ALLAH TIDAK MENGANIAYA

08/11/20 06.18 – Arifbillah Ustadz H. Hussein Bin Abdul Latief: Anakku yg dirindui lagi disayangi.

Hari ini ayah mahu membicarakan berkenaan Ayat,” *Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah.”*  An Nisa(4):19.

1. Semua yang zahir itu bermakrifat kepada Yang Maha Halus. Justeru Allah swt berfirman,” *Dia-lah Yang Zahir.”*

Kerana itu Imam Ghazali berkata bahawa sekiranya kamu kenal Tuhanmu dan mengenal dirimu maka kamu tahu kamu tidak wujud: _Ihya Ulumuddin Bk 7, 427(1981)_

Kalau Kita tidak wujud bagaimana Dia zalim kepada Kita.

2. Allah swt berfirman,” *Tiadalah kehidupan di Dunia ini selain Main-main dan Senda Gurauan belaka.”* Al Anaam(6):32; Al Ankabut(29):64.

Maka apa jua pergolakan dalam hidup kita sama ada yang disukai atau tidak hanyalah suatu lakonan sahaja.

Namun ganjaran Yang Allah swt sediakan untuk kita di Hari Kemudian,” *Tak seorang pun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan.”* As Sajdah Ayat 16-17.

Nikmat syurga yang Allah swt, ” *tutupkan sehingga mata tidak bisa melihat, telinga tidak bisa mendengar dan hati manusia tidak bisa menjangkaunya* ” Sahih Muslim Bk 1, 261(1994).

Hebatnya ganjaran Syurga yang menunggu kita membuat apa jua lakonan yg Kita lalui berbaloi. Ibarat, satu hari berlakon sebagai seorang penarik beca dan dihadiahkan 1 biliun dollar Amerika (US$). Alangkah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Allah swt.

3. Kerana itu, Rasulullah saw dan Nabi Noh ditegur oleh Allah swt.

” *Dan jika perbuatan mereka berpaling (daripada menerima apa yang engkau bawa wahai Muhammad) terasa amat berat kepadamu; maka sekiranya engkau sanggup mencari satu lubang di bumi (untuk menembusi ke bawahnya) atau satu tangga untuk naik ke langit, supaya engkau dapat bawakan mukjizat kepada mereka, (cubalah lakukan jika engkau sanggup) dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia himpunkan mereka atas hidayat petunjuk. (Tetapi Allah tidak menghendakinya), oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang jahil.”* Al Anaam(6):35

” *Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil* . ” Hud(11):46

Semoga Allah swt melindungi anak-anakku dan juga diriku dari kejahilan, aamin Ya Rabbil alamin!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. MOHAMAD BIN ILIAS says:

    An-Nisa’ [4] : 40` إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ ۖ وَإِن تَكُ حَسَنَةً يُضَٰعِفْهَا وَيُؤْتِ مِن لَّدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا

    Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar

Leave a Reply to MOHAMAD BIN ILIAS Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *