KEMATIAN (3)

Anakku, sesudah jiwa Kita masuk ke Alam Bazakh dan apabila Jiwa kita pandang kembali kepada dunia maka datanglah kesedaran:

1. Dunia ini adalah pentas Ilahi. Tempat Dia bergurauan dan bermain-main seperti firmanNya, Dunia ini hanya senda gurau dan main-main.

2. Jasad Kita yang diciptakan bernyawa lagi berwatak. Dicontohkan dalam firmanNya sebagai seorang bayi di mana amal perbuatannya udah tersangkut di lehernya. Teringat akan Jasad Nabi Adam as terbujuh layu dalam Syurga selama 40 tahun.

3. Pelakon sebenarnya ialah Jiwa yg turun dari Alam Azali lalu masuk kepada Jasad yg bernyawa lagi berwatak. Lalu bermulalah Kehidupan kepada Jasad yg bernyawa itu. Seperti memasuknya duit siling kedalam lobang di kereta robot di pusat riadah setelah meletakkan anak Kita diatasnya lalu kereta itu bergeraklah diikuti alunan musik ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan.

4 Maka berlakonlah Jiwa berpakaian (jasad yg bernyawa) serta mengikut watak yg udah tersedia ada dengan pakaian itu. Inilah kehendakNya dan hanya ada Satu Kehendak. Maka ditegur Rasulullah saw bahawa kalau Dia mahu, Dia bisa menjadikan semua di dunia beriman kepadaNya apabila Baginda merasa hiba kerana ramai umat baginda masih belum beriman. Begitu juga apabila Rasulullah saw merasa hiba kerana ada yg dekat dengan baginda masih belum beriman maka Allah swt berfirman bahawa hanya Dia sahaja yg bisa membuat orang yg terdekat dengan baginda beriman.

5. Maka sedarlah Jiwa bahawa ia tiada sedikit pun campur tangan dalam pentas Ilahi. Seperti firmanNya bahawa tidak sedikit campur tangan Kita atas urusan ini.

6. Fahamlah Jiwa bahawa Kita tidak ada pilihan melainkan patuh tunduk kepada perwatakan yg sedia dengan pakaian (Jasad bernyawa) Kita itu. Inilah yg Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata bahawa Kita tidak ada pilihan melainkan mengikut sahaja alunan perwatakan Kita atau Takdir Kita

7. Maka berlakonlah Jiwa sehingga dikunjungi kematian maka terlepaslah ia dari pakaian (Jasad bernyawa) dan perwatakan yg sedia ada lalu masuklah ia ke Alam Bazakh dalam keadaan ia yang asli (sebelum masuk kepada Jasad yg bernyawa itu).


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *