Perbezaan di antara Nostradamus Dan Mama Lauren dengan kalian ialah:

Nostradamus bersandar kpd kitab lama. Iaitu Rukun Iman ke 4 .

Mama Lauran bersandar kpd Takdir iaitu Rukun Iman ke 6.

Kalian bisa bersandar kpd ke semua Rukun Iman iaitu 1 hingga 6.

Mungkin juga Mama Lauren ada pertalian dengan yg ghaib seperti Jins.

Dita : Terima kasih penjelasannya, ustadz 😊

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, walaupun kalian bisa PEKA bersandar kepada Rukun Iman (1) hingga (6) namun kalian mesti faham rujukan kpd Rukun (1) dan (2) adalah UTAMA (Primary) dan rujukan (3) hingga (6) adalah MENYOKONG (Secondary). Ini sesuai dengan Sabda Rasulullah saw bahawa kalian tidak akan sesat selagi berpegang kepada Al Quran Dan As Sunnah baginda.

As Sunnah baginda merangkul Cakapan (Hadith), Perbuatan dan Diamnya Baginda. Dari sudut KEPEKAAN, kalian hendaklah merujuk kepada Cakapan-cakapan (Ahadith) baginda yg berhubungkait dengan Takdir.

Anakku, di Al Quran, Takdir udah diceritakan atau dipamerkan oleh Allah swt dalam 3 bahagian, iaitu:

1. Takdir yg udah berlaku untuk menjadi pelajaran dan pengajian bagi umat-umat yg akan datang.

2. Takdir yg sedang berlaku untuk disaksikan oleh umat yg ada supaya mereka di antara lain menjadi PEKA.

3. Takdir yg akan berlaku dari masa ke masa di mana kejadiannya telah di sebutkan di dalam atau dapat dibuktikan menerusi Rukun Iman ke 3 hingga ke 6.

Anakku, Al Quran adalah kitab rujukan untuk kesemua umat alam semesta lagi syumul (menyeluruh). Allah swt berjanji akan perliharanya serta Kita akan tahu akan kebenarannya tidak lama lagi. Sehubung dengan ini pada masa kini banyak fakta dalam Al Quran telah dapat dibuktikan kebenarannya oleh sains.

Anakku, umat dahulu tidak Peka dan kerana itu umat Islam pada masa kini mundur, dijajah dan lemah. Ulama mereka menolak ilmu-ilmu yg dalam pandangan mereka tidak termasuk dalam ilmu-ilmu yg diterima oleh syarak. Maka ditolak mereka ilmu-ilmu yg dikatakan ilmu sekular termasuk sains. Bukan sahaja itu, Sultan yg tidak ikut pandangan mereka dibunuh. Dengan itu runtuhlah Pemerintahan Besar Islam seperti Othmaniah di Turki dan Mughal di India. Natijah daripada ini, berkembang pesatlah pemerintahan barat yg peka kepada pergolakkan dunia (Takdir) serta urutan daripadanya.

Umat Islam disebaliknya menutup Pintu KEPEKAAN mereka justeru itu hilanglah KEPEKAAN mereka dan mereka hanya menjadi “Pak Turut” atau Mukallid lagi taksub kepada ulama-ulama mereka. Ini yg selalu diperkatakan, “Pintu Ijtihad ditutup.”

Natijah daripada ini menjadi peperangan di antara mereka menyebabkan kematian, harta benda musnah serta umat Islam berpecah-belah menjadi bermazhab walaupun di zaman Rasulullah saw dan para sahabat mazhab-mazhab ini tidak ada.

Anakku, perkara sejarah menjadi pelajaran bagi kita umat Islam supaya Kita PEKA dan tidak mengulangi kesilapan lama. Kerana itu, rujukan Kita untuk mencapai KEPEKAAN yg perlu lagi dinamis ialah merujuk kpd Rukun Iman (1) hingga (6) dan dengan ini urutan Takdir yg Kita sampaikan dapat diterima oleh seluruh umat Muhammad.


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

2 Responses

  1. Abdul Zulkhairi says:

    Assalamualaikum Ustadz.
    Alhamdulillah, walaupun tidak pernah bertemu, terubat rasa rindu dengan ustadz selepas membaca artikel ustadz.

    Artikel kali ini mengingatkan saya lecture Dr. Hisham Al Awadi di youtube tentang ” The Four Great Imams”.
    Imam syafie sangat sensetif sehinggakan dia boleh membaca personaliti seseorang berdasarkan bentuk anggota badan orang. Imam Syafie beranggapan firasah adalah sains. Dia belajar sains ini dan menulis buku tentangnya. Sehingga ke satu tahap dia membakar bukunya kerana takut buku itu akan menjadi fitnah apabila dia mula menulis tentang ramalan masa depan.

    Semoga kita semua mendapat kefahaman apa yang ustadz sampaikan. Terima Kasih Ustadz.

    • YAMAS says:

      Ustadz Hussein Abd Latiff : Rukun Iman kedua hendaklah percaya kepada Nabi-nabi.

      Sayugia diingatkan bahawa:

      1. Saya dimandatkan oleh Rasulullah saw pada tahun 1990 semasa roh saya DIJEMPUT berjumpa baginda di Makam baginda di Majid Nabawi.

      2. Rasulullah saw ada bersabda bahawa kalau ada sesuatu kemuskilan atau masalah hendaklah rujuk kepada (i) Al Quran sesudah itu (ii) Sunnah baginda Dan (iii) Sunnah sahabat-sahabat baginda yg dapat pertunjuk.

      Ingat juga baginda ada bersabda bahawa baginda rindu untuk berjumpa sahabat-sahabat baginda dan apabila ditanya siapakah mereka maka Rasulullah saw menjawab bahawa merekalah dari umat baginda yang akan datang yang walaupun tidak berjumpa baginda namun sangat mencintai baginda.

      Prihatin yg ke (iii) Sunnah sahabat-sahabat baginda yg dapat pertunjuk. Sunnah makna cakapan, perbuatan dan diam.

      Kalian juga tidak lama dahulu mengakui akan Kebenaran ilmu yg Saya udah sampaikan dan masih lagi menyampaikan.

      Juga dinyatakan di sini bahawa semasa baru bermula dakwah ini di Tahun 1990, ibu dan rakan-rakan peguam Saya juga àda menasihatkan Saya usah meneruskan dakwah Saya kerana dikhuatiri Saya akan dikhianati. Maka Saya menjawab bahawa Saya udah menerima tugasan ini dari Rasulullah saw maka Saya tidak boleh membatalkannya.

      Allah swt ada berfirman bahawa hendaklah orang-orang beriman taat kepada Allah swt dan rasulnya iaitu Rasulullah saw.

      Harap kalian prihatin dan faham apa yang Saya mahu sampaikan supaya kalian tidak melanggar firman Allah swt yg disebut di atas ini.

Leave a Reply to Abdul Zulkhairi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *