DAKWAH MAKRIFATULLAH (3)

Ustadz Hussein Abdul Latiff:

Anakku yg disenangi. Ingatlah orang-orang yg bukan Islam di negara Eropah, Amerika, Canada, Australia, Cina dll, tidak membenci Tuhan tetapi membenci Agama Islam kerana itu kelakuan mereka ini digelar “Islamophobia”. Justeru mereka memilih 3hb April setiap tahun sebagai Hari Khusus untuk menggunakan kekerasan terhadap Umat Islam.

Bencinya mereka kpd Agama Islam.
membuahkan kekejaman serta kekasaran yg selalu berlaku terhadap Umat Islam terutama kaum Hawa Kita. Mereka dipukul hingga pingsan dan ada mati. Ada yg terlekong mereka ditarik atau dibakar dari belakang. Selalu juga mereka diejek atau dimaki(Racists) di mana sahaja mereka berada walaupun dalam kenderaan atau tempat awam.

Bencinya mereka terhadap Agama Islam sehingga Bengali Singh pun turut serta dipikul atau kasari kerana tersalah anggap mereka adalah Orang atau Ulama Islam kerana mereka bersarban.

Banyak juga negeri barat tidak membenarkan Kaum Hawa kita memakai Terlekong, Purdah, Nikab dll. Pelajaran Agama yg diajar di Madrasah-madrasah dan Masjid-masjid dipantau atau diubahsuai atau tidak dibenarkan. Ramai juga imam-imam diperintah pulang ke negara asal mereka.

Agama Islam dianggap Agama yg suka kepada kekejaman serta kekasaran. Umat Islam dipandang sebagai yg tidak mahu hidup sebagai sebuah masyarakat majmuk. Sangat ketat mereka menjaga “sempadan” mereka dan tidak mahu berintegerasi sehingga mereka sanggup membunuh anak-anak gadis mereka yg berpacaran dengan pemuda barat atau meniru cara Kehidupan barat.

Anakku, keadaan ini akan berlarutan selagi Kita tidak ubah dakwah kita dari dakwah Islam ke dakwah Tuhan. Dakwah Tuhan tidak menjadi asing kpd mereka serta dapat membuka Pintu untuk Kita berbahas atau berbincang dengan mereka dengan aman lagi disenangi. Maka amat perlulah Umat Islam sedar akan kesilapan landasan dakwah Kita sekarang ini yg membuahkan kepada “Islamophobia” (Takut kpd Agama Islam) dan dengan segera tukar haluan dakwah Kita kepada Dakwah tentang Tuhan.

Semoga anakku yg disayangi mendapat mamfaat dari tazkirah Ayahmu ini, aamin Ya Rabbil alamin.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. Teguh Ariffriadi says:

    salamualeykum Ustadz, saya setuju sekali dengan Dakwah seperti ini.
    Namun mungkin kita sendiri akan diperangi oleh orang orang islam yang berdakwah dengan cara lebih menekankan pada syariah.

    mohon pencerahannya.

    salam,
    Jonas

Leave a Reply to Teguh Ariffriadi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *