KEPEKAAN (2)

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, di dalam Al Quran udah difirmankan bahawa mereka yg berdzikrullah (duduk, berdiri Dan berbaring) sambil melihat kepada Kejadian di dunia ini seraya berkata bahawa tidaklah Allah swt membuat sesuatu itu sia-sia. Firman ini mengambarkan mereka yg sentiasa berdzikrullah serta memerhati akan Takdir yg berlaku di depan mereka dengan KEPEKAAN.

Namun KEPEKAAN mereka mestilah disandarkan kepada Rujukan Pertama (Primary Source) iaitu Al Quran dan As Sunnah (Ahadith) supaya Kita tidak sesat. Sesuai dengan Sabda Rasulullah saw bahawa kalau Kita pegang kpd kedua-dua rujukan ini kita tidak akan sesat.

Kerana itu juga Rasulullah saw gembira Dan berpuas hati dengan jawapan Muadh Bin Jabal apabila melantiknya sebagai Gobenur Yaman bahawa kalau dia ada masalah dia tidak akan terus Ijtihad malahan dia akan pertama-tama rujuk kpd Al Quran dan As Sunnah.

erana itu Allah swt ada berfirman bahawa apabila seseorang mengalami sesuatu masalah hendaklah dia berkata, “Inna Lilahi Wainna Ilaihi Rajiun” maksudnya (masalah) itu datang daripada Allah swt dan akan kembali kepadaNya. Maka inilah orang yang dapat pertunjuk dan rahmat daripada Allah swt.

Begitu juga Allah swt Ada berfirman bahawa apabila Kita diganggu Syaitan (seperti, bermasalah) maka sekiranya dia dengan lekas mengingati Allah swt, Allah swt akan menunjuk kepadaNya jalan yg benar.

Maka bagi kalian anakku, apabila melihat Takdir berlaku di depan mata (Pintu Depan) maka hendaklah kalian PEKA akan urutannya. Untuk PEKA kepada urutan-urutan ini maka perlulah kembali kpd RUJUKAN PERTAMA iaitu Al Quran dan As Sunnah (Ahadith).

Namun Al Quran adalah rujukan yg mendahului As Sunnah kerana dalam Hukum Usul Fiqh, As Sunnah hanya membantu Al Quran bukan mengatasinya.

Kenapa Al Quran adalah rujukan yg lebih istimewa dari As Sunnah dan dari rujukan Rukun Iman (3) hingga (6) kerana Al Quran mempamerkan Takdir dan urutannya dalam 3 era atau Masa ia itu:

1. Masa lampau.
2. Masa sekarang.
3. Masa depan.

Apa jua yg berlaku sekarang di depan mata kalian adalah Takdir dan urutannya iaitu urutan masa sekarang dan masa akan datang. Tidak ada yg terkecuali melainkan udah digambarkan di dalam Al Quran.
Yang perlu ialah KEPEKAAN kalian.

Al Quran mempamerkan perjalanan ummah dari Masa lampau kepada Masa Sekarang dan Masa akan Datang. Ibarat, Al Quran adalah Rangka (infrastruktur) sebuah bangunan dan yg lain hanyalah pernampalan pada Rangka itu.

Maka anakku untuk menghasil KEPEKAAN maka perlulah kalian:

1. Melihat kepada Takdir atau Kejadian yg sedang berlaku di Pintu Depan dan merujuk kpd Al Quran untuk PEKA akan urutannya.

2. Mengkaji akan Takdir yg disebutkan di dalam Al Quran dan mencari urutannya di dalam Al Quran atau kpd rujukan di dalam Rukun Iman (2) hingga (6).

Anakku, apa yg Ayah sedang mengajar kalian adalah dasar (ground works) untuk mencapai KEPEKAAN sebelum memasuki “Isinya” ( yg ditunggu-tunggu Pak Deka) supaya kalian, Insya-Allah, tidak disesatkan (hijack) oleh Syaitan apabila sahaja kalian musuk kpd “Isinya”. Kerana itu, apabila Kita merujuk kpd Al Quran, Kita sentiasa mulai bacaan dengan, “Aku berlindung daripada Syaitan yang direjam!”.


Anakku, Ayahmu di penulisan sebelum ini, menekankan kpd Takdir dan urutannya serta hendaklah kalian PEKA kpd urutannya. Maksudnya ialah hendaklah kalian PEKA kepada Takdir dan jalan ceritanya seterusnya.

Walau bagaimana, Takdir dan urutannya atau jalan ceritanya tetap DALAM TAKDIR juga. Jangan kalian lupa.

Kalau ini benar maka apa perlu kita PEKA kerana sama ada kita PEKA ataupun tidak, semua itu udah dalam Takdir. Justeru itu, apa perlu dirisaukan lagi.

Contoh, Nabi Yusuf as sesudah memfirasatkan bahawa Negara Mesir akan menghadapi 7 musim menuai dan sesudah itu diikuti dengan 7 musim kemarau, menasihatkan Firaun pada masa itu supaya menyimpan gandum yg berlebihan semasa musim menuai untuk menampung kekurangan gandum semasa musim kemarau. Maka diiukuti Firaun akan nasihat Nabi Yusuf as dan terselamatlah Negara Mesir.

Maka kalian mesti faham bahawa perkara yg berlaku (Takdir) termasuk nasihat Nabi Yusuf as (urutannya) itu semua adalah Takdir dan jalan ceritanya.

Kalau kalian udah faham ini maka kenapa Kita mesti PEKA? Bukankah semua ini akan terjadi sama ada Kita PEKA ataupun tidak?

Jawapannya ialah:

1. Yang Wujud hanyalah Satu dan pengertian semua ini hanyalah denganNya. Bagi Kita semua, kita ngak wujud maka ngak ada pengertian.

2. Semua ini KEHENDAKNYA maka Takdir dan urutannya atau jalan ceritanya adalah KehendakNya. Justeru itu, adalah KehendakNya Kita akan menjadi PEKA di dalam zaman ini sama ada Kita suka atau tidak.

Contoh, apabila Rasulullah saw masuk dan menaluki Makkah, baginda menjolok sebuah berhala di Kahbah sambil berkata bahawa yang Benar sudah tiba dan yang Bathil hancur maka jatuh dan hancurlah berhala itu. Sesudah itu, Islam berkembang menerusi dakwah Rasulullah saw, para sahabat serta para dakwah sesudah mereka dan yg terutama menerusi Al Quran. Maka Negara Timur Tengah yg berpisah dan bermusuhan lagi bertuhan yg banyak menjadi Satu negara Islam bersaudara menyembah Tuhan yg Satu iaitu Allah swt.

Namun sekarang Negara Islam di Timur Tengah dan di lain-lain negara pun menjadi pecah-belah walaupun bertuhan yang Satu dan beragama Islam. Ini adalah kerana walaupun dari sudut Syariah, mereka menyembah Tuhan yg Satu namun dari segi aqidah mereka, banyak yang disesatkan dengan kefahaman-kefahaman yang menyesatkan. Allah swt dirupakan dan diumpamakan dengan kefahaman yg menyesatkan maka walaupun dari sudut luar Kita bersatu menyembah Allah swt tetapi dari segi aqidah, Kita menyembah yang lain seperti menyembah Rasulullah saw (Ahmad tanpa “m” menjadi Ahad), menyembah diri Kita sendiri (Aku adalah aku) Dan ada yang menyembah Guru mereka (Rabitah). Penyakit ini udah merebak seluruh dunia Islam berabad-abad lamanya. Justeru itu, Kita macam buah Kuini, cantik di luar tetapi banyak rosak di dalam.

Maka kini di Tahun Hijrah 1430+, udah muncul kembali dengan kehendak Allah swt, Tasawuf Jalan Nabi-nabi. Ia adalah Ilmu Ketuhanan yang mengembalikan aqidah umat Islam seluruh dunia untuk menyembah Allah swt, Tuhan yang Satu yang tidak boleh dirupakan atau diumpamakan. Yang Hak udah tiba dan yang Bathil akan tersungkur. Ilmu Ketuhanan ini akan didakwahkan bersama di antara kalian dengan Ayahmu, sesudah itu yang mengikuti Kita dan yg paling UTAMA Kitab-Kitab termasuk Video serta Internet yang turut menjalankan dakwah ini.

Kerana Kita akan menjadi titik permulaan bergeraknya umat Islam kepada pemulihan iaitu menyembah Allah swt tanpa merupakan atau mengumpamakan Nya justeru menjadi Satu serta kembali menjadi “Islam bersaudara” yang akan membawa Islam ke tamadun yg tinggi di hari-hari muka (akan dijelaskan di Hari muka, Insya-Allah) maka Allah swt berkehendak supaya kita PEKA.

Semoga anakku semua faham bahawa kenapa mesti PEKA kerana:

1. Alhamdulillah, Kita adalah titik permulaan yang menyatukan umat Islam bukan sahaja dari segi luar tetapi juga dari segi dalaman mereka. Iaitu, dari sudut aqidah mereka, luar dan dalam, mereka menyembah Allah swt tanpa mensyirikkanNya.

2. Alhamdulillah, sesudah aqidah menjadi suci dan bersih, Kita juga menjadi titik permulaan yang membawa Islam ke tamadun yg tinggi.

3. Alhamdulillah, untuk mencapai matlamat (2), Insya-Allah, kita dan mereka sesudah kita akan diberiNya KEPEKAAN untuk membantu dakwah Kita.

Sekian anakku yg dikasihi sehingga bersambung lagi di hari muka, Insya-Allah, terimalah salam Ayah untuk kalian semua.


Anakku yg dikasihi lagi dirindui. Apabila kalian melihat apa jua kelakonan ciptaan, kalian mesti pada peringkat ini bisa melihat Takdir Dan urutannya udah berjalan dahulu sebelum diikuti oleh ciptaan atau pelakonNya. Seperti, melihat robot dan mengetahui robot itu beroperasi mengikut programnya.

Maka sentiasalah jalian anakku, melihat akan Takdir dan urutannya berada di hadapan pelaku itu. Seperti, melihat kuda dihadapan keretanya yg diduduki oleh seorang bayi yang dibawa kemana sahaja oleh kuda itu.

Ingat juga Takdir dan urutannya melambangkan Kehendak Allah swt yg Satu. Seperti, sebuah rumah 4 bilik yg dicat dengan warna putih semuanya oleh Tuan Rumah itu. Namun pada Tahun kedua, dia mengecat satu bilik menjadi biru. Di Tahun yg seterusnya dia mengecat lagi satu bilik menjadi hitam dan di tahun berikutnya dia mengecat bilik terakhir dengan warna merah. Nah, sekarang bilik-bilik dalam rumah bukan lagi kesemua berwarna putih tetapi berwarna biru, hitam, merah dan putih. Kerana itu adalah rumahnya secara mutlak maka tidak sesiapa bisa campur tangan dengan pengurusannya.

Tuhan rumah itu adalah seperti Tuhan Kita dan rumah serta bilik-bilik itu seperti ciptaanNya maka Allah swt bisa berbuat apa sahaja yg Dia suka terhadap kesemua HakNya yg mutlak dan tiada siapa bisa campurtangan dalam kesemua urusanNya itu. Kerana itu Rasulullah saw yg merasa sedih yg ramai baginda masih belum beriman, ditegur oleh Allah swt supaya jangan menjadi orang yg jahil kerana kalau Dia mahu membuat semua umat baginda beriman Dia bisa membuatnya.

Justeru anakku, apabila kalian meniti KEPEKAAN maka sentiasa sedar Takdir (Kejadian), urutannya serta KEPEKAAN adalah sebenarnya mempamerkan dengan jelas akan KEHENDAKNYA yang Satu.

Harap anakku yg dikasihi mendapat pencerahan supaya tidak menjadi, “Katak lompat” semasa meniti KEPEKAAN


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *