BERHARAP PENUH KEPADA ALLAH

 Ustadz Hussien Abd Latiff:

Ayah: Anakku hendaklah kamu hidup berharap kepada Allah swt seratus peratus (100%). Bagaimana kamu bisa mencapainya, begini:

1. Seorang rakan janji mahu bayar hutangnya kpd kamu hari ahad ini. Sekiranya dia membayar hutangnya dapatlah kamu beri nafkah kpd keluarga, menjelaskan duit sekolah anak-anak, menjelaskan hutang kamu dan sebagainya.

Di sini iktiqad sebenarnya ialah untuk kamu berharap kpd Allah swt bukan kpd rakan kamu. Iaitu, yang menjelaskan hutang atau yang memberi kamu rezeki ialah Allah swt.

Maka apabila rakan kamu gagal membayarnya pada hari ahad, kamu langsung tidak kecewa serta marah kerana kamu tahu yang memberi adalah Allah swt. Dan kalau rakan kamu membayarnya maka kamu juga tahu bahawa Allah swt sahaja Pemberi (rezeki).

2. Kalau ahli keluarga terdekat berjanji akan pulang di hari tertentu untuk bersamamu maka berharaplah kpd Allah swt maka sekiranya dia tidak dapat pulang seperti dijanjikan maka kamu tidak kecewa atau marah Kerana yang memakbulkan segala janji adalah Allah swt.

3. Kalau seorang pelangan berjanji akan membuat tempahan besar dari perusahaan kamu maka berharaplah kepada Allah swt supaya kamu tidak kecewa atau marah kalau dia memungkiri janjinya.

4. Kalau kamu dijanjikan mendapat pekerjaan atau kenaikan pangkat oleh seseorang atau syarikat maka berharaplah kpd Allah swt supaya kamu tidak marah atau kecewa sekiranya kamu tidak memperolehinya.

Ingat firman Allah swt bahawa segala sesuatu bergantung kepadaNya semata-mata. Maka janganlah kamu menduakanNya supaya kamu tidak kecewa dan merasa marah.

Semoga kamu mendapat pencerahan pagi ini anakku, aamin ya Rabbal alamin!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. Farid Jalil says:

    Amin..ya rabbal alamin..alhamdulillah atas penceragan yg diberikan..terima kasih ayah

Leave a Reply to Farid Jalil Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *