APABILA DISAKITI ORANG LAIN

Ustadz Hussien Abd Latiff:

Ayah: Anakku, apabila seseorang itu dengan sengaja menyakiti mu maka hendaklah kamu ingat nasihat Ayah ini:


1. Naik (rujuk perkara ini kepada Allah swt) serta serah dan tunggu (NST).


2. Apabila kamu berbuat begini, perkara itu tidak ada dalam sistem atau diri atau minda kamu justeru itu syaitan tidak dapat membangkitkan kemarahan kamu terhadap orang itu kerana sesudah NST, kamu tidak memikirkan lagi perkara itu. Kalau kamu tidak berbuat begitu setiap kali syaitan terutama si Qarin mengingatkan kamu akan orang itu, kamu akan terasa amat marah dengan orang itu.


3. Apabila kamu NST, lama kelamaan kamu akan lupa akan perkara yg menyakitkan hati mu itu dan bukan sahaja itu, kamu akan lupa juga nama orang yang menyakiti kamu serta bagaimana rupa dia. Sehingga apabila kamu bersua dengannya walaupun dia bersalaman dengan kamu, kamu masih tidak mengenalinya. Begitulah Allah swt membantu kamu sekiranya kamu NST setiapkali seseorang itu menyakiti kamu.


4. Dengan ini, ibadah kamu serta dzikrullah kamu tidak terganggu. Kamu merasa aman bersama Allah swt.Sesuai.dengan firmanNya yang bermaksud bahawa dengan mengingati Allah swt, hati akan menjadi tenteram.


Harap anak semua dapat laksanakan nasihat ayah ini. Makasih.

Rasulullah saw terasa amat sedih apabila melihat Wasi kerana teringat bagaimana Wasi membunuh bapa saudaranya Sayidina Hamzah dengan begitu kejam. Lalu baginda bersabda bahawa baginda memaafkan Wasi atas perbuatan kejamnya itu tetapi janganlah dia nampakkan mukanya kpd Rasulullah saw lagi.

Apabila kita tidak dapat lupakan atau hilangkan perasaan marah atau geram dalam diri kita terhadap seseorang, ini selalu membawa buruk padahnya seperti bertindak balas sampai kpd pembunuhan.

Lebih baik ROC dengan Allah swt tanpa mahu balas dendam dan sebagainya, sehingga akhirnya perkara dan orang yg buat kita itu kita dapat lupakan.

Contoh, suami yang sangat bengis, pukul bantai, tendang terajang isteri tanpa perasaan peri kemanusian. Sesudah itu talak isteri dengan talak 3.

Isteri ini kalau dapat ROC bersama Allah swt serta melupakan kezaliman yg dilaluinya maka dia akan dapat mengatasi rasa dukacita dan marahnya terhadap suaminya yang membuatnya sebegitu rupa dan akhirnya dapat melupakan segala yg sudah berlaku kpdnya serta orang yg melakukannya.

Kita hanya dapat melupakan sesuatu kezaliman yg berlaku kepada kita dan melupakan juga orang yg melakukannya tanpa bertindak balas dengan ROC kpd Allah swt.

Kemaafan senang diberi tetapi melupakan sukar sekali maka ROC dengan Allah swt, Insya-Allah, kita dapat melupakan peristiwa yg pahit itu justeru bukan sahaja memaafkan tetapi melupakannya juga.

Ibu Elsy: Alhamdulillah… ustadz makin memantapkan kita… dengan memang seharusnya demikian… melupakan orang yang menyakiti kita
1. NST sampai solusi dihadapkan
2. ROC sampai melupakan peristiwanya
3. Bersyukur sbb peristiwa itu kita lari ke Allah

Benar kah yg ke 3 ustadz… ?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar

 

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. terima kasih ayah…tiada apa hendak ditulis lagi.

Leave a Reply to nik mohammad hafizi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *