IQRA DAN UJIAN

Anakku, fahamlah Kita kenapa ayat pertama turun ialah “Iqra” serta fahamlah Kita kesinambungannya dengan ujian. Bahawasanya, Allah melatih Kita menerusi ujian supaya Kita bisa menjayakan ilmu yg diturunkan kepada Kita. Justeru itu, Kita bisa mengendalikan kelengkapan yg akan diturunkan atau diilhamkan oleh Allah swt dari masa ke masa. Maka Kita lihat kelengkapan tahun 1990 dan tahun 2019 amat beza sekali. Maka kalau tidak dilatih Kita maka tidak akan bisa Kita mengendalikan kelengkapan-kelengkapan ini.

Namun ini semua pandangan dari Pintu Depan. Kerana apabila Kalian tahu akan RahsiaNya maka Kalian faham yang Mengajar juga yang Belajar. Maka  mahu buat apa? Ikut nasihat Pak Pandir:
Ada Mata lihat
Ada Telinga dengar
Ada mulut diam
Tepuklah tangan
Buat tidak tahu.

Fahamkanlah bahawa Loh Mahfuz berjalan tanpa campur tangan Kalian. Maka biarkan Loh Mahfuz berjalan. Dengar nasihat Luncai:

Si Luncai terjun dengan labu-labunya

Biarkan, biarkan!

Seperti firman Allah swt bahawa jangan kalian memikirkan dan menetapkan kalau tidak celakalah Kalian.

Maka apabila udah tahu RahsiaNya hendaklah diam seribu bahasa. Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata kalau ibadah itu 10 maka 9 daripadanya adalah Diam.

Namun Kalian bukan diam kosong kerana Kalian udah mengerti akan RahsiaNya iaitu (seperti dikatakan oleh Luli), ” Ekor gajah tidak bergerak kalau tidak digerakkan oleh gajah.”

Semoga Anakku mendapat manfaat dari Tazkirah Ayahmu ini, aamin Ya Rabbil alamin!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *